Biar buruk tapi .. dari cantik tiada isi !

by - Khamis, September 26, 2013

 

Lama tak terima komen begini .. Ke ini satu kritikan atau satu ugutan mahupun satu kejian ? Gulp ..

Bukan tak pernah ada offer untuk buat satu blog khas untuk aku .. Kasi cun lagi .. Tapi aku tak berminat walaupun nak sangat ubah .. Kenapa aku tak nak terima dan biar saja begini ?

Jawapan aku ialah satu .. Mereka masuk blog aku adalah kerana apa yang aku tulis ! Walaupun blog yang cantik satu kelebihan tapi aku tolak kelebihan begitu. Maklumlah , manusia cepat kagum pada kecantikan dan tertutup abis apa yang nak disampaikan pada disebalik kecantikan itu. Cam perempuan cantik tak tutup dengan perempuan cantik yang menutup ketika mengajar di dalam kelas orang dewasa .. Heee ..

Satu lagi , bila ada blogger baru naik dan baru nak buat blog , bila lihat blog aku gini , pasti mereka berkata ..

“ Blog gini aku pun boleh buat ! Bukan susah ponnn !! “ . Dan dia pun buat .. Secara tidak langsung , lahir lagi blogger yang inshaAllah berkualiti penulisannya setelah terdorong untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari blog aku ni ..

Aku tak perlu perkatakan  mengenai tuan punya blog yang bagi komen diatas utk mengeji mahupun mengutuknya . Aku ada masuk ke blognya dan tersenyum. Masing masing punya cara tapi jangan kita pertikaikan orang lain hanya kerana kita berBMW dan orang tu berPROTON SAGA je .. Mana tau orang yang berPROTON SAGA tu habiskan masa lapangny dengan membawa anak yatim ke sekolah berbanding yang berBMW yang mana habiskan masa lapangnya di padang golf .. Biar Allah saja nilai niat kita.

Akhir kata dari aku yang ‘kosong’ ini , cermin cermin diri kita dan pandang juga kiri kanan ..

You May Also Like

15 comments

  1. terbaek bro.. pedas gitu.. thumbs up

    BalasPadam
  2. blog kta suka hati kita lah janji xsusah org lain...

    BalasPadam
  3. hahaha adoi la...ada juga manusia komen gitu ek

    BalasPadam
  4. hahaha adoi la...ada juga manusia komen gitu ek

    BalasPadam
  5. Terbaik incik Beng....sgt suka sy bace...wlupun blog incik Beng mcm gini drpd dulu smpai skg, x jemu2 sy bace.....org suke blog bukan sbb blog cantek ke ape ke, yg pling penting sbb isi....blog cantik tpi xde isi, wat hape....ye dak?? :)

    BalasPadam
  6. Lawak2... dia kata blog ni hodoh.. dia kata xda perubahan.. tapi dalam ayat komen yg sama sebnrnya dia telah dedahkan siapa dia.. pnulisan menarik bro ben telah memeningkan kepalanya membca.. maknanya walaupun jari menaip komen sedemikian rupa.. tapi hakikat follower tegar blog bro ben..huhuhuhu... nampak sangat stalker blog bro ben sentiasa..heheee.. klau sy malu.. sy tanam kepala dalam pasir.. mohon terasa si peninggal komen.hehehee

    BalasPadam
  7. biasalah abg ben. hati manusia ni mmg tak sng. i like ur writing btw.. rs dah lama da follow blog abg ben ni.

    BalasPadam
  8. Disebabkan blog ini ler aku ubah apa yg patut aku tulis dalam blog sendiri. Seronoknya mencatitkan kisah perkembangan anak sendiri lebih baik dari bercerita yg bukan2. Suatu kepuasan sebenar.

    BalasPadam
  9. kalo nak puaskan hati org picisan mcm tu memang tak dapek la abg ben oii. jangan kesah sgt komen yang mcm tuh. yang penting abg ben tahu ramai lagi yang lebih pandai menilai dan menghargai karya tulisan abg.
    kami2 neh sume dok tggu nak baca entri abg ben dgn tengok gambo qhaliff yang comei cute gebu tu. hok len tu tak caro pun. smpaikan saya neh setiap saat dok tggu entri baru dr blog ne.
    dalam sejam tu ade la dekat 10 kali refresh tggu cite qhaliff. huhu..=)

    BalasPadam
  10. ayat dia "pening baca dari dulu hingga sekarang"...means..buruk-buruk di mata dia, dia folo gak dari duluuuu sampai sekarang..tu statement org jeles tu..haha..terkantoi sendiri plak tu... :p

    BalasPadam
  11. sokong... suppose org kena jugak respect pendirian kita. alahai.... perlu ke nak cantek tapi xde isi. sy lebih suka blog ni... org yg dtg pun takde la terjejas pun sebab diorg tahu isinya bagaimana. kualitinya bagaimana

    BalasPadam
  12. pedulikan la incik ben...yg penting, nawaitu incik ben menulis tu ikhlas & bersih..followers pun suke baca & tertunggu2 entri selanjutnye...
    yg penting...seronok tgk pic qhaliff membesar...hehehehe

    BalasPadam
  13. ada gk org mcm ni...tp dr cara dye komen tu nmpk sgt dye slalu bukak blog abg ben...kes cemburu la tu...xsuke tp bukak gk

    BalasPadam
  14. Maknanya mmg da lamalah dia follow abg ben . Hahaha . Apa punya masalah daa dia ni . Pelik2 je .

    BalasPadam