Selesai sudah ke kes air rumah aku ?

by - Isnin, Disember 02, 2013

 

Hurmm .. pemaju antar orangnya ke rumah aku tepat jam 10 pagi . Aku pun dah standby dah .. Selepas hantar wife ke pejabat , aku terus gi rumah aku. Semalam , tidur lagi di rumah orang tua aku . Qhaliff seronok la.. ramai kawan .. huhu .. Sepupu2 dia dari penang pon ada ..

Jadi apa kesnya ? Plumber tu pon check.. Dia kata saluram yang pecah tu berkemungkin dari paip yang disambung dari paip asal  sbb air keluar dari saluran sambungan. Maknanya bukan salah kontraktor pemaju . Aku terus call konraktor yang buat renovation rumah aku. Masih aku ingat lagi kata kata dia ..

“ Kalau ada apa apa problem walaupun dah abis tempoh waranti , bagitau je. Diorang datang buat.. “ .

Dan sejak minggu lepas , segalanya menghampakan ! Hampeehh ! Janji apa ? Tolong sambung sendiri .. Ok , sambung cerita.. Plumber tu call bos dia .. Bagitau apa kes.. Kemudian dia dengan sendirinya gi panjat bumbung rumah.

Pastu dia jerit.. Haaa .. Paip sambungan atas ni yang pecah ! Air keluar ikut saluran air hujan ! Aku tanya dia camana ? Dia kata dia boleh buatkan .. Cuma bayar upah dia je la.. Barang dia gi beli sendiri ..

Syukur , alhamdulillah !! Lega sungguh dengar . Maklumlah , dari kena pecah dinding atau tiles tu yang makan beribu tu , baik kena beratus je pon.. Tak mahal mana kalau rajin nak buat sendiri tapi aku malas ! Jadi aku bayar upah dia jer .. Selesai !

Photo

Punca sebenarnya !! Tu je pon !! Perghh… lega tapi lom selesai sbb aku lom test air lagi .. Dia kata lepas 2-3 jam , baru leh bukak air sbb takut gam tak elok melekat nanti ..

You May Also Like

2 comments

  1. semoga cpt selesai la mslh a.ben tu yer

    BalasPadam
  2. terima kasih ben. paip rumah saya pun dah ok alhamdulillah. tapi lain pulak caranya. tuan rumah sambung paip ke dapur dr bilik air. ok, terima kasih banyak2

    BalasPadam