Tak cukup beruntungkah kita ?

by - Khamis, Disember 12, 2013

Alhamdulillah .. misi melawat Penjara Kajang tercapai. Aku rasa sangat sangat bersyukur akan kebebasan yg aku miliki sekarang ini. Bila melihat banduan banduan yg berada di dlm sana , terasa seperti burung yg berada di dlm sangkar..

Aku ada beli sesuatu di dlm sana. Kain lap kaki buatan tangan.. Ada kawan blogger terdengar banduan wanita berkata ..

" Syukur ada org nak beli juga .. " ..

Hurm . Terus terang , barangan yg mereka buat mmg cantik cantik dan kelihatan sangat bermutu .. Aku rambang mata dalam tu jap. Nasib baik duit cukup cukup je bawak.. hahaha..

Apakah tujuan kami  ( bloggers ) ke sana ?? Tu nanti aku cerita dgn lebih lanjut. Ni aku nak tanya laa .. Kalau korang ada satu syarikat dan memerlukan tenaga mahir seperti pegawai IT , apakah kamu sanggup menerima bekas banduan yg punya kelayakkan sebagai salah seorang kakitangan ?

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

16 comments

  1. Bergantung pada kesalahan yang mereka lakukan.

    Tak berani nak ambil banduan yang melakukan kesalahan IT yang mampu mengugat negara atau company.

    Kalau hacker.. mungkin boleh dipertimbangkan he..23x

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  2. bagi saya siapa pon mereka,,mereka berhak di beri peluang kedua...in shaa allah jika saya seorang bos akan di pertimbangkan ikut kemahiran mereka...

    BalasPadam
  3. Wallahualam....Mungkin saya akan kaji latar belakar dan hubungannya dengan keluarga rapat. Selain itu, kecintaan pada Tuhan akan menjadi salah satu faktor penting. Saya percaya, sesiapa yang menjaga hubungannya dengan Tuhan, dia juga akan menjaga hubungannya sesama manusia. Just my 2 cents.

    Get your best supplement from supplementmama.com today!

    BalasPadam
  4. soalan tu buat kita berfikir. ckp mcm senang. terima je lah.. tp as employer, dorg akan pk risk. tp, kalau kita cuba bagi peluang, mgkn itu akan buat dia naik semangat n xkn wt apa2 kesalahan lagi. inshaa allah

    BalasPadam
  5. Bergantung kpd kesalahan pertama dulu...

    BalasPadam
  6. Yupp bergantung pd kesalahan yg membawa mereka jadi penghuni tirai besi, kalau pembunuh ke, perogol ke, x berani maaa.. tp setakat terlibat dlm 'tak kotor'... x per

    BalasPadam
  7. rasanya kebanyakan majikan xkan ambik mereka yg berstatus banduan.. sedangkan banduan patut diberi peluang kedua..tp x boleh nak salah 100% kat majikan..mreka mst ada sbb trtentu knp xnk ambik banduan bkerja nga mereka..


    iamliniey.blogspot.com

    BalasPadam
  8. kalau bekas-bekas banduan tu mampu buat kerja yg baik dengan jujur...i'll definitely will take then as part of my workers....mudah-mudahan tak jadik pape..insyaallah :)

    BalasPadam
  9. salam abg ben,

    betul ke kat penjara kajang ada banduan bidang jahitan? kita orang awam boleh request utk upah mereka tak? kalau abang ben tahu, share kan prosedurnya ye. saya ada terdengar kwn saya cerita ada yang tempah baju nikah di situ dan jahitan mereka pun cantik.

    tq

    BalasPadam
  10. oh ye abg ben. email saya: diahalida@gmail.com
    tq

    BalasPadam
  11. kalau saya, saya sanggup terima sebab orang yang pernah gagal / pernah buat kesalahan besar / pernah menerima hukuman berat akan :

    1).Menghargai kehidupan.
    2).Menghargai potensi diri.
    3).Orang yang diberikan peluang kedua akan lebih menghargai dan bersemangat tinggi sebab bukan senang nak dapat peluang setelah menjadi banduan.

    BalasPadam
  12. Sbg manusia yg tiada apa2. Sy akan kata sy amik sbb semua org mesti diberi peluang. Tpi jika saya bos, sy akan fikir 100 kali walaupun dia 100% berubah.

    BalasPadam
  13. Kalau saya baik ambil pekerja yg rekod bersih.

    BalasPadam
  14. Tak salah bagi mereka peluang.. dan kalau mereka masih buat kesilapan yang sama, negara kita kan ada undang-undang..

    BalasPadam
  15. Tak sabar nak tunggu kisah selanjutnya.

    BalasPadam