Ayah , aku juga akan jadi ayah ..

by - Sabtu, September 14, 2013

 

“ Ba hang nak cari tongkat . Tak larat nak jalan sangat dah .. “ . Mak aku kata pada aku sebelum aku nak gi masjid untuk solat Jumaat.

Minggu ni , baru hari ni aku sempat ke rumah orang tua aku. Biasanya 2-3 hari seminggu tapi disebabkan petrol dah naik maka terpaksa aku kurangkan ke sana namun … pasti aku akan kembali kerap ke sana ..  Tak kira dah ! Petrol naik bukan penghalang aku untuk habiskan masa bersama mereka , dan juga Qhaliff bersama atuk nenek dia  .. Aku tak nak Qhaliff jadi cam aku .. tak sempat bermanja ngan atuk nenek ..

‘Ba’ tu merujuk pada abah .. Rasanya di sebelah utara banyak gak yang guna singkatan tu untuk memanggil ayah mereka. 

Bila dengar mak aku kata gitu , aku terus tak keruan.. Anak mana la tak sayangkan orang tuanya kan ? Aku dah suruh dia berehat je kat rumah tapi dia tak nak. Mak aku kata , kalau dia duduk rumah .. lagi teruk. Asyik makan tidur je kejenya. Lagi tak sihat ..

Pilu je hati tengok dia terutama bila dia duduk seorang diri menghilangkan rasa lesu selepas membantu adik aku , meneruskan perniagaan yang diusahakan sejak aku kecil lagi .

Sapa lagi nak bantu ? Aku pernah tawarkan diri tapi dia tak kasi. Dia suruh aku cari kerja. Tak kasi aku bermain panas seperti dia . Sangat perit. Dan aku memahami apa yang dia lakukan kerana aku juga sedang melakukannya cuma aku tidak bermain panas ..

Kesian .. di hujung usianya begitu , dia masih meneruskan sisa sisa hidupnya dengan membantu anak anaknya sunggupun dah beranak pinak ..

Itulah kehidupan .. Nampak mudah terutama bila mereka yang nak sangat berumahtangga walhal , masih terlalu jauh perjalanan hidupnya.

Apakah mereka rasa berumahtanga ni indah 100% seperti dalam drama tv atau filem ? Kalau begitu , silalah menikah dgn cepat dan nikmatilah keindahannya .. Mereka terlupa akan tanggungjawabnya yang cukup besar ..

You May Also Like

0 comments