Bila seksi itu hak peribadi aku !

by - Sabtu, Disember 21, 2013

 

Semalam aku gi pasar malam .. Ok , mula mula aku minta maaf .. Bukan niat aku nak tunjuk pandai atau alim . Aku semakin tua dan nak ingatkan rakan rakan yang sudi baca blog aku ni , sama sama berfikir kembali tujuan kita di atas muka bumi ini ..

Andai ada yang terlupa , meh aku nak ingatkan skit je.. Kita , di dunia ni .. sekelip mata .. Di akhirat nanti kekal ! Bayangkan , kita hidup beribu tahun dalam keadaan jasad begini. Andai dosa banyak dikutip , nauzubillah ..Tak terbayang azabnya sebelum kita diadili di depan Allah..

Ok , terus terang .. aku pun banyak dosa .. Terlalu banyak . Jadi buat adik adik atau rakan rakan yang jauh lebih bagus dari aku ni , aku mintak kita sama sama check balik kelemahan kita ni terutama bab aurat orang yg kita kasihi ..

Sambung.. di pasar malam semalam , aku nampak ramaii.. ramaaiiii .. wanita melayu yg beragama Islam bertudung tapi berseluar sendat ! Aku bukan terbeliak tengok tapi sedih .. Suaminya di sebelah dan dukung anak. Ada juga yang berbaju sendat . Apakah suaminya tak kisah ? Rela lelaki lain cuci mata ? Ada yang kata.. tengok je pon , bukan leh pegang ! Wow .. jadi isteri kita tu untuk tontonan ramai ? Dan sbg seorang isteri pula .. anda rela jadi tontonan ? Bangga ?

Semalam tertonton satu video yang sangat memberi keinsafan buat aku.  Perhatikan lelaki berkopiah tu ..

 

 

 

Bayangkan kalau semua lelaki macam tu. Bila pergi pasar malam , atau shopping mall .. tutup mata gitu .. Apa jadi ? Tak timbul rasa segan ke di hati tu ?  Dan apakah hanya lelaki saja yang perlu amik tindakan ?

Teringat aku pada peristiwa Israk Mikraj ..

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW telah melihat pelbagai seksaan ke atas wanita ingkar ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Diriwayatkan Saidina Ali r.a bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan mereka menemui Baginda sedang menangis.

Mengapa Rasulullah menangis ?

Mereka bertanya kepada Baginda SAW: “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”

Rasulullah SAW dengan keadaan teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab dahsyat terhadap kebanyakkan golongan wanita ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan Fatimah r.a.:

1.  Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya

2.  Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’ (hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

3.  Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.

4.  Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

5.  Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala jengking kepadanya; disebabkan ia boleh solat tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

6.  Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api neraka; disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.

7.  Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri. kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.

8.  Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak; adalah akibat daripada dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.  Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai) dan mendapat berbagai kesengsaraan; disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.

10. Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka; disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.

11. Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan  kerana mereka mengingkari suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari) – sumber : Shafiqolbu

Ok .. tu je .. Aku tak nak lebih lebih .. Korang boleh fikir sendiri terutama bab hukum hakam. Ada yang kata , nanti nanti berubahlah.. Apakah kita memiliki ‘nanti’ ? Andai tak sempat ? Baru kelam kabut kawan kawan , anak saudara mintak rakan rakan tolong delete gambar gambar ‘kita’ masa hidup dulu yang tak menutup aurat ?

Ok .. aku tak nak ceramah bab ni. Aku tak layak. Aku cuma kasihan kan melihat wanita yang tak perasan sedang dipergunakan untuk memuaskan nafsu mata lelaki ..

Fikir – fikirlah… Dan jangan la fikir yang seksi tu hak peribadi dan juga kita menunggu hidayah tanpa perlu mencari dan meminta dariNYA ..

Peringatan utk aku dan keluarga aku juga .. InshaAllah ..

You May Also Like

11 comments

  1. Alhamdulillah... syukurlah andai semua muslimah menjaga adab dan aurat ketika di luar rumah..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Terima kasih abg Ben..Alhamdulillah saya sedang berusaha untk kearah kebaikkan dan memperbaiki diri...pada mulanya agak tersa dengan kenyataan abg Ben..Tp bila dipikirkn kembali,sy akan jadikan stiap apa yg abg ben kongsi itu sebgai 1 kata semgat utk sy terus perbaiki dri ini..In sya allah,usaha ke arah kebaikkan Allah SWT sentiasa luruskan..terima kasih...andai sya khilaf tegurlah saya...

    BalasPadam
  4. Thanks atas teguran...


    Mudahan kaum2 ku beringat... Mudahan berpakaian sebaiknya..
    Ameen

    Sama2 kita ingat mengingati

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. sayups.. sendu.. saye suka ayat bro yang ni " Apakah suaminya tak kisah ? Rela lelaki lain cuci mata ? Ada yang kata.. tengok je pon , bukan leh pegang ! Wow .. jadi isteri kita tu untuk tontonan ramai ? Dan sbg seorang isteri pula .. anda rela jadi tontonan ? Bangga ?" thanks.. kesian bila tengok kaum hawa seperti tidak terfikir akibat kepada manusia sejagat..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah ! tahniah bro ben :D
    semakin bermnfaat entry blog bro , inshaaAllah sya akn trus m'jdi p'bca setia blog bro , teruskn dkwah mu , sebgai peringatan sesama manusia :')
    Allahurabbi semoga kita smua sedr ...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum. Mohon share ye abang Ben (^^,)

    BalasPadam
  9. Entry yang bermanfaat dalam santai..
    Tq kerana mengingatkan saya dan wanita yang lain.. :)

    BalasPadam
  10. terima kasih atas peringatan tuan.

    BalasPadam