Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 2 Januari 2013

Dah berakal dia ..

 

9 bulan dah usia dia .. Genap 9 bulan .. Dan 9 bulan ni , dia dah tau macam macam .. Dia tau nama dia MUHAMMAD QHALIFF IMAN … Dia tau sapa ibu dia .. Dia kenal sapa ayah dia .. Banyak dah dia kenal .. Nak taip satu satu , tertidur korang .. huhu ..

Tapi yang tak bestnya , dia dah kenal bila daddy dia marah .. Hurm.. Secara automatik dia akan diam .. Dan terus merajuk.. Bukanlah daddy dia marah kat dia .. Budak apa tau kan ? Hehehe ..

Perkara begini , patut dielakkan berlaku depan anak kecik kita. Mereka belajar .. Mereka melihat .. Secara tidak langsung membentuk peribadi mereka sendiri ..

Yup .. kena ubah.. Tak kira sapa pun , elakkan sifat sifat negatif disekeliling bayi atau anak kecil .. Mereka sedang membesar bagai johan .. Tamo naib johan .. Kita pastikan mereka jadi johan !

Hurm.. Nampak mudah , tapi sukar .. Kena belajar mengawal diri ..

Aku suka gambar lucah ni !

 

 

Pandang betul betul .. Nampak melucahkan tak gambar tu ? Kan ? Haaa.. aku tau dah .. Kalau dipandang dari sudut otak kotor , lembu pakaikan skirt pon nampak menghairahkan .. kan ?

Kita ada akal .. Guna .. Jangan taruk kat kepala lutut pastu guna kepala lutut taruk kat otak untuk berfikir .. Mudah kan ? Akal yang ada di otak  tu , gunakan semaksima yang boleh .. Dan hasilnya , walaahh .. Tapi perlu ingat , setiap analisa perlu seiring dengan ilmu. Jangan main ‘pikiaq ikut dan  ‘ je kata mak aku ..

Itulah yang terjadi pada sahabat baik aku aka jiran  aku awal tahun ni .. Mungkin ada yang mintak fikir secara positif dan ada yang suruh buka minda. Tapi kalau kena kat batang hidung kita sendiri , bolehkan kita terima ? Apatah lagi perbandingan tersebut amatlah tidak adil sama sekali ..

Dan kita sendiri , perlu bertindak dengan bijaksana .. Kematangan fikiran akan menentukan siapakah kita sebenarnya . Mungkin pengalaman sedikit sebanyak membantu kita dalam membuat keputusan.

Apa pun , tepuk dada sendiri tanya selera sendiri. Jangan gatal nak gi tepuk dada anak dara lak ! Kang tak pasal pasal , tanya selera warden penjara ..

Taska BEN ASHAARI akan dibuka ..

 

Tujuan aku ke rumah mak aku adalah untuk Qhaliff bergaul dengan sepupu sepupu dia .. Kira nak kasi dia bersosial dengan cara selamat .. Tak la terkejut nanti .. Hehehe ..

Tapi , disebabkan sesi persekolah dan bermula … maka … maka .. Aku kena jaga kesemua budak budak kecik tu termasuk Qhaliff ! Ingatkan dapat la buat kerja dengan tenang bila letak sini tapi .. hahahaha..

Namun segalanya dah jadi ok bila ada wifi maxis ni haaa .. Bila mak aku balik , dia leh tengokkan budak budak tu jap dan aku pun leh update blog jap .. hehe ..

Hehe .. Dah leh bukak taska dah aku ni .. Tapi .. tapi .. tapi .. aku tak sanggup .. huhu .. Tak sanggup woooo .. Respek kat ibu yang berjaya membesarkan anak mereka yang ramai ramai tu … Dan berjaya menjadi ‘manusia’ ..

Menda alah kat atas ni lak , kalau digunakan disaat genting , mmg berbaloi .. Heheh .. Kalau tak , hp aku sendiri pon ok dah .. hehehe .. Apa pun setiap menda ada kelebihan dan kekurangan .. cam kita gak .. kan kan ?

Qhaliff tamo dgn aku !

Amboii .. Kalau mak aku ada rumah , senang benar Qhaliff tidur dalam buaian tuuu .. Aku try gak tidurkan dia dlm buaian tu tp tamo malah siap dia 'membebel' dlm tu Haaaa ..

Putus ada nak tidurkan dia .. Serah kat 'otai' .. Tak sampai 10 minit , lenaaaaa..'. Huwaaaa...

Skang , aku kat umah mak aku.. Bekalan air sini , terputus. Jadi , guna je mana mana bekalan yang ada .. Semua ni , mengimbas kembali zaman persekolahan aku.. Camni la jugak.. Air taraakk..

Dan Qhaliff .. air ada ke takde ,lena tetap lenaaaa ... nanti besar , baru dia tau kehidupan di dunia ini ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Mudah benar lafaz cerai ..

Apa jadi pada anak anak bila kedua ibu bapa mereka bercerai ? Hurm.. Anak anak jadi mangsa ?

Mungkin ada yg fikir cukuplah dgn nafkah susu  makan , pakaian mereka.. Lepas dah tanggungjawab bila dah bercerai..

Camana dengan pendidikan anak anak itu ? Tunggu cukup tahun , hantar je ke sekolah kerajaan.. Apakah yang terjadi ? Anak anak lain , dah disediakan dgn asas sblm sekolah bermula tp anak malang itu , terkontang kantinglah dia melainkan penjaganya mengambil berat ..

Kalau ibu yang jaga , maka seronolah bekas suaminya.Sesekali je amik utk lepaskan rindu pastu serah semula.. Bab lain, cukup bulan bagi duit.. Tu je ??

Bercinta , mmg best .. apatah lagi tak kira dah status atau pangkat .. Bab duit semua , tolak tepi.. Yang penting hati !! Yang penting , hati jangan dicalari !!

Hurmmm .. Manusia dan hati ... Pernah dgr org kata .. Ikut hati , mati .. Fikirkan sebelum buat keputusan utk masa depan..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kalau isteri madukan suami ?

 

Ada yang tanya kat aku bila aku dok sebut pasal madu .. “ Camana rasa suami bila isteri boleh madukan mereka ?? “ ..

Rasa apa ? Rasa apa ehh .. Rasa nak gelak , boleh ??

image

Hehehe .. Pelik ? Tak aihhh .. Ramai dah teringin nak memadukan suami mereka .. Cuma tak jumpa jalan lagi.. Jalan yang ada sekarang ni pon , cuma jalan ke neraka jer ..

Hehehe.. Laki madukan isteri mereka ? Boleh ? Halaall .. lallaala..

“ Selamat pagi ,Cikgu Ben ! “

 

Waahhh .. rindu giler dengan ucapan tuu.. Masuk tahun ni dah , er… bertahun tahun lamanya aku tinggalkan profesion perguruan .. Eceh .. Profesion la sangat .. Hahahaha ..

Walaupun sekadar guru sandaran , bakti mereka ni janganlah diperkecilkan . Kalau takde guru sandaran , guru tetap ni merana wooo .. Nak cuti pon susah .. Nak mc pon perit .. Yelah , sapa nak jaga kelas mereka. Guru tetap yang sedia ada pun dah penuh jadual harian mereka .. Nak suruh guru besar ? Mimpi laaa.. Zaman aku dulu je guru besar rajin nak ganti guru kecik ni haaa.. Zaman ni , susah dahh nk jumpaa..

Guru , adalah antara pekerjaan yang mulia.Sapa sapa saja leh apply jadi guru.. Sapa saja layak jadi guru tapi berapa ramai yg benar benar bergelar guru ? Tak ramai ok !! Hanya mereka yang bergelar guru saja tau akan hakikat itu ..

Apa pun , hari ini hari pertama persekolah sesi 2013 .. Buat guru guru yang baru mula mengajar , selamat bertugas . Buat guru guru yang dah lama , sila beri tunjuk ajar pada junior dan buat pelajar pelajar , sila ambil kesempatan ini untuk membalas jasa kedua ibu bapa anda dengan menjadi anak yang cemerlang dan juga buat diri sendiri agar punya masa depan yang gemilang ..

Perghh.. aku macam bagi ucapan kat perhimpunan lak .. Hahahah ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI