2 milo panas dan satu milo ais berharga RM54 !!

by - Ahad, Disember 15, 2013

 

Alhamdulillah .. Rezeki Qhaliff awal pagi .. Terima kasih buat Diya Nadia , suami dan keluarganya kerana sudi hadiahkan Qhaliff bahan untuk Qhaliff cepat pandai .. heee .. Nanti nak beli lagi mainan untuk Qhaliff .. Sila tag saya lagi yer nanti ! Heeheeee.. Macam macam ada wooo .. Dan maaf yer sbb terlewat ! Sesat nak cari tempat walhal tau sangat tempat tu. Perubahan jalan raya .. Bersimpang siur skang ni ..

Buat Diya sekeluarga , semoga murah rezeki dan diberkati Allah hendaknya

Photo: Terima kasih auntie Diya Nadia ... Mainan utk Qhaliff .. byk lg yg kawan kita ni jual !!

Ok , selepas jumpa mereka .. wife ajak gi makan sbb ‘baby’ dalam perut lapar. Menendang nendang dah .. Macam Qhaliff dulu dulu .. huhuhu.. Teringat dia .. Memang kuat makan .. sampai sekarang !

Sampai satu tempat tu , yang mmg penuh dengan orang .. cari la meja kosong dan jumpa. Terus order air untuk aku sekeluarga. Air , sampai tak lama kemudian. Wife gi cari makan yang dia suka.

“ Kena bayar terus ke ? . Aku tanya adik tu.

“ Aah .. “. Dia jawab.

“ Berapa yer ? “ . Tanya aku lagi.

“RM4. “ . Jawabnya.

Aku cari duit kecil yang ada di dalam poket aku. Ada RM1 , tiga keping dan sekeping RM50. Alahai , tak cukup la pulak .. Camana eh ? Wife aku lambat pulak ..

Aku dah kalut . Budak tu pergi , mak dia pulak kebetulan ada situ. Aku bagi terus duit aku tu.. Aku letak atas meja dan kira .. Ada RM3 jer ! Tak cukup seringgit lagi .

Aku cari duit lagi. Jumpa syiling. Ada 60 sen. Makcik tu suruh makan dulu. Nanti ada duit kecil , bagi jer kat dia di kedai. Aku jawab terima kasih.

Wife datang . Aku tanya dia , duit kecil. Dia suruh amik dalam beg tangannya. Dia tanya aku , aku takde duit ke ? Jawab aku ada RM50 je lagi .. Aku cari duit tu ..

TAKDE ! Aku amik 40 sen dan gi bayar baki duit air tadi di gerai air makcik tadi tu ..

ARghhhhhhh !! Geram betul aku …Mana la pulakkk .. Abis aku selak poket .. Memang takde ! Haih.. Jatuh ? Hurmmm .. Aku tanya wife berapa duit dia ada ? Katanya tak sampai pon RM10. Tak cukup untuk bayar makanan sbb dia ingat aku ada duit.

Aku suruh dia makan dulu dan aku gi ke ATM di stesen BP.. Nasib baik dekat je. Tak sempat peluh , sampai dah .. Heee.. Keluarkan duit , dan bayar kesemua ..

Hurmm.. takde rezeki utk aku tapi untuk Qhaliff , ada namun aku tetap bersyukur kerana rezeki aku belah lain ada iaitu sahabat Facebook yang baik hati !

Pengajaran untuk aku , simpan duit dalam beg duit elok elok dan jangan mudah kalut !

You May Also Like

3 comments