Ini baru lelaki .. Tahniah !!

by - Ahad, September 15, 2013

 

 

Pagi tadi , aku ke Mid Valley bersama keluarga aku .. Seperti biasa , tugas mendukung Qhaliff , adalah tugas aku memandangkan wife mengandung ..

Selepas parking kereta , berjalanlah menuju pintu masuk ke dalam Mid Valley. Depan aku ada sorang budak lelaki berbangsa cina yang aku rasa dalam lingkungan 10 tahun bersama mak dan adik perempuannya. Nampak gaya seperti orang berada.

Mereka sampai ke dulu dan mak budak tu masuk manakala budak tu menahan pintu sambil memandang aku. Aku senyum dan melangkau masuk sambil mengucapkan terima kasih dengan jelas padanya !

Terasa terharu dihati aku. Yelah , budak tuuu .. Bukan senang zaman ni nak tengok budak kecik buat gitu ! Yang besar pon dengan selamba berebut dengan kita yang sedang dukung budak ni ! Malah siap ada yang langgar lagi !! Camana tu ?

Selepas beberapa langkah , mak dia pandang ke belakang .. ke arah aku dan aku lemparkan senyuman yang cukup manis dan berkata dalam hati ..

“ Tahniah puan kerana melahirkan anak yang cukup bersopan ! “. \

Selamat menyambut Hari Malaysia !

You May Also Like

15 comments

  1. Selamat Hari Malaysia..

    susah gak nk jmpa budak kecil yang bersopan mcm tu, mmg bagus didikan mak budak cina tu!

    BalasPadam
  2. tak semua orang macamtu.. ibu bapa dan sekolah banyak mendidik... mungkin dia bersekolah di sekolah kebangsaan dan terbiasa dgn orang bukan bangsanya... dan yang penting dia bukan jenis keluarga yang lokek untuk menolong orang... dan apa yang penting itu semua kehendak Allah.. mungkin dia berbuat begitu kerana rezeki bro... mungkin tidak di buat pada orang lain... :)

    BalasPadam
  3. moga semua anak2 kita mendapat didikan yang baik dari kita.. ;)

    BalasPadam
  4. ini baru betul ,, melentur buluh biarlah dari rebung .. kiki. semoga smpai besar pon dia pandai wat gituuu

    BalasPadam
  5. betul la..thums up kat budak china tu...mmg susah nak jumpa budak2 macam tu zaman sekarang nie...

    BalasPadam
  6. Cina yg macam tu mmg susah nak cari zaman skrg ni . Tapi melayu kita pun sama je .

    BalasPadam
  7. Gentleboy aar tuh..., harap2 jadi gentleman 1 hr nanti...tp kekadang non malay lg berbahasa, pernah p htar, biasale berebut lif ...ada sorang pakcik ni tolong tekan butang open sementara sumer berebut2 masuk n baru dia kluar., tup tup ada ppn india ni kata 'terima kasih pakcik',.... malu plak mama yg ikut berebut2 tadi.., issshhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Malaysia..contoh yg terbaik untuk kita semua

    BalasPadam
  9. dia pernah stay US kot dulu sebab most of orang US memang diajar untuk tahan pintu untuk orang belakang . :)

    BalasPadam
  10. lentur buluh biar dari rebung..supaya menjadi galah kelak yang berkualiti dan dipilih orang..

    BalasPadam
  11. Kalau duk S'pore pun biasa dengan situasi mcm ni.. esp kalau nampak kita bawa budak2... tak kira peringkat umur..

    BalasPadam
  12. good job, mmg sepatutnya kita layan budak kecil seperti kita layan orang dewasa. they deserve :)

    BalasPadam