‘ Kampung Girl ‘ di tv berapa tah ?

by - Sabtu, Oktober 05, 2013

 

Aku rasa di TV3 kot ? Kan ? Tertonton tadi dengan wife . Dalam 10-15 minit gitu laa … Pastu aku layan Qhaliff sebelum naik ke tingkat atas untuk workout skit .

Kenapa aku tinggalkan drama yang ramai kata best sangat tu ? Hurmmm .. Aku bukanlah pengkritik apa saja yang diterbitkan kat tv atau panggung tu haaa tapi cuba ada la jugak aku nak ‘tegur’ . Maklumlah , aku pun ada hak nak tegur sbb aku bayar elektrik dan beli tv cash … Haaa .. Dan juga warganegara Malaysia yang sah !

Senang cakap la.. untuk drama bersiri Kampung Girl ni , aku cuma tak berkenan tang babak romantis pasangan tu. Tak perlulah nak tunjuk sampai ke atas katil. Kena kreatif la skit untuk tonjolkan babak romantik gitu ha..

Bukan apa .. budak budak sekolah yang tengok drama ni , tersengih sengih dok tengok. Pastu , ada yang buat praktikal ! Camana tu ? Aku bukan cakap kosong.. Ni haaa .. kat FB kelmarin , ada pulak video budak sekolah dok berangan nak nikah dann bunuh sapa cuba rampas kekasih dia ! Pergh.. Aku malas nak kata lebih .. Ha..Tengah tahan mulut ni..

Jalan cerita dia menarik cuma pengarah perlulah lebih kreatif terutama nak tonjolkan babak babak yang aku rasa orang dah kawin pon segan nak tengok ! Tak caya ? Aku dah buat ‘ apa kata survey’ pon !!

 “ budak2 sekarang pun dah paham babak2 atas katil.. kita yg tua lak kadang termalu sebab tertengok dengan budak2. “

“ Org yg dah kawen pun malu nak tgk. Tp budak pulak yg suka “

“ ntahnya..pengarah filem melayu ni sama je duk terikut filem barat yg tak ada moral, suka buat adegan atas katil “

“ Tgok selingan pn mual.knapa citer mlayu nk d tonjolkn sbgitu?ade adegan ranjang,sepak terajang,pukul memukul mcm samseng??(filem bencinta.filem longkai dll)yg melakonkn org mlayu lak...
Kt pngarah ade pngajaran.tp bile tgok kt mner pngajaran nye?yg bnyk babak2 yg begitu memualkn.kt sbg ibu bapa risau tkut ank2 kt mlihat dn mniru..tp itu la yg trjd skang... bab iklan pn rase2 dh ade unsur2 sbgitu kalu yg perasan.. “

“ Di sekolah pn plajar drjh 2 dh brani buat semua ni .. dunia da nk kiamat .. “

Hurmmm .. kang kata lelebih , kata tak support drama atau filem tempatan walhal merekalah yg tak fikirkan baik buruk untuk penonton ! Bila penonton fikirkan baik buruk , tau pulak melenting ..

Apparaa …

You May Also Like

11 comments

  1. cerita2 kat Malaysia sekarang ni mcm dah tak betul sangat.
    iye betul nak buat cerita ikut peredaran zaman (kononnyela), tp masyarakat kita ni masih tebal dengan adat2 timur.
    jgn semua tu tergadai sbb nak kejar trend sudahhhh

    BalasPadam
  2. cite kg girl ni best tau..sempoi je jalan citer die..smpaikan kalo sya blk saudi pun mesti follow kt on9...sanggup tu...:)

    BalasPadam
  3. Betul tu Ben..budak2 skrg dah makin berani..tanpa segan silu, pernah terserempak kt taman dgn baju sekolah lagi..yg lelaki siap hisap rokoknya, yg ppuan tdung dah ntah kemana...kdg2 drama/filem sdkit sbyk mempengaruhi mereka...ye lah..sikap ingin tahu budak2 remaja ni mmg kuat...Kdg bila fikirkan takutnya nak menghadapi ank yg makin membesar..hanya mampu beri didikan dan berdoa supaya mereka dijauhi dr sifat2 sedemikian..nauzubillah..

    BalasPadam
  4. ibu bapa dan guru zaman sekarang sedang bersaing dengan teknologi dan psikologi..semua pihak wajar bekerjasama untuk melahirkan umat yang soleh dan solehah dalam erti kata sebenar,,betul bro ben..kadang-kadang malu bila sama-sama menonton tv dengan anak-anak kecil..segan sendiri..seolah kita pertonton apa yang selama ini peribadi..sedangkan belum masanya untuk mereka tahu..

    BalasPadam
  5. tu yang aku malas nak tengok, sebab anak-anak tengok sekali so tukar jer ke channel lain tengok primadona pun best gak........

    BalasPadam
  6. TV sekarang mmg bnyk membentuk minda kanak2 berbanding parents sndri...so sad, but true.

    BalasPadam
  7. tonton Documentari je abg ben.. Tak pun TV Alhijrah atau pun oasis
    Berbaloi dengan duit karen & duit cash beli Tv tu... :)

    BalasPadam
  8. singgah sini lawat qhaliff
    lame dh nak bagi..hehe jom singgah

    http://diaristira.blogspot.com/2013/10/khas-untuk-blogger-ben-ashaari.html

    BalasPadam
  9. ntah nyer..rasenye filem2 zaman dulu pon xder la sgt bab adengan2 ranjang ni..skrg makin melampau..nk tgk ngan anak2 pon terpakse berpikir 4,5x..hoi..jenuh nk menjawab..budak2 skrang makin cerdik....

    BalasPadam
  10. Apabila drama dan filem hanya untuk menghasilkan duit ... Tarik penonton ramai2 dan tak fikir akibatnya langsung .

    BalasPadam