Ke mana lagi anak kecil kita nak bermain ?

by - Khamis, Oktober 03, 2013

 

Antara sebab aku tak nak pindah ke rumah baru yang dibeli sendiri ialah sbb takde padang bola sepak ! Kalau ada pon , kena naik motor atau kereta nak ke sana pastu sizenya pula tidak la ‘mengagumkan’ aku berbanding padang bola di belakang rumah aku ni !!

Setiap kali kalau berkesempatan ke rumah orang tua aku , aku akan lepak hingga malam sbb petang tu boleh la si Qhaliff bermain bola dengan sepupu sepupu dia ..

 

Kat rumah aku ni , ada la taman permainan tapi kecil sangat . Kat situ la juga brother2 main takraw, badminton .. kat situ gak la akak akak bermain gelongsor walaupun tak muat dah nak masuk .. Haih.. Prihatin la skit yer  akak ..

Jadi kat mana lagi nak bermain si Qhaliff ni ? Nak tak nak , kena main je la kat jalan raya depan rumah aku ni . Merbahaya ? Tentulahhh !! Aku kena ikut sekali la tiap kali dia keluar bermain .

Hurm.. sedih .. Sekarang ni , banyak rumah baru dibina tapi terlalu banyak ‘kekurangan’. Mereka lebih fikirkan keuntungan . Soal masyarakat , itu kemudian !

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

8 comments

  1. nilai tanah makin mahal... sbb tu tanah yg ade kalau boleh nak sumbat sebanyak mungkin unit rumah... masyuk maa...

    BalasPadam
  2. ermm kesian Qhaliff kan..pemaju patut lebih peka dalam penyediaan tempat dan kawasan riadah..sebab tu anak-anak lebih kenal gejet berbanding padang berumput.. :)

    BalasPadam
  3. seronok tengok budak2 bebas bermain di padang..hu3

    BalasPadam
  4. itulah masalah yang kita hadapi sekarang.

    BalasPadam
  5. hahahaha.. nak tergelak akak2 yg main gelongsor tuu.. kui3

    BalasPadam
  6. garis panduan untuk membina perumahan sepatutnya 90% kediaman dan 10% dikosongkn.. 10% tu la developer kne buat padang, kawasan rekreasi and so on...
    Sekarang tak...klau boleh yg sumbat banyak rumah...tu yg smpai xde kawasan rekreasi... "Jangan Ambil Padang Kami"

    BalasPadam
  7. Kalau ikut pelan pembangunan kawasan permainan tu wajib ada tapi banyak yg sediakan ciput ja kawasannya.

    BalasPadam