Bila tarif elektrif naik ..

by - Rabu, Disember 04, 2013

 

Perghhh .. perghhh .. Perghh .. Eh , silap .. Alhamdulillah ..Terima kasih kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri kita yang berjaya mengtranformasikan segala galanya. Patut negara kita tampak lebih bergaya dan cemerlang dibawah pentadbirannya .. Tahniah sekali lagi ..

Aku pelik la sekarang ni wooo .. Segalanya nak dijadikan isu ! Naik skit kecoh .. Naik sikit kecoh ! Kerajaan bagi macam macam dah ni. Siap dah listkan dan bagitau di dada dada akhbar , television , radio malah ada jugak yang dijadikan drama ! Takkan tak perasan kot ?

Macam aku ni .. Bila ayam naik harga , aku kurangkan makan ayam. Kalau teringin sangat nak makan , aku mintak la jiran aku buat ayam masak merah ke .. Aku gi la makan .. Bukankah itu salah satu perbelanjaan berhemah ? Bijak kan ? Janji perut kenyang..

Gula naik .. Aku tak beli gula tiap minggu. Tahun lepas punya gula pon tak abis lagi . Ada aku kisah ? Tak pon.. Sapa yang suka makan gula , naya la diaa ! Diabestis lagiii koo.. Sbb tu banyak semut mati akibat penyakit kencing manis ..

Ok .. Bila tarif elektrik naik , maka kita juga secara automatik kena berjimat lagi . Aku tak kisah semua ni ! Bukan susah pon nak berpanas setiap malam yang mana selama ni bila tidur , confirm pasang aircond. Kipas saja tak memadai untuk menghilangkan panas. Qhaliff berpeluh ? Tak pe.. asalkan sihat ..

Jadi , senang cakap .. Kita kena berjimat cermat. Lampu kena senantiasa ditutup bila tak guna. Lampu kat Putrajaya tu dipasang setiap malam , tu tak pe.. Asalkan nampak cantik .. pelancong gembira .. ok la kan ? Negara dapat nama kan ..

Dalam erti kata lain.. kesimpulannya , segalanya telah terjadi. Terima je la kan ? Apa yang boleh kita buat ? Berdoa untuk kesejahteraan negara kita ..

Photo

Nampaknya aku kena cari bisnis lain untuk tampung kehidupan aku sekeluarga lepas ni. Ingatkan pendapatan sekarang dah cukup.. Rupanya tidak .. hehehe .. Hidup untuk bayar hutang rupanya ..

You May Also Like

10 comments

  1. Hahahaha! Ini baekk punya perli, abg ben!

    BalasPadam
  2. harap2 ade la pemimpin yg bca entri ni... huhu.. serba serbi naik...

    BalasPadam
  3. abg ben wat keje nak kena guna lektrik gak... esok lusa jgn bil internet naik pulak

    BalasPadam
  4. betul apa Ben cakap tu...

    at least kita perlu bersyukur, tahu matlamat hidup...

    dunia sementara namun untuk teruskan hidup perlu ada komitmen utk perbelanjaan...

    mungkin ini ujian Allah beri kepada kita kat Malaysia... barang semua naik.

    Dan Alhamdulillah masih selamat dari peperangan macam negara jiran...

    BalasPadam
  5. yela abg ben.. mana adil PM kita je byr bil letrik sorg2 mahal smpai 2 juta... dia nk juga kasi rakyat merasa byr bil letrik tinggi juga.. baru la adil.. 1Malaysia... haha

    BalasPadam
  6. haha..lepas ni xle update blog pakai pc..nt karen naik...pakai ipad murah jela..

    BalasPadam
  7. Semua kroni berlumba-lumba nak naikkan harga senab diorang tahu next PRU BN tiada harapan lagi dah. Inilah masanya untuk mengaut dan mengikis sebanyak mungkin daripada rakyat sebelum 'kena deal' dengan PR nanti. Tapi ini hanya konspirasi teori la... jangan marah ye macai... :-D


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Bergaya poyo di Beijing

    [13PG] Paul Walker masih hidup?

    [U] Longkang Malaysia

    BalasPadam
  8. klu untuk kite2 ni takpe lagi la...masih kategori mampu..bygkan mcm mn la nasib2 insan yg kurang bernasib baik yg kurang kemampuan..mesti hidup diorg lebih tertekan...anak2 mereka..huhuhu x dpt bygkan..kos hidup terlalu tinggi skrg..semua brg naik

    BalasPadam