Sekadar nak sakat aku je !

by - Isnin, September 30, 2013

 

Beria dia berebut handphone Nokia Lumia aku tu ! Dia tau ke nak guna ? Hurmm..

Setakat ni , dia tau mana satu paparan yang betul atau terbalik. Selain dari tu , dia tau skrin tu skrin sesentuh ! Abis dia main tekan tekan gitu jer !

Photo

Masalahnya , dia bukan nak main sangat pon .. Lebih pada tak kasi aku nak main ! Aku pulak , bukan nak main pon.. Saja nak sakat dia suh mai kat aku ! Hahahaha ..

Bila dia amik yang tu, aku amik hp HTC aku yang satu lagi. Beria pulak dia datang nak amik yang tu dan Nokia tu dia nak main campak gitu jer  ! Nasib baik aku dah sempat baca apa dia nak buat !

Bila dah kasi yang HTC tu , aku guna Nokia .. Dia datang nak amik semula ! Kesudahnnya , aku letak dalam buaian .. dan sila tidur !!

Dan dia tidur … Hehehe.. Baru dapat update blog .. huhu ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

2 comments

  1. amboi bukan main lagi tajam muncung si Qhaliff tu ha..syok sangat..

    BalasPadam
  2. tudiiaaaa muncung Qhaliff dh mcm serombong kapai...hehehehe... ^^,

    BalasPadam