Kementerian Pelancongan ke Kementerian Pelajaran Malaysia ?

by - Jumaat, Disember 13, 2013

"Assalamualaikum .. " .. Aku bg salam sebelum memasuki teksi yg dipandu oleh seorang lelaki berkopiah.

Dijawab salam aku dgn lembut sekali.

"Tuan nak ke mana ? ". Tanya pemandu teksi tersebut.

Bila aku dengar dia sebut 'Tuan' , aku pasti orangnya bukan calang calang.Aku hulurkan tiket yang aku beli tadi.

"Ke Kementerian Pelancongan". Aku balas dengan senyuman , walaupun dia tak nampak senyuman manis aku tu..

Bermula dari situ , kami mula berbual. Perbagai cerita dibuka dan segalanya berubah bila keluar cerita pasal blog. Segalanya bermula bila aku ditanya status aku yakni ..

"Cuti ke hari ni ? " ..

Hurmm .. katanya dia juga gemar membaca blog. Tapi agak kurang gemar blog politik sbb 'agak kotor' . Aku akui kata kata itu. Walaupun sesetengah blog politik ada menceritakan hakikat sebenarnya tetapi penyampaian agak kurang sesuai dan risau juga jadi fitnah. Katanya.

Aku tanya dia samada dia ada blog ? Dia ada tetapi lebih menulis sbg catatan kehidupannya . Dia teruskan ceritanya. Serius , aku kagum !! Satu ilmu baru utk aku hari ini bgmana nak dapatkan lg pembaca .. huhu..

Baru nak panas, dah sampai pon ke destinasi aku iaitu , Kementerian Pelancongan padahal aku nak ke Kementerian Pelajaran. Risau gak nak sebut Kementerian Pelajaran sbb ada dua tempat kat Putrajaya ni . Sebab tu aku terus sebut Kementerian Pelancongan jer..

"Saya dengar tuan kata nak ke Kementerian Pelancongan. ". Katanya.

" Memang saya sebut nak ke Kementerian Pelancongan tapi sbrnya saya nak ke Kementerian Pelajaran. Tak pe , saya jalan kaki je. ".

Bersalaman dan keluar terus dari teksi..

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

6 comments

  1. ape nama blog tuan teksi tu? hehe

    BalasPadam
  2. Apa nama blog pemandu teksi tu, abg ben? Nk tau jgk :)

    BalasPadam
  3. pemandu teksi skrg hebat, lyeen klu naik teksi dkt kl..pemandu teksi majoritinya yg suka berkongsi ilmu. Ada yg bekas cgu, ada yg bks pegawai....hebat!

    BalasPadam
  4. pemandu teksi biasanya mesti byak kemalangan kan..

    BalasPadam