Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 31 Oktober 2013

Gara-gara Astro Oasis nak interview !!

 

Photo

Sebenarnya aku tak terfikir pon nak deco rumah aku memandangkan diorang nak datang interview jer .. Tapi bila wife aku suruh tengok betul betul keadaan rumah yang mana carpet pon dah diantar cuci dan selebihnya seperti kapal Titanic baru je singgah lalu hall aku ni .. maka .. Aku ajak dia gi Nilai 3 !

Tentulaaahhh dia suka sbb dah bertahun dia ajak aku gi sana.. Aku tak suka gi sana ! Seriusss !! Aku tak suka sbb kalau gi , confirm duit abis banyak ! Aku suka deco deco decooo tapi $$ je tarakkkk !

Kata dah .. aku yang beria dari dia .. Ikutkan semua aku nak beli tapi kena ikut duit yang ada dalam bank gak.. hehehe .. mampu beli satu je.. hahahaha .. Kena beringat skit .. nak simpan duit gi umrah .. huhu .. InshaAllah ..

Esok , confirm tensen ! Kena bersihkan rumah.. mop , mop dan mop.. Pastu Qhaliff amik tugas selanjutnya iaitu sepahkan ! Arghhhhh…

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ibu balik ! Ibu balik !!

 

Sedang dok leka bermain , aku kata kt dia ...

"Qhaliff ..  tuu .. ibu balik dahhh.. "..

Aku sekarang ckp ngan dia tanpa isyarat tangan tp gunakan mata utk menunjukjan arah ..

Dia bingkas bangun dan berlari ke pintu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jual dadah melalui makanan ???

Tana Pedas !! Hahahahha... Ok , ni bukan kes dadah membawa maut yer.. Ini kes tak belajar di dlm negara .. Dia bljr di negara dia sendiri .. Aku tak tau la ini bangla ke , nepal ke atau dr mana dia dtg ..tp yg pasti ianya mengelikan hati sesiapa saja yg membacanya ..

Tapi kan , rasanya bukan org luar je slalu ckp tak betul .. org kita sendiri pon byk gitu .. Malah siap jadi menteri lg !! Tp ckp BM , hancurrr ! Camana tu??

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ku tolak tawaran RM1 ribu kerana ..

 

Bukan tak pernah dapat tawaran lumayan gini untuk buat review tapi kali ni lain skit .. Tawaran ni dilakukan oleh syarikat yg mana produknya menjadi buah mulut orang ramai yang pernah menggunakannya ..

Aku sebenarnya lebih suka melalui dengan pengalaman sendiri berbanding dengar dari mulut orang lain walaupun ada kebenarannya ! Utk kes begini , aku pernah ada kawan juga yang pergi dapatkan rawatan. Memang gile mahal laaa tapi tak berkesan ? Kenapa ? Sebabnya takde disiplin ! Salah sendiri !! Bila amik lalui rawatan begini , kita perlu ikut nasihatna 100% . Bila disuruh berpantang dan jaga pemakanan , ikutlah. Disuruh berenti merokok , berentilah. Suruh kurangkan makan garam , buatlah tapi ni tidak ! Camana nak berkesan ? Bila tak berkesan , mulalah !

Tapi isunya bukan tu jer .. Ada yang kata kaunselor mereka memaksa beli ubat ubatan yang mahal harganya. Dipaksa bersungguh sungguh.. Benar , aku sendiri tengok camana member aku tu kena .. Tapi lama dahhhh tuuu . Aku ingatkan dah berubah cara bisnis tapi tidak !

Maka setelah fikir masak masak dan berbincang dengan teman seperjuangan maka kami berpakat untuk menolaknya. Bukan apa , risau nanti ada kawan terpengaruh dengan cerita kitorang. Tak ke kesian ? Lainlah dia tu mmg kaya raya.. hehe..

Jadi , wang bukanlah persoalannya walaupun aku memerlukan wang tetapi ‘kejujuran lebih bernilai dari kekayaan.. ‘ . Camana aku nak bercerita andai kita tau hakikat sebenarnya ?

Hurmm..

Sejurus bangun tidur ..

 

Tidur awal semalam dia .. Dalam kul 10 lebih gitu.. Ngantuk sangat sebab petang tak tidur lama .. Hurmm ..

Bangun bangun tidur je , terus gi dapur cari mak dia .. Pastu ke meja makan.. dia panjat kerusi tu ala ala Upin Ipin punya style .. duduk dan tunggu makanan !!

“Nak makan .. nak makannn .. Laparr .. Laparr !! “

Dapat la telur rebus sebijik untuk pagi ni .. heee ..

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rahsia Minda Anak Cergas

 

-iklan-

 

clip_image002

 

Produk minda JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut dalam al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis yang bermutu tinggi dan ianya dipercayai dan diyakini dapat meningkatkan Aras Kecerdasan Minda (IQ).

Produk ini juga menggunakan air zamzam yang telah digunakan untuk membasuh Zaffaran yang telah dijadikan dakwat untuk menulis 6,236 huruf al-Quran. Ia difomulasikan oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad.

Harga ialah RM80 sekotak yang mengandungi 15 sacet. Terdapat 20ml dalam setiap sacet. Caranya amat mudah. Hanya perlu koyakkan sacet, baca doa dan terus minum. Minum satu (1) kali sehari. Sebaiknya diambil ketika perut kosong terutamanya sebelum tidur agar nutrisi dan zat jus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ketika tidur.

InsyaAllah, antara kesan pengambilan JuzQ30 yang berterusan ialah:

* Menyuburkan sel-sel otak.

* Meningkatkan daya fokus dan tumpuan.

* Menstabilkan frekuensi minda.

* Memberikan ketenangan dan

* Meningkatkan keupayaan mengawal emosi.

* Terang hati dan mudah faham.

* Melembutkan hati yang degil.

* Cepat ingat dan pantas berfikir.

* Meningkatkan semangat belajar.

* Memudahkan hafalan.

* Membantu melancarkan perjalanan darah.

JuzQ30 ini boleh diambil pada semua peringkat usia, lelaki atau wanita yang mementingkan kesihatan dalaman badan dan minda. Ia adalah pemakanan dan bukannya ubat-ubatan. Malah ia sangat baik kepada ibu-ibu mengandung kerana bayi sedang membesar dan sel-sel otaknya sedang terbina. InsyaAllah bayi anda lahir sebagai seorang yang GENIUS.

Untuk mendapatkan produk JuzQ30, boleh call/sms/whatsapp Pn Azizah 019-7294000. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman web di ,

http://www.rahsiaanakpandai.com/hop.php?ref=admin atau www.facebook.com/azizah.ali.1977

P/S : PROMOSI untuk pembelian melebihi 2 kotak. Dapatkannya sekarang.

Rabu, 30 Oktober 2013

Semakin memahami tapi ..

 

Tapi dia saja saja wat tak pahaamm !! Aku saja test dia ..

“ Qhaliff .. nak air Qhaliff tuu skit. Daddy dahaga.. “ ..

Aku cakap tanpa ada pergerakkan tangan . Malah dia sendiri dok sibuk tgk tv.. Kemudian , dia capai botol air dia.. Buka tudung dan berjalan ke arah aku lalu disumbat ke dalam mulut aku ! Boleh ????

Pastu duduk atas pangkuan aku dan sambung tengok tv ! Nak kena antar balik Kelantan ni ! Sekolah arab kat sana.. huhu .. Meraung lak daddy nanti.. heeee ..

Dia ni , mak dia gi kerja .. ok la .. aku gi kerja, menangis beria riaaa .. Anak bapakkk ..

Hasil sampingan dari blogging !!

Alhamdulillah .. Terima kasih Advertlets dan LG .. makin membara semangat nak berblog .. Skg tunggu AV receiver dari Pioneer .. Gabungan kedua dua ni pasti membuatkan jiran mai ketuk pintu umah mintak aku perlahankan skit sound ..

" Bang .. abang je ke tau tgk tv ???? Pelan skit blehh ? Nanti saya up dlm FB , baru tauu.. " ..

Huhu.. dasat imaginasi aku.. 

Tapi sayangnya .. lom leh pasang lagi sbb nak kena bukak yg lama punya dulu .. huhu .. Part ni aku malas niii .. Grrr. ?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila Qhaliff baling barang ..

 

Tensen ? Seriuss .. Tensen !!! Grrr ….

Photo: Agaknya boleh bayangkan tak kalau Qhaliff Ben Ashaari yg amuk baling2 Note ke, iPad ke, Lappy daddy dia ke lantai...tiba2 dgr je..taapp! Pastu Qhaliff dgn muka "duckface"nya tanya daddy dia, suka tak, suka tak..??*ala2 Chef Ammar tu... Camna ek Adnan Ibrahim Sis Lin Sue Joshua Sunah Mohammad Siti Ruhayu Ab Rahman Ryo Azhar ek...

Tapi tu duluuu laa .. Sekarang ni tak de dah .. Kena bagi tunjuk ajar kat mereka ni . Apa yang mereka lakukan,segalanya bersebab. Kadang kadang , nak tarik perhatian kita yang dok asyik dengan laptop , handphone .. dengan Mr. Arrogengnya tuuuu .. Haa .. Terabai anak jap !

Apa yang patut dilakukan bila mereka mula mencampak barang ? Apa lagiiii .. ajak la bermain .. keluar berjalan .. atau belajar membaca ABC ..

Tapi Qhaliff , masuk part ABC .. Dia terus menguap dan cari mak dia .. automatik ngantuk ! hahahaha ..

Selesai masalah dengan TM !

 

Alhamdulillah .. Selesai gakk .. Tak sia sia wife aku mc ari ni .. Dalam keadaan dok batuk batuk tu , aku ajak gi settle sbb akaun nama dia. Bukan apa , nanti nama dia gak buruk. Aku tamo la.. Nama aku dah lama dah buruk ! Hahahahha .. Blacklist dah kooooo ..

Ok .. Ada yang tanya camana nak settle ? Memula , korang kena tau yang masalah tu bukan dari korang .. Contoh cam kes aku ni , auto downloading yang mana pihak service provider yakni TM / Unifi buat maintenance ke atas setup box mereka. Bila dah gitu , tetiba rosak .. korang catit masa dan buat laporan. Logkan segala kejadian.. Catit apa kata CS …

Kalau rasa kerosakan berpunca dari mereka , sila pertahankan hak anda ! Buat laporan dan terus buat laporan. Kalau perlu pergi ke TMPOINT , sila pergi .. Maklumlah , bukan murah woo mau bayar !

Untuk kes aku ni , setelah 3 kali buat laporan barulah berjaya .. Semalam , sewaktu ke TMPOINT Maxisegar , Pandan Indah .. pegawai yang amik aduan kami ni check betul betul dan dia bagitau , pihak billing ( penyiasat kes ) dah approved setelah ditolak sebelum ni ..

Nasihat aku .. kalau benar korang tak bersalah , sila pertahankan hak ! Jangan ikut cakap si pengutip hutang yang suruh bayar hutang tu !

Dan , staff TMPOINT Maxisegar sangatlah peramah ! Bagus ! Tak macam kat Cyberjaya .. Garang aja mukaaa .. Macam berdepan ngan penjaga singa sarkes ..

Krim Ibu Putih

 

- iklan-

 

Krim dwiguna IBU PUTIH bertindak sebagai booster dalam rangkaian penjagaan wajah/kulit anda, untuk memberikan kesan/impak kecerahan dan kegebuan maksima yang berkekalan.

Ia adalah pekat, jadi anda perlu mix/campurkan sahaja krim ini dengan krim sedia ada anda sebelum digunakan.

Contohnya, campurkan sedikit sahaja krim IBU PUTIH dalam krim pelembab atau KRIM MALAM anda. Sapu sebelum tidur. Untuk bahagian badan lain, campurkan ia dalam losyen badan, dan sapu rata pada bahagian di ingini. Lakukan secara rutin setiap hari dan lihat kesan kecerahan yang diingini hanya dalam beberapa hari!

TIPS MUDAH : – Sapu dulu krim muka atau losyen badan anda. Kemudian baru calitkan sedikit saja IBU PUTIH pada bahagian diingini dan ratakan..

Jom try KRIM IBU PUTIH yang super duper power dan gerenti ORIGINAL dari kami ! Kalau mahu mencuba dahulu, kami ada pek trial, hanya RM15 sahaja untuk 10g! Jom try yuks!

P/S : Promo Gaji masih berjalan. BB DOll Foundation serendah RM39 sahaja! & Uolz juga boleh dapatkan Elzaa Skincare Trial Set for RM10

 

 


Fb Page :


ELZ BEAUTY

Blog owner : SOFFYA CIK BULAN

No Fon utk dihubungi:


0179212631

Best ke jadi Mr.Mama ?

 

Hurmm.. best ke ? Aku bukan mengeluh yer .. Sekadar berkongsi rasa.. Ada yang rasa jadi Mr.Mama ni , rileks sangat .. Duk rumah , jaga rumah .. jaga anak .. Tu je.. Tak perlu nak tensen tensen !

Memang betul ! Semua tu betul ! Tak perlu nak pikir hal bos .. hal kengkawan opis yang suka bergossip dan mencari salah kita tatkala kita terlebih rajin dan mengampu bos ! Haaaa.. Tak ngampu , susah nak naik pangkat dan gaji kan .. Kena bodek bodek skit.. kaaannn .. hehe.. Bukan semua gitu !

Tapi part tu mmg best la. Cuma part ni ramai terlepas pandang .. Aku kena cari duit seperti aku bergaji tiap bulan ! Dalam kes aku ni .. aku terus terang laa citer noooo .. Setiap bulan aku kena standby duit untuk bayar duit kereta , duit itu , duit ini dan belanja harian .. Manakala wife lak , atas ehsan dia untuk membantu aku .. dia bayar bahagian dia .. Terima kasihhh … Nak harap aku bayar semua tu , jenuh gak wehh ! Kena jual burger gak la depan rumah tiap tiap malam ! Huhuh..

Namun begitu , aku jimat banyak sebenarnya bila jadi Mr.Mama ni terutama bab anak .. Aku sendiri pon tak sangat makan bila kat rumah. Kos pengangkutan ke pejabat dah takde .. Kos beli baju kemeja bulanan.. seluar.. Perfume.. Haaa.. Banyak woo jimattt..

Apa yang aku hilang ? Dah takde la nak lepak lepak lepas kerja. Bersantai waktu lunch .. Tiada lagi Hari Keluarga , gi kursus .. Haa.. semua ni , memang aku rindu tapi aku dah tak kisah sbb setiap pagi , aku mengadap muka anak aku dan siapkan makan pakai dia sendiri ! Tak perlu orang gaji untuk lakukan semua itu ! Satu kepuasan yang sukar untuk dinikmati , yang mana menjadi impian setiap ibu bapa yang punya anak .. setiap saat anaknya berada di depan mata , sebelum mereka menjadi dewasa .. hurmm ..

Best atau tidak , kita lalui dengan kesyukuran sebelum segalanya hilang untuk selama lamanya ..

Selasa, 29 Oktober 2013

Dilema blogger !

 

Hurmmm .. bila terima job advertorial , bayaran lumayan tapi masalahnya ialah … kesan pada pembaca ! Camana nak bercerita dengan ikhlas dan jujur sedangkan client meminta kita bercerita untuk menarik para pembaca melanggan produk mereka !

Masalah wooo ! Bukan senang .  Satu , punca rezeki kita .. Satu lagi , rakan rakan kita ni !! Nak ditemberangkan , kawan kita sendiri .. Nak ditolak , perghhh … banyak tuuu bayaran .. Dah tu camana ? Kalau korang camana ?

Mungkin ada yg kata .. Ala , tolak je la Ben . Rezeki ada di mana mana ! Benar tapi andai terjadi pada anda sendiri bagaimana ? Contoh la kan.. Korang tau korang kerja dengan syarikat kewangan yang terang terang dok cekik darah orang .. Mengenakan bunga yang tinggi .. Atau kontraktor perumahan yang terang teranng menipu pembeli rumah dengan buat rumah gunakan bahan murah tetapi dia kenakan charge dengan harga mahal ! Camana tu ? Korang nak report pihak berkuasa atau berenti keja .. atau butakan mata je ? Asal tiap bulan , gaji dibayar ..dah laa !

Photo

Apa pendapat korang ? Hurmm.. tolak rugi , terima .. rasa bersalah lak .. Kecuali terms and conditions meminta aku bercerita mengenai pengalaman je.. Haa , yang tu ok laaa … Kan kan ?

Bila daddy keringkan hatinya ..

 

Akhirnya ,dapat jugak gunting rambutnya. Menangis , terlalak camana pon , aku keringkan hatinya. Tak tahan dah tengok rambutnya serupa Brad Pitt baru bangun tidur .. Jangan tanya camana rambut Brad Pitt di kala baru bangun tidur. Google plsss ! Huh..

Sian , mmg kesian .. tapi kalau dilayan tangisan dia , jawabnya nanti abis mata semua tak nampak dek ditutup oleh rambutnya gara gara tak nak digunting !

Hurmm… Dah selesai gunting , tangisannya pon berenti.. Tengok rupa , barulah nampak serupa anak aku .. Kalau tak dah macam anak korea timur tengah !

Photo

Sampai rumah , mandikan dia .. Kasi susu .. letak dalam buai .. Tak sampai 5 minit , tidurrr … Huhuh…

Suka makan di Sunita , Salak Tinggi.

 

Kali kedua datang makan sini. Kelmarin , datang gak tapi tutup. Cuti raya haji.. Dua minggu gak la diorang cuti. Hehehe .. Hari ni , hujan sangat lebat.. dapat makan ikan 3 rasa panas panas , mmg sedap ! Wife tak larat nak masak.. Jadi , destinasi pilihan.. ke sini jer ..

Selain dari makanan yang sedap serta murah mahupun pantas dihidangkan , kat sini ada duck mobile yang sesuai dengan si duck face niii.. hahaha ..

Qhaliff nak makan , kena pasang movie ultraman dulu. Upin Ipin , dia dah boring.. Asik sama je.. Hehehe..

Ikan siakap 3 rasa ni , mmg sedap ! Segar jer .. Harganya pon murah .. Jumlah keseluruhan RM48.50 dan diskaun diberi .. RM45 jer ! Bagus kan ? Takde lokek punya. Sebab tu restoran ni penuh je dengan orang , tanpa kira kaum !

Orang kata kalau orang cina datang makan kat restoran tu , mmg restoran tu sedap laa .. Orang kata la.. ehehe …

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila ASTRO call !!

 

Hahahaha .. aku naik geram betul la ngan spesis spesis sblm dapat muka serupa cipan mintak semut tapi bila dah dapat , muka serupa naga bercamtum singa !! Maksudnya , sblm kita jadi pelanggan mereka , mereka cakap manis manisssss .. Bila dah jadi pelanggan , lambat bayar skit , terus telefon ! Walhal , bil pon lom dapat dan tak de tungggakan pon !!

Itulah ASTRO ! Memula dia call hp aku. Lambat angkat .. Terus dia call hp wife .. Aku jawab. Tanya la kenapa ? Dia kata nak cakap dengan wife aku. Berkenaan apa , aku tanya.. Dia kata pasal ASTRO..

Wife aku jawab .. Dia tanya nape ? Bla bla bla .. Tunggakan ? Bila pulak ada tunggakan ??? Tiap tiap bulan bayar penuh ! Grr.. Main petik jeeer .. Hampeh tul !

Pastu orang tu mintak segerakan bayaran dan wife aku jawab laa.. Nak bayar apa kemendanya, bil pon tak dapat lagi ! Dia suruh bayar je cam biasa .. Hek lerrrr…

Aku tanya dia , bila dateline ? Dia jawab la biasanya 30hb. Dan orang yang call tu kata kalau lambat bayar kena charge RM10 ! Boleh gitu ? Ni apa jenis punya bisnis ni ? Nak jadi ALONG BERLESEN ke ?? Mintak kerajaan prihatin la skit spesis spesis bisnis gini ! Suka dah sangat guna pengutip hutang yang .. hurmm ..

Apa la nak jadi ngan negara ni ! Aman , memang aman tapi dicengkam dalam tak sedar .. Serupa dah jadi mangsa pada dracula lak .. hurmmm .. Kang lelebih , kata politik lak walhal …

Amaran pertama dan terakhir ..

 

Skang ni , berebut dah nak keluar dari rumah ! Dia nak keluar dulu !! Hurmm.. Bahaya , bahayaaa …

Ok , ini aku buat ulang tayang. Yang pertama dia buat , dah kena leter ngan aku . Utk diceritakan kembali dlm blog , Qhaliff setuju utk melakonkan semula asalkan dibyr upah !!

Dan upahnya ialah ...

 

Nak pam , satu hal .. Nak penuhkan air , satu hal .. Dah siap mandi , nak kemas semula , banyak hal ! Nasibbb baik laaaaa sayang anak .. Kalau takkkk .. lama dah aku duduk rumah orang tua tua !

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Isnin, 28 Oktober 2013

Berbaloi ke jadi blogger sepenuh masa ?

 

Blogger sepenuh masa bererti mendapat ‘gaji’ melalui blognya ! Ingat yer , bukan semua bernasib baik dan mampu menjana pendapatan melalui penulisan , semata mata !! Nanti ada yang tak pasal pasal , berenti keje .. pastu menyesal !

Berbalik pada soalan yang dikemukakan .. hehehe .. Berbaloikah ? Aku tanya wife aku tadi sewaktu gi makan malam .. Maka dia jawab, “ Alhamdulillah .. ok la dari keje dulu .. “ . Namun begitu , pekerjaan aku di Kementerian Pelancongan adalah permulaan kepada segalanya. Pengalaman aku melihat negeri orang , menjadikan aku lebih kreatif berfikir dalam bercerita.

Ok.. berbaloikah ? Aku tak perlu ceritakan berapa pendapatan aku setiap bulan. Banyak ke sedikit ke , aku kena berusaha untuk mendapatkan untuk melunaskan hutang hutang yang sedia ada serta menyimpan untuk masa depan.

Kalau tanya dari satu sudut yakni kepuasan .. maka jawapan aku , GILA LAAA TAK KALAU TAK BERBALOI !! Bayangkan ehh ,  dapat handphone , dapat sponsor perabot , dapat tv , dapat itu ini laaaa.. macam macam ! Tak berbaloi lagikah ? Dapat masuk tv , majalah ! Haaa.. Dapat buktikan pada orang yang dok gelakkan aku dulu , buang masa dengan internet ni !!

Apa saja yang kita buat , kalau kita tau apa yang kita buat , kita ada pengetahuan mengenainya , bakat , kreativiti serta jangan lupa akan Tuhan .. maka segalanya dalam perancangan anda untuk berjaya .. Perlu ada usaha , kesabaran , doa dan tawakal ..

Kalau fikir nak jadi kaya raya dengan blog , maka perlu ada strategi dengan lebih meluas. Anda takkan kaya dengan menanam taugeh saja  melainkan anda jumpa harta karun di dalamnya atau mempelbagaikan lagi jenis tanaman ..

Sapa makan sapa ni ?

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kenapa daddy gemuk ??

 

Baru nak workout , dia mai panjat ! Camana nak kurus lagu ni haa ?? Ni baru nak push up .. nak workout berat punya ? Dia pun sibuk nak angkat gakkk haaa ..

Tahun depan , sure aku boroi ! Nape ?? Sbb kena jaga dua sekali gus .. Takde masa dah nak sentuh besi. Lebih banyak sentuh lampin pakai buang , ada laaa … huhuu …

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Terharu daddy dibuatnya ..

 

Dia jaga lebih awal dari aku tadi. Aku tidur lewat malam tadi pastu jaga awal skit buat susu dia dan solat subuh. Sambung jap tidur pastu sbb ngantuk sangat. Risau pulak mood tak elok bila jaga Qhaliff nanti ..

Sedang lena tidur , terdengar laaa bunyi bising berdekatan aku . Aku bukak mata.. Oh , Qhaliff jaga dah. Aku jeling je jam di Nokia Lumia aku tu. Baru 7 lebih. Baring balik..

Makin kuat pulak dia sepahkan barang dalam bilik. Dan aku buka mata sekali lagi. Tengok Qhaliff dok pandang aku sambil bebel. Aku tengok jam. Mak aihh.. Kul 10 lebih dah ??? Apasal bini aku tak kejut aku seblm keluar gi kerja ?? Adehhh ..

Aku bangkit. Qhaliff terus bangun dan berlari keluar sambil membebel. Olololo.. siannya diaaa .. Mesti lapar dah tuuu .. Ngan lampin tak tukar lagi. Biasa aku tukar jam 7 atau 8 pagi .. Kiranya mandi sekali la tu.. Ni dah lewat.. siannya dia ..

Aku berjalan keluar. Dia lari sambil mengajak aku ke dapur. Aku tau dah dia nak apa .. Ok la , aku kasi dia sebotol tanda penghargaan aku pada dia sbb baik sangat pagi ni.. huhu ..

Tapi sebelum tuuu .. Dia capai Samsung Note 8.0 dulu !! Dia ke dapur sambil pegang menda alah tu.. Mak aihhhh .. Dah serupa macam dia punya pulak !!

Baru nak mandikan dia , wife bukak pintu rumah. Dia mc. Gi jumpa doktor katanya tadi. Tak tahan dok batuk2 dan selesa. Hurmm.. Sian.. Aku suruh dia gi masuk tidur jer .. Pastu aku mandikan Qhaliff ..

Lepas mandi , makan .. Main dengan dia jap .. pastu dia layan citer feveret dia .. Kul 12 lebih , baru dia sambung tidur … huhu .. Baiknya diaaa … hurmmm

Published with Blogger-droid v2.0.10

Khas untuk wanita …

 

-iklan

Meletops uolz! Promo Gaji Bulan 10! (27.10.13-7.11.13)

 

 

1. Figure Up 3 botol RM95

3. Panty Kempiskan Perut 3helai RM40

3. 2be Gorgeous RM40

4. Collagen Plus vit e RM25

5. Toner Collagen Plus vit e RM23

6. BB Doll Molys Foundation RM39

7. Mask (Eye,lip,sheseido) 15keping RM20

8. Jamu seri pengantin RM35

9. Arche Cream 2pcs RM20

10. Bedak Tanaka 3pcs RM25

11. Hair & Removal Clean & Smooth RM25

12. Emilay whitening RM32

Ada FREEGIFT lagi uolz!

Setiap pembelian anda akan dapat FREE produk kami, Elzaa Whitening Lotion

Uolz juga boleh dapatkan Elzaa Skincare Trial Set for RM10 & ibu Putih kami dgn harga trial RM15 sahaja! Jadilah testimoni terawal kami!

Woww, bestt kan?

Contact : 017 9212631 for fast reply

Visit page: Elz beauty

Ig; Elzbeauty


P/S;

-Berminat untuk jadi ahli/dropship Atau berminat jadi agen/dropship Elzaa boleh juga contact kami di no di atas .

Qhaliff Iman dalam majalah IBU DAN ANAK !

 

Akhirnya .. Tunggu punya tunggu .. Panjang umur aku.. Dpt gak tengok Qhaliff sengih dalam majalah .. Ini kali ke dua la dia dalam majalah .. Rezeki dia .

Buat yang dah beli semata mata nak beri sokongan , jutaan terima kasih yer .. Hanya Allah saja mampu balas kebaikan anda itu .. Bagi yang belum tu , kalau sudi nak baca apa yang ditulis oleh wartawan Timang Timang tu , sila laa beli .. hehehe .. Bukan apa , mcm mcm isu ada dalam tu gak yang sesuai untuk dibaca … 

Buat team majalah IBU DAN ANAK , jutaan terima kasih ..

Keluaran bulan NOVEMBER .. Harijadi aku pun time tu gak.. heehe.. Hadiah untuk aku ni ..

Untuk tahun depan , ada online game show yg akan bermula shooting bulan Disember nanti .. Hadiah bleh tahannn .. hehhe .. Tapi bukanlah ditayangkan pada tv biasa ni.. Hehehe.. Tu lain cerita ehhh ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI