Bila penjawat awam berpakaian mencolok mata !

by - Isnin, November 11, 2013

 

Kalau tak kerana ada yang pertikaikan perkataan MENCOLOK dengan MENJOLOK ni pasti aku pun terjebak sama kata yang artikal ni salah eja .. heheh..

Maka sebelum nak cari kesalahan orang tu , pekata google untuk mendapatkan jawapannya ..

" Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan".

 

Ok.. Ada yg kata , swasta tu lagi laa teruk ! Hehehe .. Swasta tu , big boss dia sapa ? Yang keje ngan kerajaan ni , sapa big boss ? Rakyat kan ? Hehehe .. Dan paling penting , bila ditegur begini .. patut ada rasa segan .. dan paling segan patut pada Allah.. heee..

Aku ni bukanlah ulama atau ustaz nak tegur orang bab pakaian ni . Aku rasa si pemakai tu jauh bijak dari aku .. cuma aku nak bagitau la , penjawat awam berjantina lelaki di pejabat tu .. terasa sakit bila tgk semua ni . Sekali dua , boleh tahan. Kalau hari hari ? Tidakkah ini boleh mendatangkan tekanan perasaan pada dia ? Kalau dia dah tak tahan camana ? Wujud kes cabul ? Bila dah jadi gitu , nak salahkan sapa ?

Aku dulu keje kerajaan gak. Kalau ada yang kata mana ada penjawat awam pakai gini , aku kata jangan temberang la.. Aku keje di dua kementerian . Dua pengalaman aku ada .. Dan pergi meeting ke kementerian lain pon ada haaa.. Jangan kata takda.. Ada.. Berbaju kurung sendat .. skrit sendat .. Seluar hingga nampak garis seluar dalam .Baju jarang .. Tu semua untuk apa ? Saja saja nak menampakkan keyakinan diri ? Adehhh ..

Kalau perempuan kerja di kalangan perempuan saja , lain ceritanya. Kalau ada lelaki , berkomunikasi dengan lelaki pulak tu .. camana ? Aku pernah pengalaman pasal ni. Malas nak ingat balik ..

Bila ada manusia bangkitkan isu begini , jangan tuding sana sini . Jangan kata diorg tu lagi teruk . Kita periksa diri kita. Apakah kita melakukan semua itu ? Jika tidak , diam je la .. Tak perlu nak melenting. Orang berkata bukan suka suka nak cari dosa. Pastinya punya sebab ..

Peliknya ada jugak suami biarkan isteri gi kerja dengan pakaian ketat sana sini.. Biar je lelaki lain cuci mata .. huhu . Adeh ..

You May Also Like

12 comments

  1. sama2 la muhasabah diri...sy pn pjwt awam jgk...teguran ni bagus utk kami2 yg kaum wanita ni...selalu tergoda mau beli pakaian yg cantik2 tp lupa akan tujuan sebenar dlm berpakaian...tq2

    BalasPadam
  2. aduiii... i baru je nak bergumbira bila kuar pekeliling kata boleh pakai pants suit.
    dah ada pulak si sengal yang nak seksi meksi. ni mesti kes isi terlebih pun nak pakai ketat nih... kalo x, xde la smpi jadi eyesore.

    BalasPadam
  3. Etika pakaian mgharam pemakaian suit 1 layer. Pompuan kena pake 2 or 3 layer. Sori aku xigt terma tuk cod pakaian ni. Dorg mmg nk seksi bagila pekeliling mcm mane pun. Rambut karat. Pakai sexy. Make up table. Blum pakej tgedik sana sini. Heee

    BalasPadam
  4. layan jugak geng2 tergedik ni..tp jgn la over..gedik2 santun dh la..hehe

    BalasPadam
  5. alooloo...
    opis sy tu abg ben..
    no komen..sbb jarang pg cafe..
    makanan tak sedap..
    hahaha

    BalasPadam
  6. fesyen tak salah tp kalau dah semua sendat dan ketat? tak cukup isi dan terlebih isi semua nampak menyelerakan! so hati2 dalam berpakaian

    BalasPadam
  7. aduss.. perkara ni da terbiase di malaysia.. islam pun da macam liberal je.. pemakai fuu jauh sekali menepati hukum islam.. sabar je la.. putar belit macam mane pun tetap kene pada ketua negara.. sorry to say.. :)

    BalasPadam
  8. tak perlu ada pon etika berpakaian. Allah dah bagi dah semua tu. Tepuk dada tanya iman

    BalasPadam
  9. Agagaga. Nasib baik saya mmg jenis pakai baju saiz L/XL. =P

    BalasPadam
  10. Saya pekerja swasta sejak graduate lagi. Boss tak halang pasal pakaian, kita sendiri panadai2 lah nk pakai apa pun. Sy selau ke jabatan kerajaan atas urusan kerja. Tak d nafikan. Baju korporat pun kerajaan kena ambil serius, terutama wanita. Klu sy keje gomen. Sy x sanggup pakai. Alhamdullilah, sy boleh pakai jubah ke ofis, tiada masalah utk ke site.

    BalasPadam
  11. dh agak mesti ramai bandingkan dgn org keje swasta... xpahammmm... swasta bukan ada pekeliling bab pemakaian.. lain company lainla etika pemakaiannya..

    BalasPadam
  12. Dulu masa tak boleh pakai pant suit dalam kalangan kakitangan wanita, selalu bila ke Alamanda waktu lunch nampak kakitangan yang pakai baju jarang atau ikut sosok badan. Memanglah tak terkurang kain, tapi boleh nampak telus, tirai kat rumah lagi tebal kot. Oh, by the way, kakitangan swasta pon, ada company yang ada unspoken rules mengenai pakaian.

    BalasPadam