Kalau tak kemas meja !

by - Khamis, Disember 19, 2013

 

Wowww .. Tu diaa .. Macam macam komen keluar .. Suka sukaaa .. Kebanyakkan rakyat Malaysia akan amik contoh omputeh yang gemar mengemas meja mereka lalu membuang bekas makanan ke dalam tong sampah tanpa tunggu pekerja restoran segera lakukannya.

Kisahnya begini .. Petang tadi , aku cipta sendiri satu dialog yang mana tak wujud pun untuk melihat sendiri mentaliti orang kita setelah pelbagai kejadian berlaku pada aku dalam sehari dua ini melibatkan orang kita sendiri !

“ Di McD ..

Ternampak satu famili omputeh mengemas meja setelah mereka mkn.  Lepas aku sekeluarga makan , wife bertanya pad aku ..

" Taknk kemas mcm diorang td buat ?".

Jawab aku..  " Kalau kita kemas , pekerja diorg sini takde keje la nk buat. Bila dah takde keje , kena berhenti keje lak diorg.. Sian la kan ?". “

Antara jawapan yang menarik minat aku , apakah aku tidak lagi boikot McD ? Hehehe .. Kalau boikot tu kiranya tak leh sentuh langsung la ? Sesekali tu , apa salahnya. Orang Islam ada keje dalam tu jugak .. 2-3 bulan sekali pekena burger. Cukup dh support produk orang Islam dengan makan di kedai mereka setiap hari haaa ..

Ok .. pastu jawapan yang aku tau dah .. Bla bla bla dan blaaa .. Dan yang tak menariknya , cepat benar tuduh kata inilah mentaliti orang melayu !

Senyum je la.. Aku tak nak hakimi orang dengan cara gitu. Sapa la kita kan ? Tapi kan , kenapa la jarang orang kita ni .. nak ikut contoh omputeh yang dibanggakan tu dengan meniru cara bersopan santun seperti ketika di dalam lif , tolong tekankan butang untuk benarkan orang lain masuk atau tanya nak naik ke tingkat berapa ? Takde la pulak kan ? Oh , bukan keje kita eh ? Jadi , keje kita tolong bersihkan makanan kita makan tu . Sebab kita makan ? Kalau orang lain makan ??? Penting diri sendiri jugak tuuu ..

Bila bab beratur di kaunter pembayaran.. Berapa ramai yang prihatin dan benarkan yang tua dan kurang upaya seperti wanita mengandung jalan dulu ?

Sayangnya , bab ikut mat saleh di fast food je nampak .. Lain lain , takde la pulak ? Aku bukan nak pertikaikan .. Ada kalanya , biarlah kerja orang lain tu . mereka buat .. Kita pandang , belajar dan amalkan .. Bukan amik sesetengah untuk nampak kita ni bagus walhal bila takde orang ??

You May Also Like

6 comments

  1. Betul tu. Orang kita suka mengikut tapi banyak ikut benda negatif, yang positif pandang sebelah mata pun tidak.

    BalasPadam
  2. Terkebil kebil baca abg ben membebel.. heeeee :D

    BalasPadam
  3. kawan sy kate,kte bayar servis tax.kt oversea takde servis tax,sbb tu kene kemas sndri.iyeke??

    BalasPadam
  4. Xfhm sgt apa abg Ben bebel. Hehe.. Tp kan..Tak suka nk judge bangsa ni. Yg peliknya, bila kita susun pggan kt kdai, tlg buang sampah, baca buku kt public, etc.., semua tgk... Tlg la...

    BalasPadam
  5. hahhahahaha btul tu. kalau nak sangat ikut contoh yang baik, ikut la semua contoh yg baik daripada omputeh tu kan?

    BalasPadam