Sekolah setengah bulan , bayar setengah jer !

by - Jumaat, November 08, 2013

 

Hurmm .. ni masalah dah bertahun tahun dihadapi oleh pengusaha bas sekolah . Cuti sekolah jatuh di tengah bulan tetapi pengusaha bas sekolah meminta bayaran penuh. Patut atau tidak ?

Ramai ibu bapa meminta bayaran setengah atas alasan begitu . Kalau begitu , gaji guru juga patut setengah juga la kan ? Atau bagi mereka yang bekerja , cuti umum patut dipotong gaji jugak la kan ? Itu logiknya tapi mereka tak nampak !

Ahli keluarga aku pengusaha bas sekolah. Setiap hujung tahun , masalah ni akan timbul termasuklah mereka yang berhutang berbulan lamanya. Kalau sorang anak takpe la.. Kalau 3-4 orang sekali gus ? Satu kepala katakan RM20 .. Berapa dah ? Tu kalau sebulan hutang .. kalau dua bulan ? Jangan tak tau .. Siap ada yang dah buat buat lupa .. Sedekah ? Memang dah pon.. Letih nak memaksa .. Kalau ada yang berhati perut tu , bayar gak la.. Dapat la cover skit ..

Jangan sangka semua pengusaha bas ni kaya kaya .. Merekalah pandu bas, merekalah juga yang bawak bas gi PUSPAKOM , gi buat maintenance .. rosak sana rosak sini .. Maklumlah , jalan dari awal pagi hingga dinihari.. Haaa .. dengan budak budak yang tak reti duduk diam.. kopek sana kopek sini.. conteng sana conteng sini .. Ada parents prihatin ? Takde kan ? Perlu repair utk keselesaan anak mereka gak. Guna duit tu kan ?

Haih.. pelik sebenarnya. Sepatutnya bersyukurlah dah ada orang sanggup buat pekerjaan begini. Kalau bangsa lain yg kuasai , rasa rasa berapa lak nak kena bayar ? Ke sanggup nak gi amik antar anak ari ari ? Ke suruh anak jalan kaki ?

Cer pikiaq sat ..

You May Also Like

8 comments

  1. suruh bayar hari2 je bg yg komplen camtu. senang.. nak byr bulan jgn merungut

    BalasPadam
  2. kita dah nak org htr/amik anak kita..byr je lah..buat pe nk berkira sgt... kita pun xyah susah2 nk kluar amik..cam sy 3 anak sklah..blk masa lain2..jenuh tu..nk ulang amik..

    BalasPadam
  3. betul jugak tu.. kos nak betulkan bas.. dengan minyak dan pelbagai accessory lagi.. memang berbaloi ..

    BalasPadam
  4. salam abang Ben,

    guru tiada cuti tahunan seperti penjawat awam yang lain hanya cuti rehat khas 7hari. jadi guru bercuti hanya pada cuti sekolah tapi biasanya guru juga ada giliran bertugas di sekolah semasa cuti, menjaga peperiksaan spm/stpm, menanda kertas peperiksaan, menghadiri kursus dan mesyuarat guru, pendaftaran pelajar baru, penyerahan buku teks dan lain-lain juga diadakan dalam cuti sekolah.

    itu sahaja yang ingin Ai kongsi
    :D

    BalasPadam
  5. konsep dia sama, kalau kita pakai broadband charges sebulan 100 ringgit, walau kita jarang pakai, kita still kena bayar 100 ringgit...sebab itu adalah charges untuk servis...jadi tak patutlah kot, kalau sekolah setengah bulan nak kena bayar yuran 1/2 bulan juga abang ben... hi hi hi...

    BalasPadam
  6. baru tahu ada jugak masalah mcm ni. ni la masalah nya bila pentingkan diri je.

    BalasPadam
  7. haha.. bayangkan kalau gaji guru bayar masa keja je.. bulan 12 cuti tapi takda gaji.. ada la guru yang kerja partime kat KFC ke, jadi cleaner ke.. saya contohnya.. :p

    BalasPadam
  8. Betul tu! Tapi manusia nih tak faham. Tak suka nak win win situation. Bila org sndiri yg wat mula la kata sesama sendiri pun nak berkira. Eh entah la. Typical kot.

    BalasPadam