Perempuan lagi bijak menawar ?

by - Rabu, Disember 25, 2013

 

Photo

Baru balik dari Bandar Baru Bangi .. Gi cari perabot kat sana .. hurm.. Penat pusing sana sini .. Plan nak cari katil dan tilam untuk wife nanti. Yelah , nanti dah bersalin .. dalam pantang , nak duduk bawah jer . Sian nak naik turun kalau duduk di bilik atas.

Cari punya cari .. masuk keluar satu satu kedai .. akhirnya kedai terhujung sekali jadi pilihan .Kenapa ? Sbb tawaran yang diberikan serta layanan yang menyakinkan aku. Hurmm ..

Cuma bab harga tu .. bapak kedekut laa nak kasi kurang. Ini clearance stok  katanya. Dah mmg kasi murah .. Aku letih nak menawar ngan bangla ni tapi aku kata boleh dapat murah lagi sbb bos dia yang berbangsa cina ada kat kedai berbanding kedai lain , cuma pekerja mereka je ada … yang terdiri dari bangla .. Pelik gak laa.. Apasal bangla semua ?? Huhuh..

Wife nak amik set katil serta almari.. Memula nak amik katil jer.. Cari murah je la .. Bajet bawah 1k jer .. Tapi bila dah tengok itu ini , dah jadi lain ceritanya. Hurm.. Aku , ok je la.. Sian gak la kat dia. Lama dah ajak pi cari..

Dia la yang tawar menawar. Aku ? Apa yang dioffer , tu je yang aku amik ! Hahahha .. Ada satu rak kasut. Bangla tu kasi RM299… Tak leh kurang.. Wife aku mintak gak tapi dia tak kasi. Pastu dia kata ..

“ Mahal .. saya boleh dapat murah lagi .. “.

“ Akak bajet berapa ? “. Dia tanya wife aku.

“ RM200 .. “ . Wife jawab..

“ R250 , ok ? “. Bangla tu cuma menawar lagi.

“ RM200 jer saya punya bajet.. “. Wife bagi kata putus.

“ Ok laa… RM200 angkat .. “. Dia senyum.

Hahahah.. Hampeehhh..

Aku pun nak try gak la menawar .. Wife aku tanya tempat sidai tuala yang diperbuat dari kayu.. Bangla tu letak harga , RM75. Aku mintak RM50.. Dia tak kasi.. Dia kasi RM60.. Aku try mintak lagi.. Dia tak leh kasi murah dah ..  Pastu wife aku menyelit..

“ Saya amik 2 .. RM100 , ok ? “ .

Ok , jawab bangla tu ! Mak aihhhhh … Ngan aku tak nak kasi ! Huuhhh.. Apaaaraaa !

Jadi aku rasa la kannn .. Kalau korang nak menawar dengan bangla ni , baik suruh je orang perempuan kita buat tawar menawar .. Orang perempuan ni , hati kering berbanding lelaki cam aku ni .. Tak dinafikan , ada lelaki gak hati kering .. lagi kering dari biskut kering  ! Kawan aku tu , kalau dia tawar .. aku rasa tokey kilang pon leh bankrupt ! Huhuh…

Akhirnya .. dari bajet nak RM500 terus hampir 2K ! Huhu… Lom cari katil Qhaliff lagi niii … Perghhhh .. Takde Kedai Perabot 1 Malaysia ke ? Hutang hari ni , lain tahun bayar ?

You May Also Like

8 comments

  1. haha..bangla ni lau dgn pompuan semacam je dorang..nak kena sekeh jugak bangla ni..

    BalasPadam
  2. oh mak qhaliff bersalin dan berpantang kat situ jeler yer, dapatlah baby putrajaya nanti kan.
    takper janji yang penting semuanya selamat dan selesa sebelum dan selepas.

    bila qhaliff dan adiknya depan mata takdelah jiwa kacau sangatkan ben.

    BalasPadam
  3. orang perempuan terer bab membodek!
    kih2.

    ada skil.

    BalasPadam
  4. Ha ha ha .. tu lah lelaki mmg tak leh menawar mudah naik angin , org perempuan Cool jerr last2 dapat kat dia ... oleh itu kita follow jerr biar dia yg tawar menawar he3 ..

    BalasPadam
  5. bab tawar menawar ni mmg suke..
    ayat yg selalu pakai.. "kalau sy beli brg byk ni dgn hrga sekian2..sy terus byar cash"...terus jadi..tak kira laki ke pmpuan...hehe.

    BalasPadam
  6. Baba tawar menawar ni la aku paling tak reti.. Orang ppuan memang ok bab ni..

    BalasPadam
  7. Saya tak pandai sangat tawar menawar haha..

    http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html

    BalasPadam