Berhemah bila parking kenderaan kita ..

by - Khamis, November 14, 2013

 

Teguran dan ingatan untuk aku dan juga rakan rakan pembaca sekalian. Bukan nak perli , bukan nak sindir atau nak cari salah sapa sapa .. Tetapi apa kata kita cuba letakkan diri kita di tempat mereka ..

Meletakkan kenderaan sesuka hati termasuklah di hadapan rumah atau menghalang kenderaan orang lain ,sangatlah tidak beretika. Atau nak tulis bahasa kasarnya , er... korang pun tau la apa perkataan tu kan ? Malas je nak sebut..

Bayangkan jika ada kecemasan .. kereta kita tu , telah menghalang laluan orang lain gara gara parking ikut suka atau ' terpaksa' parking sbb takde tempat lain nak parking ! Apakah yg boleh terjadi ? Walaupun utk seminit dua , andai kecemasan .. seminit dua itu mampu jadi penyebab ..

Hurmm.. jadi , bila nak parking kereta tu .. tengok tengok skit kiri kanan .. Apakah mampu mengundang kemarahan orang lain  ? Atau mampu membuatkan kereta kita dicalar ? Haa..fikir fikirkanlah ..

You May Also Like

0 comments