Suka suka belasah anak orang !

by - Isnin, September 02, 2013

 

Tak nampak ke ? Ololololo… Aku copy paste eh .. Sat je .. Nak kredit gak ke ? Hehehe .. Ni aku amik dari Harian Metro. Silalah beli setiap hari yer .. Ok tak promosi ?

 

Tidak cukup ditampar, seorang pembantu rumah turut bertindak kejam menendang dan memijak seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sebuah rumah di Salak Selatan, di sini.

Walaupun kanak-kanak terbabit menangis kesakitan, namun wanita berusia 20-an itu tidak mempedulikannya, sebaliknya terus memukul mangsa tanpa belas kasihan.

Bagaimanapun ibu mangsa berusia 30-an yang mengesyaki sesuatu selepas melihat terdapat kesan lebam di mata anaknya bertindak menyoal suspek, namun dia memberi alasan kesan itu adalah urat mata anaknya.

Menurut sumber, sangsi dengan jawapan suspek, si ibu memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam rumah sebelum dia terkejut apabila melihat perbuatan kejam pembantu rumahnya yang sering menyeksa dan memukul anaknya.

Berang dengan tindakan suspek, si ibu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini, Jumaat lalu untuk tindakan selanjutnya. “.

 

Hurmm .. Komen seoran rakan aku di FB ..

means, ibu die x sllu check le wlupn ade cctv kat umh die....sllu kene seksa & dah lebam baru check....aduhaii.....kesian ank kecik tu....klu sy, sblm serah kat polis sy akn pijak2, tampar2 sepuas hati, baru serah polis. biar die rasa kesakitan dera bdk2! “.

 

Perasan seorang ibu .. Aku yang bapa ni pon berapi je tengok budak lain dok aniaya anak aku tu .. ini kan pulak dok sepak terajang .. Perghh… Kalau aku laaaaaa .. aku laaaa ..

Tak leh tulis .. tu satu ugutan .. huhu .. Haih , kalau tak tahan .. berenti keje je laa .. Budak kecik ni mmg banyak karenah .. bukan senang nak layan .. Perlukan kesabaran tahap tinggi punya terutama yang baru nak berakal .. huhu ..

 

 

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

4 comments

  1. bila kena tangkap pergi buat check up gila.. abis cerita. anak org setengah mati kena dera.. apa cerita?? patut kena amik tindakkan agen yg hantar dia. Yang si gila tu pun pi kurung jugak. geram tau kalau dengar kes2 macam ni. even anak orang pun tetap anak tu bermana budak & manusia

    BalasPadam
  2. nasib baik takde org marah penjaga tu... macam kes ni..

    "http://www.papablogger.my/2013/08/kurung-anak-dalam-stor-taska-dan-komen.html"

    BalasPadam
  3. kalau tuan rumah pukul pembantu rumah kecoh sampai nak buat rusuhan..
    tapi bila pembantu rumah buat hal, selagi boleh nak didiamkan..
    tu pasal ada pembantu rumah naik lemak..

    BalasPadam
  4. umur budak ni seumur dengan anak saya. teringat anak di rumah kalau kena dengan anak saya siap la pembantu rumah tu. aku anyam2 jari2 pembatu rumah tu siap dengan jari kaki sekali...haaa... padan muka...

    BalasPadam