Pukul 2 pagi ..

by - Khamis, Oktober 10, 2013

 

Qhaliff baru tidur semula selepas terjaga jam 11 malam tadi bila mana si ibunya bangkit tinggalkan dia untuk ke tandas. Dia ni , kalau dah tidur ngan mak dia .. tak leh ditinggalkan langsung ! Confirm terjaga ..

Bila dah terjaga , aku pasti sangat la yang Qhaliff takkan dapat tidur semula ! Dia jangan kasi tersedar lebih dari 2 minit. Kalau tak , mmg dia akan jaga untuk 3 jam seterusnya ! Masa tu , mmg berasap laaa sbb tak dapat tidur !

Sapa yang akan kena jaga ?

Aku jugaaakkk .. Tapi jgn salah kan wife .. Dia akan jaga lebih awal dari aku ( aku tidur dalam kul 3, 4 pagi atau selepas abis kerja ) untuk membasuh botol dan sediakan makanan Qhaliff ..

Jadi suri rumah tetapi wajib cari pendapatan keluarga tiap bulan , mmg mencabar sangat ! Jangan ingat , aku duduk rumah.. takat jaga anak je.. Kasi makan , tidurkan dia jer ! Kalau korang berfikiran gitu .. maka amatlah jauh tanggapan itu.

Aku bukanlah mengeluh. Inilah jalan yang aku pilih dan aku tidak sama sekali menyesal ! Cuma aku nak sampaikan rasa kagum aku pada isteri isteri di luar sana tu .. yang bekerja dan jaga anak tanpa rasa penat , tanpa mintak cuti pada suaminya !

Serius.. aku ada terfikir gak nak mintak cuti dari wife.. Sehari sendirian ! Nak tidurrrr jer !! Tapi bila fikir semula .. kenapa wanita wanita lain mampu buat , takkan aku dah penat kot ? Baru sorang je , kan ? Kata nak 4 !!

Pengsan !

You May Also Like

8 comments

  1. Bro mohon tambah lagi bro.. rukun negara kan ada 5? ekeek...

    BalasPadam
  2. kalau dulu ye bila suami di rumah jaga anak..isteri keluar bekerja ia seakan tabiat mengambil kesempatan..tapi sekarang tidak lagi kerana tiada yang terbatas walaupun melakukan kerja daripada rumah..kita yang melalui..hanya kita yang mengetahui..biarlah mereka berbicara sekurnagnya pahala kita kian bertambah bro ben..rezeki tu :)

    BalasPadam
  3. Bro pun hebat jugak, respect jugak sebab tak semua lelaki boleh jaga anak kat rumah dan uruskan segalanya dari mula sampai abis..Lepas ni nak masuk dua pulak..Memang bukan senang kerja dari rumah dan uruskan anak dalam masa yang sama..Terus terang kalau dok rumah lagi penat dan masa tak cukup berbanding kerja kat ofis..

    BalasPadam
  4. Susah senang biarlah bersama.. Jangan serahkan semua pada isteri walhal isteri pun penat bekerja.. ;)

    BalasPadam
  5. haha..nk tambah smapai 4 ke bro..

    BalasPadam
  6. xpe abg ben...usaha tangga kejayaan... 4 ehhh... sabar2kan diri, hadap yang 1 ni dulu...yg ke 2 coming soon tu...hahahahaa

    BalasPadam
  7. Biasenye ank yg first je akn rase susah cikit nk jage n bela sbb x ade xperince. Ank seterusnye akn biase je

    BalasPadam
  8. Biasenye ank yg first je akn rase susah cikit nk jage n bela sbb x ade xperince. Ank seterusnye akn biase je

    BalasPadam