Kaabah Depan Rumah buat ku menangis !

by - Selasa, November 05, 2013

 

Tak sempat nak tonton memula pada Aidiladha ari tu .. Semalam , ada ulangannya. Walaupun aku hanya tonton setelah 20 minit dimainkan , kesannya mula terasa selepas aku paksa diri aku menonton utk 5 minit . Ingatkan , macam teledrama yang lain lain walaupun bercorak agama tetapi boleh dibaca jalan ceritanya.

Tetapi Kaabah Depan Rumah ni berbeza sama sekali .. Itu yang buatkan aku terus melekat depan tv sehingga abis ceritanya ! Abis je cerita tu , aku sakit kepala sebab airmata tak henti henti keluar. Sejuta keinsafan datang dalam diri terutama bila bab bersedekah kerana ALLAH .. Betapa sukarnya kita nak menawan hati melakukan kerana Allah walaupun berniat begitu. Sedikit sebanyak mulut terasa nak jugak bercerita walaupun dengan isteri sendiri walhal patut didiamkan saja.. Hurmm .

 

Babak dia sedekah duit , penah terjadi pada aku. Dan ianya benar ! Sesungguhnya bersedekah bukan dikala kita berduit saja .. Ujian Allah pada kita tiap masa.. Apakah mampu kita bersedekah padahal kita sendiri memerlukan ? Hurmm ..

Ketika aku ceritakan pada isteri aku pagi tadi mengenai teledrama ni , aku sendiri sebak. Terasa airmata nak mengalir terutama part akhir tuu ..

Diharapkan teledrama begini memenuhi pawagam kita seterusnya mengubah citarasa penonton masakini .. Semoga Allah memudahkan usaha mereka !

You May Also Like

4 comments

  1. semoga lebih banyak teledrama begini dihasilkan. ni asyik2 cita cinta je..alahaii..

    BalasPadam
  2. mcm menarik je ni..nk crik online pnya, nk tgok.

    BalasPadam
  3. Tak tengok. Nak carik nanti. Tq abg ben. Btw, sobs! Mmg sukar kot nak bersedekah pada saat kita juga memerlukan.

    BalasPadam
  4. yela kan...time sdri pon sengkek...mang sukar,,

    BalasPadam