Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 30 November 2013

Merajuk

 

Dasat budak sorang ni kalau merajuk wooo .. Asal merajuk je , terus lari ke belakang sofa . Pastu tak nak bertentang mata dengan kita ni haa.. Pandang je tv .. hahahaha ..

Ada sekali tu .. time nak tidur . Mak dia cerita kat aku balik .. hahaha .. Lawak laa .. Boleh dia merajuk dengan angkat bantal kecik dia pastu gi tidur berjauhan dari mak dia ! Hahahaha .. Pastu bila mak dia panggil dengan lembut , sengih.. terus datang balik . Adoiyaii ..

Nanti ada adik , tak tau la aku camana lak ragam dia .. Aku nanti jadi pening ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Gegar MATIC FEST 2013 ..

Heee.. saja bawak famili gi ke MATIC , Jalan Ampang tadi.. Yelah , esok aku kena gi situ gak sbb aku dan ramai lagi rakan blogger join Treasure Hunt .. heehehe..

Meriah tadi kat situ. Ada pertandingan paintball , kucing , permainan tradisional , gusti lengan dan mcm mcm lagi.. Qhaliff , enjoy sungguh dia kat situ. Lari sana sini dia dgn sepupu dia .. heee..

Pastu gi lepak gerai KLFF yg mmg dibuat setiap malam minggu .. Kenyang makan mcm mcm .. heeee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Lanjutan kes air takde !

 

Kelmarin , air kat sinki takde .. Pastu plumber datang , dia cuma tukar laluan paip tu je.. Tapi punca masih tak tau kat mana .. Tu saja dah kena RM50 ! Hehehe.. mana ada menda free kan ?

Tapi air kat lubang ni senantiasa keluar ! Ini bermakna , ada yang tak kena !! Plumber tu ( merujuk plumber yang besar tu.. bukan yang kecik berbaju putih tuu .. ) , tak tau apa puncanya ..

Dan pagi ni , dalam kul 10 pagi .. Di saat saat aku nak keluar gi main paintball  , sedang aku mandikan Qhaliff .. air terus takde ! Tengah mandi ni ! Nasib baik belum shampoo ! Kalau sedang tu , camana ? Perghh.. meraung dia .. hahah ..

Aku bgtau wife .. Dia cari no tel SYABAS dan buat panggilan . Sebelum tu aku ada call plumber , dia kata nak datang .. Tapi tak tau la bila nak datangnya !

Tak lama kemudian , SYABAS sampai ( SYABAS kerana pantas !  ) .. dia cek meter.. Takde masalah dengan laluan air sebelum tu. Laju je .. Ini bermakna , paip bawah tanah pecah . Jadi , dia cadangkan aku gi buat repot pada pemaju rumah memandangkan masih ada jaminan 2 tahun.

Dan aku pun gi .. Nasib baik tak jauh pon. Dalam 200 meter je dari rumah .. Qhaliff , sibuk nak ikut gak. Padahal mengantuk tuuu .. huhu ..

Gi buat report .. Alhamdulillah , tak sampai setengah jam .. datang orang dia untuk buat pemeriksaan .. Dan , Isnin ni baru datang plumber mereka. Katanya plumber diimport dari Melaka .. hee.. Tak kisah laaa .. Janji air mesti ada pasni .. Kalau tak , naya gue sekeluarga ..

Dan kawan yan bergelar kontraktor yang kasi janji manis tu .. hingga sekarang takde apa apa pon ! Jangankan nak cadang no tel plumber , tanya perkembangan pon tidak ! Bagus tak ? Dah dapat duit , senyap terus .. Perghhh .. Cam ni bangsa kita nak maju ? Untung skit , terus lupa prinsip khidmat selepas jualan  ..

Bila ada orang tanya aku .. rekemen kontraktor , mmg aku langsung tak rekemen orang gini !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tak guna punya kawan !

 

Serius , kalau nak buat apa apa yang makan belanja yang besar dan untuk jangka panjang , cari yang pakar ! Kalau tak .. jadi cam aku ni !

Apa kes ? Aku renovate rumah sebelum masuk ke rumah baru ni . Kontraktor ? Kawan kawan gak ni. Maklumlah , nak support dan percaya punya pasal. Apatah lagi janji manisnya , mmg menikam kalbu.

Macam macam la ceritanya bila projek dah berjalan.. Ingat lagi aku pernah tanya dia yg mana kalau dah abis tempoh defact , camana ? Jawabnya , tak peee.. Panggil je… Diorang mesti datang punya !

Setelah beberapa bulan aku duduk… Ada la beberapa masalah seperti retak dan sbgnya. Suruh datang memula tu .. Datang la.. Amik gambar pastu kata nanti datang repair .. Yang pertama tu , ok la.. Tapi bila ada retak lagi , takde daaahhh !! Bila call tanya , nanti diorang datang ..

Yang terbaru .. kes air ! Air mengalir keluar tapi tak tau mana punca . Aku call la diorang utk mintak check . Bila call , katanya nanti suruh kawannya tu datang. Atau mintak aku call kawannya . Bila aku call , 2 kali ring ,pastu voicemail ! Dari hari Khamis hingga hari ni… Bila call kawan yang dapat projek ni , katanya tempoh defact dah abis ! Haahahahha .. boleh ??? Aku cakap yang crack tu pon tak settle , pastu leh cakap dah abis ? Best part , nanti datang..

Dan hingga sekarang , nak call balik aku atau wife pon takde ! Apa cerita ?  Haihh .. Aku bukan nak suruh buat kerja free ! At least datang tengok , periksa. Kalau kata bukan salah diorang , ok la.. Ni aku dah panggil plumber semalam .. Diorang pon tak tau apa punca ..

Hurmm .. Belum dapat projek , janji manis. Dah dapat , bayar pon langsai.. terus gini ! Macam ni ke kawan ? Cer bagitau ..

Jumaat, 29 November 2013

Qhaliff tunggu besday daddy !

 

Takde sebarang sambutan. Sekadar makan malam bersama keluarga tercinta di tempat yang baru dan santai. Ekslusif bagi aku walaupun hanya berselipar dan aku yang membayarnya sendiri ! Hahahah .. Apadahal kan ? Duit aku , duit dia gak.. Duit dia , duit dia laaa.. Heee ..

Photo

Sekadar ingatan .. Tak lebih dari tu .. kan kan ? Hehehe ..

Qhaliff dan wife menunggu hingga jam 12 utk jadi orang pertama ucap selamat.. hahaha.. Tahun lepas , dia terlewat 6 jam ! Hahaha.. Tak kisah pon .. Cuma seminggu je la dia dibahankan sbb pasni dia punya turn lak.. hahaha ..

Hurmm.. Dah masuk 37 tahun .. ke 38 ? Huh .. 37 kot ? Hahaha .. Aku malas nak kira .. kang terkejut lak sbb nak cecah dah 40 ! Fuhhh.. gila laa… Sekejap je masa berlalu .. Tahu tahu dah nak 4 series !

Tapi dalam dunia blog ni , aku muda lagi. Masih terlalu banyak nak diperbetulkan dan diperbaiki .. huhu.. InshaAllah , aku akan cuba bagi yang terbaik lagi nanti .

Buat semua rakan rakan yang ucap selamat di FB , INSTAGRAM , BLOG dan sebagainya , jutaan terima kasih kerana ingat akan 30hb ni walaupun sebenarnya FB yang tolong ingatkan .. kan ? Hahaha.. Tak kisah laa.. janji ada ucap dari takde langsung kannnnn .. hehe ..

Terima kasih .. Semoga Allah berkati kita semua !

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hobi terbaru ..

 

Abis semua dia kopek skang ni ! Aku punya screen protector kat SNote pon dah selamat hilang ! Aku letak balik , 2 saat kemudian dia kutil balik ! Huhhuuh ..

Selain dari tu .. mulut aku abis kena cungkil ! Telinga ? Hidung ? Huhuh.. Apa saja dia pegang , semua dia buat gitu ! Kuku kaki dia pon nak gak dia buat gitu !!

Makin membesar … macam macam ..

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Menyibuk la dia !

 

Photo

Tukang paip datang ..Nak tengok apa yang problem .. Dia check dan tanya aku .. Hurm .. Aku tak rasa dia mahir dalam bidang ni .. Tak kisah la .. Janji air keluar .. Tapi punca air yang masih mengalir di dalam lubang air tu , masih tak tau .. Hurmm .. Kena tunggu bil air hujung bulan. Apakah bil meningkat atau tidak ..

Dan .. si Qhaliff .. masa ni la jadi Ultraman .. Haihhhh .. Nak tengok dia .. nak tengok orang tu.. nak jawab pertanyaan wife di whatsapp .. Dengan wujudnya lagi akaun palsu guna gambar aku ! Mak aihhhh .. bertimbun masalah .. sekali harung lak tu.. Tapi tak pe .. Allah nak uji aku. Ada orang lagi teruk dari aku .. Jangan mengeluh..

Akhirnya Qhaliff telah calarkan kabinet dapur kesayangan wife .. huhu .. Siap dia balik nanti ! Hahahha …

Dah semakin bijak ..

 

" Jap sayang .. daddy nak potong kuku tu .. " ..

Dia diam je .. Kalau dulu , meronta ronta minta dilepaskan ! Huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kenapa mesti beli skirt ini ?

 

-iklan-

 

Sebabnya skirt ini selesa dan skirt yang selesa ini pula dijual dengan harga yang sangat berpatutan..!

Satu ketika dulu cukup susah mencari skirt yang cantik untuk wanita plus size. Pilihan mudah yang ada ialah mencari di bahagian pakaian ibu mengandung kan..? Hiihii..

Ketepikan perasaan segan sebab wanita ber saiz plus plus plus pun nak bergaya juga, kan ? English Painted Skirt adalah antara koleksi skirt yang sangat selesa untuk wanita plus size.

Daripada pinggang hingga buku lali. Material jenis high quality lycra , kainnya jenis sejuk dan ringan , dan ia tak jarang. Paling penting , getah di pinggang tak bergulung... diakui oleh ramai pelanggan yang pernah membeli sebelum ini.. memberi rasa selesa  dan secara tak langsung buat kaki melangkah dengan lebih yakin ketika bergaya.. ^_^

Dimana nak beli skirt kembang yang cantik dan selesa? Sila klik Instagram bachplussize dan tengok tu… Jualan mencanak-canak tanda skirt ini mendapat permintaan yang hangat dari pembeli.

Boleh juga whatsApp atau sms ke nombor yang diberikan – 0123203035 . Tapi sebelum tu , sila pergi je kat Facebook Page - Bach Plus Size utk melihat lebih banyak lagi contoh contoh yang sesuai untuk anda .

Cepat...! Stok sangat terhad...

^_^

Terima kasih ya kerana sudi membaca...

Jangan baca gitu je... Jom cuci mata... kalau tak beli pun tak apa.. Share pasal skirt yang best nih pun boleh je..

hikhik..

Nak percaya atau tidak ?

 

Janji manis adalah mainan kata kata jurujual ! Maaf cakap la yer. Andai anda seorang jurujual , anda tahu siapa anda . Apakah anda seorang yang pandai berjanji tapi bila dah dapat habuan , maka perkhidmatan anda serupa melepaskan batok di tangga ? Jika bukan begitu , tahniah ! Anda layak mendpt ganjarannya ..

Tapi jika bukan , sila sila la ubah perangai tu !! Ingatlah .. duit yang dapat tu tak berkat sbb menipu orang .. Janji lain , tapi hasilnya tidak seperti yang dijanjikan . Patutkah ?

Aku bukan apa.. Nak kata serik , apakah pilihan yang aku ada ? Buat sendiri ? Bukan kepakaran aku. Nak tak nak , kena panggil yang lebih arif. Tapi masalahnya , zaman ni yang berlagak lebih arif ni ramai ! Bila cakap , pandai … bila buat , hampeh !

Kena bijak pilih ? Itu dah semestinya cuma zaman ni , semua nampak meyakinkan. Camana tu ? Malah perompak zaman ni pon dah macam berpakaian  CEO BANK atau menteri haaa .. Kemas , rapi , kacak tetapi penyamun ! Camana tu ?

Satu je pesan aku. Apa saja yang mereka janjikan , sila buat hitam putih. Sebarang perlanggaran syarat kontrak , saman atau bawa jer ke muka pengadilan ! Jangan kasi muka ..

Dah pandai memilih ?

 

Semalam , mak dia buat bihun goreng.. Dia makan skit jer .. Puas la memaksa .. Tamo gakk .. Aku kasi biskut , makan pulak dia .. Kasi roti , makan gak .. Wahhh .. memilih ?

Pagi ni , mak dia belikan laksam tanpa  cili .. heee.. Aku suap .. Nganga ajaaa dia ! Tu diaaa .. Ni mmg confirm anak Kelantan ni ! Hahaha.. tapi lahir kat Putrajaya la ..

Dah puas makan .. Main .. Lompat lompat sebelum aku paksa suh dia tidur sbb nampak sangat dia mengantuk lagi.. Sebelum tu , mandi dulu..

Semakin nampak dia bertambah ‘tau’ .. Mandi pon dia tau dah nak berdiri kat mana .. Tau dah dia nak kena gosok gigi malah dia sendiri yang mintak ! Dan tau dah cakap lapar .. siap mintak susu lagi ..

Besar dah anak aku ni … Aku semakin tua .. Huhu..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila daddy pakai ‘snow cap’ !

 

Zasss . dia terus pegang kaki aku .. Tak kasi aku bergerak tanpa dia ! Terus meloncat loncat untuk mintak aku dukung ! Selagi aku tak dukung , dia takkan lepas kan aku !

Bawak naik kereta .. Duduk depan gitu.. Macam orang tua dahhhh lagaknya ! Pakai seat beat.. duduk diam diam .. Pandu perlahan je .. Tak sampai 100 m pon destinasi.

Aku kena bawak dia ke kedai sbb wife sakit pinggang. Aku mmg nak ke kedai untuk beli air mineral dan roti . Kalau tinggal Qhaliff kat rumah , confirm dia nak panjat mak dia tuuu.. Bahayaa ! Mak dia kan mengandung dah nak masuk 5 bulan ! Huhuh.. Tak lama dah tuuu ..

Kat kedai .. Aku tau apa dia nak. Dia pon tau , aku tau ! Hahahha .. ROti dan air feveret dia.. Confirm dia duduk diam ! Lepas beli roti dan air , aku ke restoran mamak .. Beli maggie goreng ayam . Pastu ke kedai tom yam untuk beli bihun sup !

Tahukah anda ? Aku bergerak dengan dukung Qhaliff yang dah nak cecah 14kg tu.. Dia melekap kat dada aku macam spiderman ! Kenapa tak lepaskan dia ? Dia dah boleh berlari cam lipas kudung ! Aku rasa tak lama lagi , mmg aku tak leh kejar dia dah ! Aku dah kena kembali ke gym ..

Dari kedai mamak ke kedai tom yam tu , lebih kurang 50meter .. Kena lintas jalan yang agak sesak gitu .. Huhuhuh… Sampai kat kedai, aku order makanan.. Dan tunggu ..

Siap makanan aku ! Aku gi amik.. Aku bagi la RM20 .. Harganya cuma RM4.. Akak tu tanya aku.. Ada kecik tak ? Aku kata takde.. Aku cuba la cari kot kot ada ke.. Akak tu boleh tunggu haaa ?? Aku yang sedang dukung Qhaliff teraba sana sini cari duit ! Huhuh..

Bagi je RM20 dan amik baki.. Qhaliff , dari tadi dok makan roti.. Tiba-tiba roti dia hilang !! Ahhhhh .. sudahhhh .. mana pulak dia gi letak roti tuuu ! Dalam kereta lak tuuuu .. ARghhhhhhhhhhhhhhhhhh …

Ok .. penat nak citer wehhh !  Tensen ? Tak .. tapi geram ! Geram sbb .. hurm.. Tah laa.. Aku nak cakap lelebih , kata aku .. hurmm.. Tak tau la.. Tapi aku bukan geram kat Qhaliff atau wife .. kat orang lain !

Ujian Allah pada aku .. Kecik je tapi terasa berat dah .. hurmmm… Orang lain punya ujian lagi teruk dari aku , pon mereka masih boleh senyum. Tabah sungguh mereka ..

Khamis, 28 November 2013

Aizad di Skout ! Pulakkkkk ..

 

Apa la nak jadi dengan manusia skang ni .. Kot nak mengoda orang pon , guna la gambar sendiri ! Tak kira la muka cam kuda ke , cam beruang ke , cam lipan ke .. Jadilah diri sendiri ! Confirm awek akan nak punya laaa ..

Tapi yang ni , mamat ni dok bawak watak gay ! Dok goda lelaki pastu ajak jumpa ! Ya Allah .. Bagusnya perangai haaiii .. Aku nak report polis , polis banyak keje lain nak kena urus tapi yang ni pon bahaya woo ! Silap silap boleh jadi kes rogol , terpampang muka aku dalam Buletin Utama nanti ! Astagfirullah .. Mintak dijauhkan !

Buat rakan rakan .. Tolong yer.. Kalau jumpa malaun malaun yang guna gambar aku ( selain fb aku yang korang dah sedia maklum ) , tolong jangan layan .. Sila blocked …

Kalau makin teruk , mmg aku terpaksa buat report polis gak ..

Dah boleh tidur sendiri !

 

Tak yah guna buaian dah ! Dia akan tidur sendiri mulai sekarang . Kalau paksa dia , mmg tak layan .. Kena biar dia mengantuk dan terlelap sendiri.

Dan tadi .. dia terlelap atas pangkuan aku.. Pastu baru letak dia atas tilam mudah alih .. Heheh.. Toto laa ..

Cuma , bila tidur gini , dia tak tidur lama seperti mana tidur dalam buaian .. Huhhu.. Sian gak .. Nak menyusukan dia , aku tak leh.. huhu .. Ada gak nak kena fire eh ? Hahaha …

Bila aku bukak pintu !

 

Dia tengah layan kereta dia ..

Pelan pelan aku bukak pintu .. Nak keluar ke depan.. Nak amik surat kat peti surat.

Dia dengar ..

Dia melangkah keluar .. Aku tutup balik .. Dia masuk balik ke dalam kereta dia .. Aku bukak , dia langkah keluar semula ..

“ Yaaaarrrrrhhhhhhhhh “ , Dia berlari sambil menjerit ! Takut kena tinggal sorang sorang dalam rumah .. Macam la selama ni kena tinggal !  Huh …

Dia sampai ke muka pintu dulu .. Pintu dibuka .. Dia punya happy seolah baru keluar dari penjara ! 

Boring sangat ke duduk ngan daddy neh ???

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila paip air buat hal !

 

Tetiba semalam wife bagitau air kat sinki dapur takde ! Tempat lain semua ada .. tandas , sinki depan .. tandas atas .. Kat tempat dia memasak tu je takde .. Aku dah kontraktor yang buat renovation rumah aku ni datang .. Katanya nanti.. Hurmm.. Masih menanti lagi .. Masalah utama ialah air dok mengalir keluar kat lubang air tu walaupun aku dah tutup kat kepala paip utama . Punca , tak tau mana ..

Aku pening dah bila dok dengar air mengalir gitu je.. Membazir .. Air tu boleh je dihantar ke Somalia ! Berebut diorang kat sana punya .. Ni membazir keluar gitu jer..

Aku dah tanya jiran kalau kalau ada kenal plumber yang boleh dipercayai. Ada yang bagi tapi agak was was sbb janji lain , buat keje lain .. selepas siap , lain ! Hurm.. Dah boleh agak dah .. Haih.. Susah benar nak jumpa yang buat kerja dengan jujur ..

Lepas solat Zohor tadi .. tetiba tergerak hati nak tengok peti surat  ! Biasanya peti surat penuh dengan iklan iklan yang diletakkan di dalam tu .. hehehe ..

Dan ..

Photo

Alhamdulillah. Memang aku doa kat ALLAH tadi mintak dipermudahkan urusan aku bab air ni .. Bukan sbb duit tapi sbb air yang dibazirkan begitu saja .. huhu ..

Kalau dalam tempoh 24 jam takde respon , aku roger orang orang ni .. Sayang kan ? Kita sekarang ni banyak yang berniaga nak untung jangka pendek. Ramai dah tanya aku , kontraktor yang bagus untuk aku rekemen.. Ada ke ? Serius , aku takut nak rekemen sb aku sendiri tak puashati ..

Biar blog buruk !

 

Abg Ben , saya terus terang .. Blog abg Ben tak cantik .. Heee ..

Aku senyum .. Betul ni ! Aku senyum .. Kenapa ? Sebab mmg aku saja biar dia buruk gini ! Malas nak mekap. Kalu nak tukar pon , aku tukar tang header je. Lain ,biar jer ..

Kenapa gitu ? Heee.. Semalam , sewaktu aku di press conf ‘ THE INFLUENCER’ , aku ditegur oleh dua orang wanita berbangsa cina. Diaorang memperkenalkan diri pada aku. Dan mereka dari Singapura. Agensi pengiklanan. Menurutnya lagi , mereka sering usulkan blog aku pada client mereka yang bukan kecik kecik anak punya yer ! Aku tak leh nak sebut la.. Hee..

Aku terkejut gak la.. Katanya , client mereka suka cara aku menulis.  ‘Ikhlas’ , kata mereka .. Sebab tu bila ada job dari client mereka tu , blog aku pasti tersenarai dapat dan bayarnnya bukan ciput yer .. Heee .. Alhamdulillah .. Aku tak terkata apa apa . Terkejut gak bila pujian ni datangnya dari mereka yang bukan sebangsa dengan aku . Maklumlah , aku kan menulis dalam Bahasa Melayu ..

Kenyataan gini bukanlah kali pertama . Dah beberapa kali . Ini menguatkan lagi prinsip aku bahawa sebenarnya bila kita berblog , yg penting adalah kandungannya ! Isi kandungan perlu ada ‘perasaan’ ! Blog berbeza dengan berita ! Cara penyampaian perlulah lebih bijak dan ‘hidup’ .. Itu pendapat aku la ..

Layout blog yang cantik adalah sampingan utk menarik masuk pembaca ! Aku tak nak tarik pembaca kerana blog aku yang cantik seolah aku ini berlakon dalam filem kerana aku pandai mekap tebal tebal , berbaju sendat , tonjol sana sini tapi lakonan .. kayu ! Faham tak ni ? Heee..

Dan tujuan aku buat blog simple gini juga adalah utk memberitahu pada blogger blogger yang baru .. tak semestinya blog yang cantik itulah yang ‘laku ‘ !  Sapa sapa boleh laku asalkan dia tahu bagaimana nak jadi blogger yang berdisiplin , bijak dan unik !

Kalau dia tak nak ..

 

Jangan la paksa dia .. Meraung tak hengat punya . Tapi kejap je pon.. Tak sampai seminit , settle ..

Isu baru lak skang ni .. tamo tdo dlm buaian ! Nak tido cara dulu , atas pangkuan aku . Hurmm.. Jawabmya kena tunggu sampai dia mengantuk betul betul ..

Aku tak kisah pon cuma risau aku yg tidur atas pangkuan dia nanti ! Hahaha ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

BACH ONLINE SHOP: Skirt untuk anda …

 

-iklan-

Nak mencari skirt labuh yang selesa untuk orang yang dah berumur bukannya mudah. Nak mencari skirt labuh yang cantik dan selesa lagi la payah....

Tapi tak mustahil boleh terjumpa skirt labuh yang cantik kalau rajin mencari...kan? Hari bertuah untuk wanita wanita yang sedang mencari skirt yang bukan saja cantik tapi jugak selesa dengan harga mesra poket.. hikhik..

Tak payah susah susah nak cari cari dah... tinggal nak klik je..pilih mana yang berkenan dihati..

Antara pilihan yang ada... dan banyak lagi pilihan yang cantik dan menarik menanti..

Jangan lupa singgah sat kat  BACH ONLINE SHOP atau di instagram BACHPLUSIZE  untuk lebih banyak pilihan menarik...

Jom...

Tak mampu aku ..

 

Wife antar gambar Qhaliff baru bangun tidur. Dia masih terlalu kepenatan .. Penat belum hilang lagi. Lama tak travel jauh .. Hurmm .. Dan aku , di PJ Hilton. Rujuk entri semalam kenapa aku di sana ..

Hurmm ..Lunch time di PJ Hilton.. Makanan yang disediakan , sangatlah menyelerakan ! Macam macam macam macam punya makanan ada ! Peghh.. Rambang bijik mata aku .. Semua aku nak makan !

Aku whatsapp wife. Tanya dia makan apa kat rumah ? Dia jawab belum masak lagi .. Hurmm .. Makanan yang berada di depan mata aku ni tetiba jadi cam .. hurmmm ..

Aku amik ayam , kambing dan ais krim je makan .. Walhal banyak lagi makanan .. Aku amik gitu sbb bila wife tanya aku makan apa .. dia tak terliur sangat ! Kalau terliur , boleh je gi cari .. Kalau sebut menda yang susah nak cari , kan dh kesian kat dia lak ..

Aku alas perut skit je sbb terasa sebu dh .. Sebelum pening kepala , aku makan skit. Pastu beransur  balik selepas jumpa client di situ. Sempat buat bisnis lagi kooo.. hehehe ..

Dalam erl , aku tanya dia masak dah ke belum ? Sbb aku nak gi beli je kalau belum .. Dan dia balas dah . Tapi simple je la .. Hurmmm ..

“ Terung sambal goreng , sambal ikan kurau dan ikan goreng je .. “ .

Huhu .. sian.. Sampai rumah , aku terus makan sekali dengan dia dan juga Qhaliff .. Sangat terasa sedap bila makan bersama keluarga tercinta , kan ?

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kadang-kadang aku macam tu jugak !

 

Hurmm .. kedekut ? Bukan .. Takde duit ? Hurmm .. pon bukan ! Tapi apa ? Hurmm .. Lebih pada was was ! Kang aku bagi , bukan dia yang guna . Mesti sindiket .. Kesian tu , mmg la kesian .. Dah tu camana ? Kang kasi , galakkan diorang lak .. haih.. Serba salah .. Akhirnya terpaksa kata ‘takpe la ’ utk dia  . Nak sumbang tapi was was ..

Selepas mendengar kata kata bijak pandai yang ada benarnya di situ , sejak itu aku mula terfikir dan nak berubah. Ditambah lagi dengan sebuah cerekarama yang baru baru ni aku tengok , Kaabah Depan rumah .. menguatkan lagi semangat aku untuk melembutkan hati aku ni .. Benar , bersedekah itu mudah tapi sukar !

Rezeki aku murah bulan ni . Bila tengok duit yang melebihi dari biasa .. membuatkan aku tetiba kedekut ! Sayang pulak nak belanjakan .. Huhuh ..

Tapi kejadian hari ini , merubah segalanya ! Dan Alhamdulillah , aku tidak terpedaya dengan pujukan syaitan agar ‘ jangan bagi’ .. Aku melakukannya kerana Allah.

Bila ada kawan kata mungkin sindiket atau mungkin mereka menipu , aku teringat kata kata bijak pandai .. Biarlah mereka nak tipu. Itu urusan mereka dengan Allah. Urusan kita ialah , bantu mereka yang memerlukan bantuan .. InshaAllah ..

Benar .. bila kita bersedekah , kita berkongsi rezeki yang mana ianya milik Allah . Bukankah itu satu sikap yang terpuji ? Sama sama kita berubah ke arah yang lebih positif ! InshaAllah …

Rabu, 27 November 2013

Peralatan gym untuk dijual !

 

Lokasi : Dungun , Terengganu

Penghantaran : Percuma dan akan diuruskan ( Dalam semenanjung Malaysia saja )

Sebab dijual ? Hehehe .. memberi komitmen sepenuhnya kerana faktor masa dan persekitaran.

Harga ? RM65 ribu. Maknanya owner nak jual kesemua peralatan gym ni . Bukan jual satu satu yer .. Hehehe .. Mereka yang berminat nak memulakan bisnis gym secara kecilan , leh la kot mulakan dengan beli barang 2nd hand.. Bila dah maju , tambah tambah lagi barang kan ? Hhehe ..

Ok , sebarang pertanyaan , boleh email pada Puan Raihan di nooraihan.mdzain@gmail.com atau whatsapp beliau di 0123453785. Terima kasih. Segera yer ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Aktiviti masa lapang !

Bahahahahaha .. gambar ni wife aku yg kirimkan tadi sewaktu aku 'kerja' tadi .. hahahaha.. Pastinya , anda boleh jangka apa yg berlaku ! Hahahaa ..Adehh.. ini ikut perangai sapa pon tak tau laaa..

Published with Blogger-droid v2.0.10

BEN ASHAARI dalam THE INFLUENCER

 

Akhirnyaa… baru boleh cerita kat blog .. Eh , boleh ke ? Boleh laaa sbb hari secara rasminya , THE INFLUENCER diwar warkan pada umum ! Heheheh .. Sebelum ni , biarlah rahsia walaupun mulut ni ringan je nak bercerita .. hehehe ..

Ok .. Bertempat di PJ Hilton , Petaling Jaya pagi tadi .. THE INFLUENCER yang ditaja oleh NOKIA dan LOWYAT.TV ni dirasmikan .. Hehehe ..

Apakah semua ini ? Hahahhaha .. Ok , aku malas nak cerita panjang dalam ni haaa.. Boleh ? Hahaha .. Apa kata korang gi tengok sendiri dan kenali mereka yang terpilih untuk season 1 ni .. hehehe ..

Satu pengalaman baru untuk aku … Sangat best apatah lagi rakan rakan blogger yang join sangatlah sporting dan mesra ! Tak de dok pilih kasih atau nak poyo poyo dalam ni .. Hahaha ..

Ok .. nak tengok trailer dan kenali peserta yang lain ? Marilah mariiii .. Klik http://lowyat.tv/theinfluencer/ ni haaa .. Huhuh ..

Terima kasih pada PersonEdge !

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila melibatkan anak !

 

Hurmmm .. Di KL Sentral .. Baru keluar dari LRT Putra, tiba tiba datang hamba Allah ni dgn dukung anak perempuannya yg umurnya dlm lingkungan 2 tahun lebih. Tidur budak tu .Hurmm.. Salam diberikan pada aku. Bersalaman selepas itu.

" Bang , saya nak mintak tolong ni .. Saya baru ja dpt keja kat .... takda duit belanja langsung.  Utk anak .... bla bla bla . " .. Katanya dalam pekat utara.

Aku pandang tepat mata dia. Ya Allah .. Aku tahu sangat perasaan tu .. Tahu sangat ..  Aku tanya berapa dia nak .. Jawabnya cukuplah belanja utk anak dia makan hingga 30hb ni .. Aku tgk jam . Hari ni baru 27hb .

Aku capai beg duit aku. Duit yg baru aku keluarkan dari mesin ATM tadi , aku hulurkan semuanya.. Berubah air muka dia..  Kesian dia hingga terpaksa merayu pada orang. Kesian anaknya tu ..

Semoga Allah murahkan rezekinya ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Vivix Anti Kanser

 

-iklan-

iklan ben

“ Mak saya ada barah rahim dan dah nak operate, even dah nak operate saya masih bagi mak makan Vivix dan miracle happen selepas ambil Vivix , doc bagitahu yang kanser mak dah hilang “

Subhanallah ! Sangat terkejutkan dengan Testimoni dari customer Vivix ni, Allah sebaik2 penyembuh. Kite sebagai hamba-NYA perlu usaha & ikhtiar sebaik mungkin.

Bila bercakap mengenai Vivix. Semua orang kenal Vivix dan tentunya Vivix adalah dari Shaklee iaitu syarikat jualan langsung pertama didunia. Shaklee telah lebih 5 dekad menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung didunia. Jadi, TIADA LAGI KERAGUAN!

Nak KURUS?

Nak CANTIK?

Nak HAMIL ?

Nak BERPANTANG?

Nak BANYAKKAN SUSU?

KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT !

@ Whatsapp 019-3190733 untuk maklumat lanjut

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI