Sudah matikah hati kita ?

by - Rabu, September 11, 2013

 

Terdengar di Sinar Fm td .. Bila berlaku kemalangan , ada yg mengambil kesempatan yakni mencuri barang milik mangsa. Tak kira la samada mangsa masih berada dalam kereta mahupun dah di bawa ke hospital lalu kereta yang mengalami kemalangan tersebut akan dipecah masuk ! Tahukah ianya satu kesalahan ?

Baru-baru ni ada kes kemalangan melibatkan lori bawa kambing . Abis kambing kambing tu terlepas. Dengar cerita , orang yang berada di situ menangkap kambing tu dan bawa balik rumah . Kira dah jadi hak sendiri ! Boleh ke gitu ?

Apa gile ni ??? Dah takde perasaan ke ? Inilah bala bila dunia menjadi keutamaan. Hati mati !!

Gambar kat bawah ni , kes kemalangan yang melibatkan kereta pikap bawak duit syiling terbalik .. Maka ramai la yang gi ‘ menolong’ mengutipnya ..

Lori Bawa Duit Syiling Kemalangan, Orang ramai Berpesta Pungut Syiling Bertaburan .. “.

 

Aku up status ni di Facebook dan ramai kawan kawan berkongsi cerita dan pendapat .. Antaranya ialah ..

  1. Biasa mmmang macam tu. . Kawan lisa accdent... Meninggal kat tempat kjadian.. Kamera nikon and wet dia semua ilang. Barg2 dlm beg pon illng... “
  2. “ kawan kakliza dah kena..masa accident ada bawa cash yang banyak..hilang..even barang kemas yang dia pakai pun habis kena cabut.. “
  3. “ Biase la tu abg ben...nk yg lg best sy pnah accident motor dgn husband, org 'melayu' kite bleh tgok je sambil isap rokok n yg tlg angkat kmi gi hospital ialah cha ya nun alif...brg2 x yah ckp la...hati mati ke ape tu? ? “
  4. “ Terjadi kat arwah kawan.....
    Masa bgtau arwah eksiden, polis cal pkai no arwah....
    Tp lps pd tu, lesap hp tu...... “
  5. “ Haritu masa saya kemalangan. Memang nasib baik sangat. Ada orang2 yang baik hati. Tolong kutip segala HP, dompet,sampai roti yg saya beli dah penyek2 pun dia kutipkan kumpul. Siap dalam plastik. Bagi dekat saya. Takde satu pun yang hilang. Tu jumpa yang baik perangai. Kalau jumpa yang buruk perangai, memang saye rasa, habis segala benda2 tu. Yela, masa kita tengah sakit. tak ingat dah benda2 tu semua.”
  6. “ memang pun. jiran sy meninggal dalam kemalangan sebelum puasa haritu. hp dan dompet xdijumpai. orang cam muka pun sebab kemalangan berhampiran rumah. “
  7. “ Menyusahkan pihak berwajib utk mendapat maklumat mangsa....ramai hati dah hitam...tak berperikemanusiaan... “

Ianya berlaku dalam masyarakat kita yang dikatakan penuh dengan sikap lemah lembut , sopan santun , tolong menolong.. Apakah masyarakat kita atau kita sendiri sudah pentingkan diri sendiri ?

You May Also Like

5 comments

  1. dunia sekarang hanya tgk je, bukan nak tolong..

    BalasPadam
  2. Kan? Sedih dengan sikap orang kan. Ramai yg ambil kesempatan dalam kesempitan org lain. Huuuuu.

    BalasPadam
  3. Saya selalu fikir begini- you buat kat org Allah akan balas berkali ganda lg. x berkat barang tu hingga akhirat. Bleh buat hilang rasa geram, menyamoah pada org2 yg mati hatinya...

    BalasPadam
  4. berlaku pd saya 13thn lps, kemalangan di highway dkt area Nilai. duit dlm wallet GBP300 dengan gelang emas hilang :-( sampai skang x dpt nak halalkan..masa tu student, itu je duit dan harta yg ada nak bwk balik UK :-(

    BalasPadam