Katakan TIDAK PADA CETAK ROMPAK tapi ?

by - Isnin, September 16, 2013

 

Aku teringin nak kata gitu bila selisih dengan penjual penjual filem cetak rompat ! Tapi … hurmm

Aku tak kata aku penyokong mereka tapi kehadiran mereka membuatkan orang orang yg tak mampu gi ke panggung membelinya untuk menonton ‘ apa yang best sangat’ filem tu kemudiannya buang atau memberikan pada orang lain ! Buat koleksi ? Aku tak rasa mereka akan buat koleksi kecuali jika filem tu bagus dan sesuai utk dijadikan koleksi , maka mereka atau aku sendiri akan beli yang original utk simpan ..

Jgn nak tangkap aku lak ! Salah sapa ? Nak beli original , tak semurah cetak rompak ! Kualiti dvd pon belum tentu leh tahan berpuluh tahun. Belum lagi filem tu punya kualiti ! Sekali bila tonton , tertipu !! Filem serupa sampahhh !! Jangan marah , itulah hakikatnya !!

Filem tempatan masa kini .. Berapa banyakkan yang benar benar layak ditayangkan di pawagam ? Teringat lagi kata kata , er .. sapa tah .. Masa aku gi ke forum perfileman tahun lepas .. katanya filem ni cumalah satu bisnis buat mereka .. Mereka jual , kita beli. Baik buruk , kita sebagai penonton kena tapis sendiri ! Terkedu aku dengar !!

Bagi aku mudah jer .. Kalau nak orang macam aku ni menyokong filem tempatan , pembikin filem masa kini perlu lebih bijak memilih karya karya untuk difilemkan ! Kalau mereka fikirkan keuntungan , maka kami ni pon nak fikirkan penjimatan ! Nak tengok perlu ada duit ! Bukan saja untuk bayar tiket , kena bayar cukai , parking kereta dan macam macam lagi !

Ingat lagi aku pada satu filem yg aku dijemput hadir untuk membuat review mengenainya. Aku sanggup pergi walaupun tak bayar hanya semata mata untuk menyokong filem tempatan ! Pengarahnya , perghhh … Bukan calang calang .. Pelakonnya , bukan main hebat !! Tapi hasilnya , sangatlah mengecewakan !!!

Disbbkan tu, aku nekad tak nak tonton dah filem tempatan di panggung mahupun cetak rompak punya ! Namun aku pujuk hati setelah aku terima satu lagi jemputan untuk menonton filem komedi arahan pelakon / pengarah tersohor yg aku minat sangat sangat !

Sekali lagi aku hampa dan malu pada rakan rakan yang mana aku ajak mereka join sama ! Haihhhh … Apa dah jadi dengan pasaran filem tempatan ? Mereka fikirkan keuntungan mudah dari orang Malaysia ke ????

Bagaimana orang macam aku ni nak tolak longgokan dvd cetak rompak atau download di internet kalau mereka sendiri tak bantu kami ?? Kena ada win win laa .. Terbitkan filem berkualiti dan jangan tipu kami dengan longgokan filem mencari keuntungan mudah !!

Katakan TIDAK PADA FILEM MURAHAN ! Apa itu filem murahan ? Anda sendiri mengetahuinya …

You May Also Like

5 comments

  1. Filem 4 juta tu bukan filem 20sen

    BalasPadam
  2. sy sanggup jer tengok cter kat pawagam kalau dia btul2 best saja.
    sy sanggup jer beli cd/dvd kalau dia betul2 boleh jadikan 'koleksi abadi'
    sy sanggup tunggu jer main kat tv
    sy sanggup jer...... (bla, bla, bla)

    panjang sgt la plak..

    x salah pon kata abg ben tu

    filem yg kita buat kdg2 x sesuai utk ditayangkan pon.. asyik2 komedi
    asyik2 horror asyik2 romantik.. genre lebih kurang aje.. production ni buat cte gangster..sume production nak buat gangster...
    sampah3 yng melambak. asyik2 muke sama... yg penting kontroversi bodoh, gosip bodoh yg x patut timbul..

    skrng ni.. sy sanggup tgok telemovie je.. kualiti lebih kurang je ngan movie..
    paling tidak tengok je flm luar negara. keno tengok.. baru boleh banding dengan flm dalam negara.. utk improvement (kritik pon kira pendapat jgak kan)

    info: 10 flm br tgok d pawagam tahun ni.. nisbah 1:9 . 1= dlm negara 9= luar negara
    alasan: duit lebih buat makan..hehe

    yang cetak rompak tetap salah. kita yang beli pon salah.

    (akhirnya dapat luah perasaan!)

    haha.. anyway x semua film malaysia yang k.o. ade je yang o.k.! Selamat Hari Malaysia!

    BalasPadam
  3. aku boleh bilang dgn jari filem melayu yg dah aku tengok di pawagam...salah satunya filem Bunohan

    BalasPadam
  4. insyaAllah, tengok trailer filem "USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG" sangat best.. Rasanya saya sanggup turun ke panggung atau beli cd original sebagai tanda sokongan filem tu.. :)

    BalasPadam
  5. koleksi cd citer melayu??? jap nak check... kalo yang ori semua citer hindustan... hmmmm... jap tgk yg cetak rompak punya.... ada citer omputih je... yg downloadnya... haaa ada citer melayu... tapi ada berapa je... tak suka tgk filem melayu sejak 2 3 tahun kebelakangan ni... MURAHAN... tak berbaloi... memang pembikin filem takkan heran dengan golongan picisan macam kita yg mengharapkan filem yg berkualiti... diorang hanya fikir keuntungan... target diorang golongan muda yang kononnya suka tengok wayang... tapi diorang pejam mata je bila golongan muda tu buat wayang sendiri dalam panggung bukan tgk wayang... tertunggu filem melayu yang buatkan kita tak senang duduk dr awal sampai akhir, yang buatkan kita ada dalam filem tu... masih menunggu buah tangan kabir batia... CINTA dan SEPI memang terbaik... tapi Nur Kasih? hmmmmm

    BalasPadam