Di mana larangan minum arak di kwsn terbuka ?

by - Jumaat, September 20, 2013

 

Seperti umat Islam tau , arak itu adalah punca segala kejahatan. Arak menyebabkan manusia hilang imbangan akal, menyebabkan seseorang itu tidak waras, terlibat dengan pergaduhan, zina dan sebagainya. Rasanya agama lain pon ada bagitau gak kan ?

Ok , malas nak intro panjang panjang .. Aku ingatkan negara kita dah lama kuatkuasakan larangan minum arak secara terbuka di tempat awam .. Rupa-rupanya ? Ke mmg dah tapi tak menyeluruh ? Hurmm

Di kawasan perumahan tempat tinggal aku wujud masalah minum arak di kawasan taman permainan kanak kanak  .. Masalah ni wujud sejak taman ni mula berpenghuni dan menariknya , yang minum arak ni bukan penduduk sini tapi orang luar !

Apa buktinya ? Hurm.. botol arak bersepah di atas padang rumput tempat budak budak bermain .. Takkan nak amik gambar diorang tengah minum arak pulak kan ?

Jangan tunggu timbul masalah , baru nak wujudkan akta ! Sementara boleh dibasmi atau dicegah , kenapa  tak buat je sekarang kan ?

Isu ni pernah dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar , pada bulan Julai yang lepas , meminta kerajaan negeri Selangor meluluskan akta yang melarang orang awam minum arak secara terbuka di tempat awam.

Beliau berkata akta berkenaan perlu disegerakan kerana perbuatan minum arak di tempat awam menyebabkan berlakunya peningkatan kes jenayah sosial serta masalah keruntuhan rumah tangga di negeri itu.

"Kita minta dewan ini segera luluskan akta melarang minum arak di tempat awam seperti tempat rekreasi dan padang permainan.

"Perbuatan minum arak di tepi padang permainan sebagai contoh menimbulkan vandalisme terhadap prasarana yang disediakan,apabila botol-botol arak yang telah pecah ditinggalkan di tepi padang bola ," katanya ketika membahas titah ucapan Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor pada Selasa.

Xavier yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri berkata undang-undang berkenaan telah dilaksanakan beberapa negara maju seperti Sepanyol, Australia, Finland dan Amerika Syarikat.

"Penguatkuasaan ini perlu dicontohi, orang awam yang minum (arak) perlu dapst kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini juga dapat membendung gejala sosial di tempat awam," katanya.

Apa perlu dijelaskan lagi ? Tak malukah kita sebagai umat Islam , pemimpin negara yang beragama Islam , perkara ini dibangkitkan oleh mereka yang bukan Islam ?? Di mana keprihatinan anda ?

Kalau nak minum pon , beli balik rumah minum .. Atau kan dah ada tempat berlesen untuk minum arak ! Minum la puas puas .. kan ? Yang beragama Islam tu , sila rujuk agama balik yer .. Apa hukumnya.

Harapnya isu begini mendapat perhatian pihak berwajib. Jangan dok pandang sipi sipi jer..Ingat , arak ni raja kepada pelbagai masalah jenayah. Orang nak buat jahat , kasi mabuk dulu ..

Apa kata anda ?

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

8 comments

  1. xtau nak cakap la..
    penjualan arak ni pon secara terbuka jgk. haihhh..

    BalasPadam
  2. bila mereka minum di tempat awam macam nie..rasa takot nak pergi padang beriadah pada waktu memalam...takot benda yang tak elok terjadi...lepas tu bau nyer cukup menyengat kan deria bau...

    BalasPadam
  3. dah la mabuk lepas tu buat bising..mmg hampeh

    BalasPadam
  4. Nak buat macam mana. Sekarang ni penjualan arak - bermacam-macam jenama dan jenis (botol dan tin) ada je kat kedai-kedai runcit. Tambah masalah lagi bila orang Melayu kita pun ada beli. huuuu.. =.=

    BalasPadam
  5. Nauzubillah.. Saya mmg da serik bawa anak2 pegi main taman permainan dkt kawasan perumahan saya.. Mmg slalu je jumpa botol2 arak, ada skali tu bawa anak2 main awal2 pagi.. Terkejut tgk ada seoramg laki2 sdg tdor bawah gelongsor n sebelah dia ada condom yg dah pkai n masih basah dan pnuh dgn cecair putih yg meleleh kluar.. Trkjut mcm nk pengsan saya, Trus saya lari bawak balik anak2 n geli nk lalu situ da.

    BalasPadam