Sepatah dua kata untuk adik adik ku ..

by - Selasa, November 05, 2013

 

Hurm .. ikutkan , aku ni tak layak nak bagi kata kata semangat sbb aku pun bukanlah pelajar cemerlang bidang akademik di sekolah sbb aku lebih ‘gilakan’ bersukan waktu tu .. Memadai lulus dan dapat sambung belajar saja sasaran aku ..

Hurm.. tapi kalau diberi peluang sekali lagi , apakah aku akan memperbaiki kesilapan lalu ? Rasanya tidak .. Aku rasa aku tidak perlu perbaiki kesilapan kerana aku bukanlah jenis abaikan pelajaran walaupun aku bersukan . Cuma silap aku ialah cita cita aku tak bermasa depan yakni nak jadi pemain bola profesional.

Selepas abis SPM , aku try mintak keje di bank dengan tiket ‘bolasepak’ .. Tapi sayangnya disebabkan SPM tidak cemerlang , maka sukarlah aku nak dapat .. Akhirnya aku sambung belajar di kolej swasta setelah tahu apa yang aku minat .. Aku cenderung ke bidang perkomputeran. Sebenarnya aku minat pada bidang rekabentuk tetapi bakat aku lebih ke arah komputer.. hehehe ..

Maka aku sambung belajar .. Di sana , barulah nampak betapa pendidikan di zaman persekolahan amatlah penting termasuklah kegiatan kokurikulum .. Hurmm.. nasib baiklah aku ni bukan mat dungu yang tak tau apa apa .. heeee..

Pas abis belajar , aku praktikal dan seterusnya kerja sebagai pengaturcara komputer , selama beberapa tahun..Tak lama kemudian aku berhenti kerja akibat syarikat bankrupt setelah ekonomi dunia jatuh .. sekitar tahun 1999/99 tak silap aku .. Aku menganggur beberapa tahun. Sukarnya nak cari kerja ketika tu.

Akhirnya aku dapat jadi guru sandaran .. Guna sijil SPM. Dari situ aku mula bina kembali kehidupan aku dan juga mengenali dunia sebenarnya terutama selepas aku dapat kerja kontrak di Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan . Terus terang , bila berada di sektor awam amatlah mencabar mental .. Terdapat ‘batasan’ antara kakitangan dan pegawai ! Semua ini dibataskan dengan pendidikan !! Bayangkan awal awal lagi dah SPM lingkup ? Hurmm..

Ok , apa jadi bila SPM lingkup ? Apakah bererti dunia ini sudah berakhir ? Tak boleh dah hidup ? Kena keje kilang atau jaga tandas ? Tak semestinya..  Ada sorang kawan aku , SRP ( PMR ) pon 2 kali dia ambil .. Gagal !! Akhirnya dia sambung belajar ke Ikm dalam bidang mekanikal .. Dan , akhirnya dia lebih bergaji besar dari aku !!

Senang cakap .. SPM ini adalah permulaan kepada semuanya .. LULUS tak berertinya berjaya dan GAGAL tak semestinya tewas ! Ianya satu permulaan kepada kehidupan ini .. Apakah yang perlu dilakukan andai LULUS ? Atau apa nak buat bila gagal ? Jangan risau .. Apa yang perlu ialah TERUSKAN HIDUP. Setiap manusia ada keistimewaannya tersendiri ! Dan ingatlah, dalam zaman sekarang ni , air liur saja dah cukup mampu buatkan manusia kaya raya !

Adikku , apa yg kamu belajar selama ini , akan ditanya nanti .. Persoalannya , apakah kamu gunakan dalam kehidupan kamu ?? Itu yang penting sebenarnya.. bukan kelulusan yang cemerlang tetapi tidak amalkan apa yang dibelajar itu !

LULUS atau GAGAL , berikan yang terbaik .. lakukan kerana ALLAH ..

You May Also Like

9 comments

  1. Walaupun tak dapat jadi pemain bola profesional, tapi..sekarang dah jadi blogger profesional kan bro..

    BalasPadam
  2. Ni bukan sepatah dua dahh. Haha. Apa pun, a very encouraging entry. Dlm hidup ni kejayaan kita tak diukur dengan keputusan peperiksaan. Straight A's skali pun, kalau tak pandai guna or akhlak tak baik orang tetap pandang rendah. Pandai2 la bawa diri.. Bukan semua manusia dilahirkan utk berjaya dlm bidang akademik. Sometimes we need an "eye opener" to see our real talents and gifts. Belum cuba belum tahu :)

    BalasPadam
  3. Boleh dijadikan panduan untuk adik2 semua......gagal pertama kali bukan bererti gagal untuk selama-lamanya....

    BalasPadam
  4. rezeki itu milik Allah..kita berusaha dan terus usaha..bila berjaya jangan berbangga diri,,bila gagal jangan patah semangat...bersederhanalah dalam segala hal kerana segalanya kita mesti sandarkan pada NYA..

    BalasPadam
  5. Universiti kehidupan itu luas :) Percaya dgn diri sendiri . Usaha , doa dan tawakal .

    BalasPadam
  6. saya pn SPM kurg cntik.. huhuhu tapi sy xputus asa sy cuba ambik STPM alhamdulillah cemerlang dan skrg sy sedng menyambung pelajaran ke peringkat sarjana...

    BalasPadam
  7. Betul tu. Apa yg penting buat yang terbaik kerana Allah. Dan kemudian serahkan segalanya kepada Allah. Usaha sehabis baik. Rezeki Allah itu jugak luas. Apa yang penting kita pilih jalan dan cara yang betul - halal.

    BalasPadam
  8. btol kte en ben..sector awam ni..batasan tu terlalu ketare..spt kte org tue2 pipit dgn pipit..enggang dgn enggang..

    BalasPadam