Sejuta keinsafan ..

by - Isnin, November 11, 2013

Photo: Dalam kenangan .. Aku membesar dgn PI MAI PI MAI TANG TU .. sitkom yg tiada tandingan hingga kini .. 

Semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah. Al-Fatehah..

Bila aku renung wajah arwah Ahmad Busu , terasa tenang dan timbul sejuta rasa syahdu dan insaf. Dulu dialah antara manusia yang menceriakan hari hari aku dikala aku dalam keadaan boring , tertekan dengan lawak lawak spontannya dalam sitkom PI MAI PI MAI TANG TU.

Sekejap je masa berlalu.Muda lagi arwah. Baru berusia 60an. Aku , dah hampir 40 tahun.  Tahu tahu je , kita dijemput pulang kepadaNya.. Tu pun masih ada manusia yang tak sedar diri seolah akan hidup selamanya.

Bagi aku, Allahyarham Ahmad Busu adalah pelawak yang original. Tak perlu buat gaya slaptik , meniru gaya orang bagi orang tertawa. Itulah mahalnya pelawak yang asli. Berbeza dgn skang ni .. Ada yang terpaksa membodohkan diri untuk bagi orang ketawa .. hurmm.. Entahlah..

Semoga Allah mencucuri rahmat buat rohnya dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatehah.

You May Also Like

9 comments

  1. Itulah kelebihan pelawak2 zaman dulu yg lawaknya sgt original berbanding pelawak sekarang yang banyak lawaknya hanya lawak plastik.

    BalasPadam
  2. Al-fatihah..moga arwah ditempatkan bersama org2 soleh.amin..

    BalasPadam
  3. Saya baru je habis tgk Pi Mai Pi Mai tang tu kat tonton. Tak sangka dah dengar berita beliau dah pergi..

    Hmm..Semoga roh beliau tenang disana dan termasuk di kalangan org yg beriman.

    BalasPadam
  4. btui bro..dengan muka selamba buat2 angkat tong dlm pmai tang tu masih lagi terbayang baying,hehe

    BalasPadam
  5. Al Fatihah.

    Btw, pelawak zaman sekarang memang tak ada originality nya. Kebanyakannya buat lawak bodoh.

    BalasPadam
  6. innalillah..
    semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan terlepas seksaan kubur

    BalasPadam
  7. Bagi kita yang membesar dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu terasa kehilangan yang amat besar. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

    BalasPadam