Dilema para isteri mengandung …

by - Khamis, September 19, 2013

 


Fuh ..berpeluh jap .. Camana di Malaysia ? Pelbagai pendapat dan pandangan diberikan di TimeLine aku tu.. Sat.. aku cari .. Haaa .. Jumpa .. Leh baca kat SINI ..

Apakah isu ini tidak dibangkitkan di mana mana ? Jeng jeng jeng .. Apa guna google kan ? Sila googleeee !

Dann .. aku jumpa macam macam ! Macam macam jawapan yg pastinya membuka mata dan hati .. Minda apatah lagi kan ? Hehehehe ..

Di satu forum ni , seorang doktor wanita meluahkan rasa hatinya dan kata-katanya ternyata ada benarnya …

SEPERTI semua golongan wanita di negara ini, saya cukup gembira dan berbangga dengan kenyataan bahawa kaum wanita Malaysia telah jauh lebih maju daripada kaum lelaki dari segi pencapaian akademik dan juga bilangan tenaga kerja profesional.

Bagaimanapun, rasa bangga saya mulai pudar apabila membaca laporan kajian khas sebuah IPTA tempatan baru-baru ini yang menyebut bahawa Malaysia kekurangan pakar-pakar perbidanan dan sakit puan (O & G) daripada kalangan kaum wanita. Kenyataan ini memang benar sekalipun pahit dan sebagai seorang doktor pakar perbidanan sendiri saya akui masalah ini telah sampai ke peringkat tenat!

Ketika melanjutkan pengajian untuk menguasai bidang O & G, saya dapati terlalu sedikit doktor wanita yang menuntut bersama-sama saya.

Ketika bertugas di beberapa buah hospital, juga saya perhatikan lebih ramai doktor lelaki yang menjadi pakar sakit puan, sedangkan tugas ini adalah tanggungjawab doktor-doktor wanita!

Pada hal di semua IPTA yang mempunyai fakulti perubatan jumlah penuntut wanita jauh melebihi lelaki. Persoalan tentang masalah ini juga kerap kali diajukan oleh para jururawat dan pesakit wanita kepada saya.

Bagaimanakah saya harus menjawabnya?

Ke mana perginya doktor wanita? Di mana sikap dan tanggungjawab anda semua? Apakah menguasai kepakaran ini tidak penting, atau kepada anda yang beragama Islam, bukan satu fardu kifayah?
Tidakkah sebagai wanita, anda bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh kaum sejenis bila hendak bersalin atau mendapatkan rawatan lain-lain masalah sakit puan, atau menjalani pemeriksaan perubatan berkait kes rogol?

Sukar sangatkah bidang sakit puan hingga ramai yang memilih untuk mendapatkan ilmu kepakaran perubatan yang lain? Tidak salah memilih cabang kepakaran yang kita minati, tetapi utamakanlah kepentingan kaum sejenis kita dahulu.

Tiada wanita yang tidak berasa malu untuk membuka pakaiannya untuk membolehkan doktor lelaki memeriksa tempat sulitnya.

Anda semua mengakuinya tetapi bila saat anda yang telah pun bergelar doktor diperlukan, anda tiada. Ramai ibu yang telah menulis kepada akhbar-akhbar memberitahu bahawa sepanjang pengalaman melahirkan anak-anak mereka, hanya sekali atau dua kali sahaja mereka berpeluang dirawat oleh doktor wanita.

Para penuntut jurusan perubatan daripada kalangan wanita yang sedang membaca tulisan saya tidak seharusnya berasa hati. Saya membuat teguran ini kerana masalah yang diutarakan sudah sekian lama berlarutan sedangkan wanita amat 'berkuasa' dalam kerjaya doktor perubatan di Malaysia.

Jangan sampai nanti kita diperlecehkan oleh kaum lelaki kerana tidak mampu untuk membantu kaum sejenis walaupun kita lebih ramai menjadi graduan dan menjawat jawa-tan tinggi berbanding mereka.
Jangan hanya lantang bersuara ingin menjadi pembela wanita tetapi tidak berbuat demikian di saat-saat saudara-saudara kita amat memerlukan.

Ketepikanlah kepentingan diri jika anda benar-benar memahami tanggungjawab sebagai wanita dalam membantu wanita lain, sesuai dengan niat menceburi kerjaya kedoktoran itu sendiri.

Tidak guna kita bermegah-megah bersorak ke sana ke mari bahawa wanita telah setaraf dengan lelaki dalam banyak bidang kerjaya sedangkan pakar sakit puan masih ramai lelaki.

Jika sebelum ini Perdana Menteri ada bertanya ke mana perginya sebilangan lagi lelaki Melayu yang tidak belajar di universiti, saya pula ingin bertanya, ke mana perginya para doktor wanita hingga terlalu sedikit yang menjadi pakar sakit puan ? - DOKTOR WANITA, HUKM Kubang Kerian, Kelantan. “

Perbincangan secara terbuka ini ada berlaku malah ada juga doktor lelaki berkongsi padangan mengenainya ..

Rajin google maka macam macam dapat .. Jangan dok dengan pendapat sendiri tanpa sebarang ilmu .. kan kan ? Mana ada si ibu nak doktor laki periksa dia kan ? Dan lelaki pulak , bukan nak sangat nak jadi pakar sakit puan .. Dan ibu yang punya anak dara yang bijaksana tu .. suruh la jadi pakar sakit puan .. Baru la best gini , kan !

You May Also Like

16 comments

  1. betul lah abg ben..sakit puan ni bukan menjurus masa kita nak beranak je..org pompuan skrg ni ade byak msalah sakit mcm ni..nk rujuk kat mane pun x tau..huhu

    BalasPadam
  2. pengalaman saya keluar masuk klinik pakar O&G sebab belum punya anak. Memang benar tak ramai doktor wanita. Saya pun pernah beberapa kali ** (nak kena ckp ke?) dpn doc laki sbb nak cek ovum besar ke tak utk buat IUI. Bayangkanlah..malu tak usah ckp la... buat dont know je.. kdg2 pernah juga kena dgn doc laki (cina)...adoi la...

    tapi sbb nak anak terpaksa juga la...

    BalasPadam
  3. sebab tu la perempuan selalu termenung kalau fikir nak mengandung lagi nak bersalin lagi. nak gi swasta bukan semua org mampu. insurans tak cover pulak sakit yg cari sendiri ni. dilema wanita.....

    BalasPadam
  4. syukur alhamdulillah masa sy bersalin aritu xkene dgn doktor laki..tau2 jela kalau klinik kerjaan mane leh demand..lau swasta leh la nk demand dok pompuan..kawan kene dgn doktor laki katenya malu tuhan je tahu..

    tp nape ireland boleh buat camtu..sedangkan dorg bukan negara islam n malaysia negara islam nape x jd cmtu..kenapa mesti ada doktor laki bahagian sakit puan..xfaham dunia skrg..pelik2...huhu..

    BalasPadam
  5. Ben..agreed..hmm lagi la dah nak dkat ngan due date. ni..dilema btl.....kita bukannya kaya smpai nak bersalin beribu2 kt spital swasta n booking dktor pmpuan..ngadap jugala ke govenrment.. tapi hati tu sntiasa doa moga yg handle nnti biarla doktor perempuan.. alhamdulillah dua kali bersalin memang midwife- bidan hospital yg uruskan.. Kali ketiga doa sgt pada Allah supaya midwife juga yg uruskan.. kalau doktor laki tu dtg amik tekanan darah bagai takpa la..cuma tang bersalin tu takmau la... :)

    BalasPadam
  6. sekarang dah ada insuran untuk wanita mengandung..tapi ada syarat dia la

    BalasPadam
  7. baca post ni teringat a discussion dgn my 4yr old son recently
    tny dia apa dia nak jadi dah besar nanti...
    dia cakap nak jadi doktor
    doktor ape?
    doktor kuar baby...nanti nak tolong mama kuarkan baby(his reason)
    what shall i response???

    BalasPadam
  8. bukan senang nak dpt doc perempuan, dan tak ramai perempuan yg nak amek bidang perbidanan dan sakit puan ni. mmg yea, kena tahan lah rasa malu tu kan kalau dpt doc lelaki. kalau kebetulan doc perempuan, and dia pulak byk patient lagi lah.. perlu ke tunggu turn smp 5-6 jam? Hmm..

    BalasPadam
  9. Bukan hanya takat female je tapi MUSLIM FEMALE in O&G. Wanita muslim & non muslim pun ada batas auratnya..

    BalasPadam
  10. suami saya sendiri pun kata, prefer kalau nak bersalin kalau boleh biarlah gynae tu wanita dan islam...

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah masa sy bersalin dulu ngn doc perempuan..bab kata en somi biarlah berhabis duit ckit kt swasta untuk kita selesa...xpyh la nk demand swsta sgt smpai mintk price court bgai..ikut kemampuan la...bygkanlah yg doc perempuan dok seluk2 pun dh malu..kalau doc laki lagi la...

    BalasPadam
  12. we want female !! we are muslimah..
    ehehe

    BalasPadam
  13. Berkenaan dengan perbincangan di atas boleh juga dirujuk di sini. Sangat bermanfaat blog ini.

    SUMBER:
    http://ummuhusna99.blogspot.com/2011/06/nilai-seutas-gelang-tangan.html

    BalasPadam
  14. betul tu..kemana perginya doktor perempuan. kasihan kat ibu-ibuyang nak bersalin.

    BalasPadam
  15. Masyarakat pun kena bagi full support. Sedih hari ini bila rakan saya seorang ustaz berperang dengan isterinya seorang ustazah kerana hanya berniat ikhlas ingin mengahwini seorang pakar O&G umur pertengahan 30an. Masyarakat (khususnya ibu-ibu) menuntut itu dan ini dari doktor perempuan, tapi nak bantu doktor perempuan dirikan rumahtangga seperti manusia biasa tak mau. Please give and take wahai ummah.

    BalasPadam
  16. Masyarakat pun kena bagi full support. Sedih hari ini bila rakan saya seorang ustaz berperang dengan isterinya seorang ustazah kerana hanya berniat ikhlas ingin mengahwini seorang pakar O&G umur pertengahan 30an. Masyarakat (khususnya ibu-ibu) menuntut itu dan ini dari doktor perempuan, tapi nak bantu doktor perempuan dirikan rumahtangga seperti manusia biasa tak mau. Please give and take wahai ummah.

    BalasPadam