Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 12 Januari 2013

Perabut Unggul : Ukur dan pilih rekabentuk Kabinet TV

 

Buat yang tak tau lagi .. Aku kan dapat tajaan kabinet Tv yang aku idamkan sangat sangat … Hehehe .. Sangat sangat sangat okeh !!  Baca entri Kabinet TV tajaan Perabut Unggul ! ni ..

Seperti yang dijanjikan , setelah mereka sesat mencari rumah aku berjam lamanya ( kesian .. salah aku gak sbb bg no tel tak betul .. maaf yer ) akhirnya mereka ketemu juga rumah aku yg belum cun itu ..

En. Ayie datang bersama sama rakannya dan disusuli pelajar pelajar USIM yang mana merekalah mencadangkan nama aku pada PERABUT UNGGUL bg projek bersama mereka ..

Ukuran diambil terlebih dahulu .. hehe .. Nak besar mana ? Perghh.. Kalau aku ada tv size 100 inci , confirm aku buat mini panggung dalam rumah aku .. hehe .. Jadi guna je la size 40 inci yang baru dibeli tu haa.. hehe ..

  

Kemudian pemilihan warna dan rekabentuk .. Part ni mmg buntu giler aku .. Tak tau nak pilih camana untuk diserasikan dengan sofa dan juga dinding ..

Setelah perbincangan hampir sejam termasuk mintak mereka checkkan kabinet dapur untuk mendapatkan pandangan mereka dari sudut pengalaman mereka dan mereka mengesan beberapa kerosakkan yg ada pada kabinet dapur aku tu ..Hurmmm ..Esok kena call kontraktor yang buat tu untuk mintak mereka repair .. Grrr..

Selesai part ukur dan rekabentuk .. Minggu depan tunggu design dalam bentuk 3D , inshaAllah .. Huhu.

Mesyuarat penduduk ? Gulp..

Borak dgn jiran di rumah baru aku ni .Katanya ada mesyuarat penduduk jam 3 nanti .. Dan dan kepala aku pening .. Hahaha.. Tak suka betul aku dgn agenda agenda ni !

Tapi memikirkan yg aku sekeluarga akan menetap di sini utk tempoh waktu yg lama, jadi aku nekad gi gak la !!

Tiba masanya..dgn gagah perkasa aku ke tempat yg disediakan.. Hehe .. Saja gi lewat. Tak la jadi pengacara majlis ( juruacara) .. hehehe ..

Satu demi satu isu diutarakan dan aku hanya cakap ..

" Setujuuuuuu .. "

Perghhh ... Nasib baik tak pegang apa apa jawatan .. huhu .. Lega sehh .. Ikutkan aku nak mintak jawatan Timbalan Perdana Menteri .. tp tak dipertandingkan ..

Mesyuarat disambung .. hehehe.. phewww...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Mana satu betul ni ? Tonto ke orang ramai ?

 

image

Dalam Hmetro kata , yang bikin hal ialah Tonto tapi dalam Sinar Harian Online  lak , ceritanya lain.. Sangat berbeza.. Mana satu yang betul ?

Ke aku yang tak reti membaca ni ? Huhuh..

 

image

Adoi anak aku neh !!

 

Grrr !! Apa angkat angkat tangan ? Ingat bos besar ke ???

Hurmm.. Boleh dia nak telan tudung botol susu dia ni ??? Mulut kecik tapi nafsu besar !! Grrrrr !! Nasib baik sempat tarik keluar dari mulut dia .. Kalau tak ?? Kalau takkkkk ???? Eh .. Macam muat .. hehehe ..

Movie Korea : THE TOWER

 

Satu kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan tapi disebabkan kerana sifat manusia yang terlalu mengejar duniawi , maka banyak nyawa terkorban !

Bila kejadian tu berlaku , aku terus whatsapp wife di rumah. Suruh check semula dapur untuk pastikan segalanya dalam keadaan selamat ..

Bukan apa .. Kita selalu pandang remeh perkara yang kecil tapi yang kecil itulah akan menyebabkan kemusnahan ! Jangan ambil mudah perkara perkara begini ..

Dan hargailah mereka yang tercinta .. Baru aku dapat rasakan andai ianya berlaku pada anak aku. Betapa aku sendiri akan mengorbankan nyawa aku untuk menyelamatkan keluarga serta  orang tercinta ..

Pengajaran yang aku dapat dari filem THE TOWER .. Kerana mengejar wang ringgit , nyawa jadi pertaruhan .. Berbaloi utk ditonton !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI