Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 10 Januari 2013

Bila Qhalif jadi HARIMAU MALAYA !

 

Setibanya aku di rumah selepas gi jemput anak buah aku ( entri yang bertaju Menunggu ‘anak buah’ yang tak gugur-gugur lagi ! ) , aku ketawa besar tengok si Qhaliff dengan baju yang mak aku pakaikan pada dia .. Dah macam anak harimau lak gayanya ! Hahaha …

Dan cam biasa .. Bila anak rimau jumpa bapak rimau , maka berposing jer laaa .. hehehe ..

Er .. kawan kawan kat FB kata , muka copy paste.. Yeke ? Aku rasa … er.. korang rasa ?

Lama dah aku bilang .. tapi mereka tak percaya !! Bermakna , aku cute la kan ? Lalalalala ..

Menunggu ‘anak buah’ yang tak gugur-gugur lagi !

 

Aban .. Hang pi amik Aniq sat kat sekolah. Dia suh pi amik dia .. “

Adik aku bagi arahan kat aku. Anak buah punya pasal , tak pe laa.. Gi aja ..

“ Hang bawak Dania. Dia tau sekolah mana .. “

Aku tanpa banyak cerita , terus tarik tangan Dania dan keluar dari rumah.  Jam menunjukkan 3.35 … Lagi 5 minit dia balik .. Jalan pantas pantas .. hehe ..

Sampai sekolah tu .. Sunyi sepi ! Huh !! Biar betull .. Takkan semua murid dia diajar tidur petang kot ? Kalau aku jadi cikgu , mungkin la kot…

“ Kepala semua atas meja ! Sapa angkat kepala , dia berdiri atas meja sampai balik !! “

 

Aku pandang ke dalam sekolah ! Bayang cikgu pon tak nampak !! Hurmm.. Takkan diorang ada kokurikulum kat stadium kot ?? Hurmm ..

Setelah hampir 20 minit berdiri kat situ , takde apa apa gak.. Tetiba , mak aku call ..

“ Hang ada mana ? “

“ Depan sekolah dia la ni .. Dania kata sekolah ni .. “

“ Sekolah mana ? “

“ Sekolah cina ni laa .. “ . Aku jawab..

“ Bukan sekolah tu laaa .. Tuuu .. Sekolah agama kat masjid tu .. “

Aku pandang anak buah aku tu , kecik besar kecik besar jer !!

Grrr ….

Sian je tengok anak kita, kan ?

 

Apa nasib anak kita kalau kita tiada lagi ? Dengan usia sebegitu muda , yang boleh harapkan untuk jaga mereka ni cumalah atuk nenek mereka yang dah tak kuat mana dah tu. Lainlah kalau atuk nenek dia jutawan kan ?

Hurm … Kalau mak ayah takde .. di mana mereka nak mengadu nasib ? Samakah belaian yang akan mereka nikmati ? Aihh .. kesian ..

Kalau dah boleh berdikari , lain cerita .. Tapi kalau dengan nak berjalan pon tak boleh , dapat kat keluarga angkat yang serupa macam … hurm.. Nak sebut pon tak tergamak ! Tak ke naya ? Kalau dapat kat keluarga angkat yang ok , tak pe la .. Alhamdulillah ..

Tapi sayang kan ? Ada yang dapat kasih sayang dari mak ayahnya , bila dah besar .. lupa segalanya . Tak ke terpikir betapa beruntungnya kita tak ditinggalkan di tepi tong sampah dan dihurungi lalat ?

Amik kau !!

 

Polis Tembak Mati Dua Daripada Tujuh Suspek Loloskan Diri Daripada Tahanan

Tajuk berita yang aku nampak di Mstar Online .Terlupa seketika nak baca kisah pelakon kongkong makwe dia yang dah cukup popular tu haaa .. Ala , semua orang tau ..

Tahniah PDRM .. Ada lagi 5 penjenayah dicari.. Hurm.. Bahaya zaman sekarang ni .Polis tidak lagi ditakuti oleh penjenayah. Ada yang terang terang buat jenayah depan mereka .. Kenapa semua ini boleh berlaku ? Sebabnya .. sebabnya .. Kita semua tahu sebabnya .. Menyampahkan ?

Tapi bukan semua polis begitu. Hanya yang tak sayangkan negaranya , gadaikan maruah dirinya begitu saja. Langgar amanah yang dilafazkan. Kerana apa ?

Tahniah sekalli lagi buat PDRM dan juga anggota mereka yang benar benar mengadaikan nyawa demi negara tercinta !! Tabik spring !! 100 kali.. Er , penat gak .. huhu ..

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET | Promo Januari

 

PROMO JANUARI: Buy 6 FREE 1...
ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT)
Sangat sesuai bagi mereka yang tgh mencari supplemen untuk Ayah, Ibu, Mertua, Datuk & Nenek tersayang.

Untuk MEMELIHARA KESELESAAN SENDI mereka moga mereka dapat menjalankan aktiviti seharian TANPA BATASAN. Ramai yang belikan untuk Ayah & Mak semasa menunaikan HAJI supaya mereka boleh beribadat dengan lancar di TANAH SUCI.

Masalah sendi bukan sahaja menyerang orang-orang yang berusia sahaja. Malah ada yang belum pun mencapai umur 40-an telah mengalami masalah sendi seperti sakit lutut dan GOUT.

5 golongan yang BERISIKO mengalami penyakit sendi:

  1. Pemain bola sepak atau atlet yang terlibat dengan sukan yang banyak menggunakan lutut seperti lumba lari, ragbi dan banyak lg.
  2. Individu yang mengalami obesiti.
  3. Individu yang mempunyai masalah lemah otot peha sejak kecil.
  4. Individu yg sudah berusia.
  5. Individu yang sering mengangkat barang-barang yang sangat berat. (Buat kerja berat).

Nak amik 1 botol boleh...2  botol boleh...3 botol boleh...4-5 botol pun boleh.. Kalau nak amik 6 botol lagi jimat sebab FREE 1 botol + postage HANYA RM10. Beli 6 boleh bagi Ayah, Mak, Mertua, Atuk, Nenek serta stok untuk diri sendiri.
Memang BERBALOI!!!.

Nak tau dengan lebih lanjut , sila klik SINI

Kalau anak kesayangan kita didera pengasuh ..

 

Dan tiada tindakan diambil terhadap pengasuh itu .. Hanya diberikan peringatan saja . Kalau deranya cuma guna kata kata , tak pe la gak kan ? Tp siap kena tampar dan campak , camana tu ?

Kenapa tiada tindakan ? Hurm… Inilah Malaysia yang semua orang tau ! Tau sesangat sangat.. Kang kalau aku tulis lelebih , dikatakan tulisan aku menghasut. Atau paling tidak pun dikatakan bermotifkan politik ..

Bayangkan kalau anak kita yang kena ? Anak orang lain atau anak kawan kita , boleh la kita suruh dia bersabar.. Kita sendiri ? Berasap woii !!

Semalam , terjumpa kawan aku yang mana ada aku upkan dalam blog kisah anaknya didera pengasuh di sebuah pusat asuhan yang.. erm.. Korang g la baca sendiri kat blog dia .. cari je PAPA BLOGGER .. ada dia bagitau kat mana ..  Merah mata dia dan sugul je isterinya. Yelah , anak mereka dihantar ke kampung sebab takde orang jaga.  Serik nak antar ke pengasuh dah , kata mereka. Lom ada keberanian .

Kesian .. Bayangkan tiada tindakan dikenakan ! Nak masuk akhbar baru nak buat tindakan ke ? Semua benda perlu masuk dalam akhbar , baru nak tunjuk buat kerja ?

Inilah Malaysia .. tanah air ku , yang dicintai …

Kabinet TV tajaan Perabut Unggul !

 

Alhamdulillah .. Perjumpaan dengan orang besar serta staff Perabut Unggul berjalan dengan lancar semalam . Satu perbincangan santai telah pun menemui kata sepakat.. Mesyuarat terpaksa ditunda kerana Qhaliff dah naik bosan . Takde rakan sebaya dalam tu dia .. Hahahah ..

image

Langkah seterusnya ialah menanti cadangan dari pakar perunding rekabentuk mereka yang akan datang pada hari Sabtu ni . Mereka nak tengok dulu rumah pastu akan bagi cadangan dan design yang sesuai dengan mood rumah aku tu .. Hehe.. Tak sabar la pulak ..

Selepas perbincangan tu , aku pusing jap kilang milik PERABUT UNGGUL SDN BHD yang terletak di 125 & 126, Jalan Nilai 3/14,
Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Erk , dari rumah aku , tak jauh pun. Dalam 25km je .. Hehe..

Aku tengok sendiri la bagaimana pekerja mereka begitu komited menyiapkan segala perabut yang ditempah . Hurmm .. Ok gak kan ? Direct dari kilang mereka sendiri ..

 

 

Tak sabar pulak nak tunggu hari Sabtu ni .. hehe .. Nak gak tau apa pendapat mereka pada ruang tamu aku tu . Kot la boleh bagi idea yang menarik .. Maklumlah , aku kan kerja dalam rumah tu .. hehe .. Penting untuk mood aku ..

Kalau ikut dari design yang mereka ada , mmg cantik cantik la .. Namun aku yang dah terkena berkali kali ni perlulah berhati hati. Sebab itu aku nak dengar sendiri pendapat dari pakar Perabut Unggul ni .. Hehe ..

Apa pun , sabar dululah yer .. Minggu depan aku cerita lagi pasal ni selepas pihak Perabut Unggul ni datang ke rumah baru aku .. Lalalalalla …

Bagi yang tak pernah dengar nama Perabut Unggul ni , bolehlah gi ke laman web rasmi mereka di http://perabut-unggul.com/ .. Yup .. Mana tau kalau korang nak renovate rumah kan ? Leh je g mintak pendapat mereka dan kalau berkenan .. apa lagi kan ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI