Tinggalkan Qhaliff disini jer ..

by - Sabtu, November 02, 2013

 

Photo

Aku bawak Qhaliff ke rumah orang tua aku di Cheras. Perancangannya nak tinggalkan sekejap sebelah petang sbb aku nak balik untuk kemas rumah. Kalau dia ada , mmg tak leh nak kemas punyaaaa …

Hurmm.. Mak aku ok jer. Dia pon suka si Qhaliff ni ada . Maklumlah  dia ni pon kaki sakat orang tua.. Tapi bila aku ada , dia jadi manja sangat. Kalau aku takde , haaa.. ok sangat diaaa ..

Dalam kul 4 petang , aku ke pejabat wife aku .. Tunggu dia aibs kerja. Sementara menunggu tu , aku dapat panggilan dari Penolong Director Salam Muslim Astro Oasis .. Dia nak bagitau rakaman esok di rumah aku ditangguhkan sbb cameran cuti. Aku ok je.. Lagi la suka sbb tak yah nak mop rumah malam ni.. Rehatt la skittt ..

Dan rakaman akan dibuat pada hari Isnin nanti. Hurmm.. Wife takde .. ok je la .. Aku ngan Qhaliff .. Belasah jer .. Selepas tu , mak aku lak call .. Dia tanya aku bila nak balik rumah ? Dia kata tak yah balik rumah amik Qhaliff.. Esok je dia datang antar ..

Gulp… Mau kee wife aku lepaskan ? Jangan kata dia.. aku sendiri pon tak sanggup tidur tanpa dia disisi ! Hahahaha .. Aku kata kat mak aku , rakaman ditangguhkan dan malam ni tidur rumah sana.. hahahaha…  Gelak je mak aku..

Mana bisaaaa tidur tanpa Qhaliff.. Heeee..

You May Also Like

3 comments