Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 13 Januari 2013

Kali pertama tanpa Qhaliff..

Tinggalkan Qhaliff kat rumah mak aku .. Mak aku jaga mlm ni..  Destinasi , Jalan TAR.. Wife lama sangat nak cari tudung.. Siannn.. Asik tak berkesempatan jer ..

Terpaksa tinggalkan dia sbb ni time dia tdo dan dia pun masih lg dok berak berak walaupun dah semakin ok..

Esok , meeting ngan DUNIA HERBS pasal job jadi Duta tu .. Qhaliff cmna lak ? Nak tinggalkan pada siapa ???

Hurmm..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Senyum suka la dia ..

Bila nampak si baby sun senyum, dia balas senyuman tu.. huhu .. Sejuk hati ayah tgk senyuman penuh ikhlas tu ..

Hurm..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bangsa kita meniaga ..

 

Bukan semua yer tapi kita sedia maklum , sememangnya inilah perangai orang kita bila berniaga !! Pantang maju skit , mulalah pelanggan dipandangnya sebelah mata .. Hurmm ..

image

Ini kali ke tiga aku ‘terkena’ dengan khidmat orang gaji mengikut hari .. Hurmm .. Aku pernah cerita dulu dalam blog .. Memula serik gak tapi bila ada orang hantar flyers ke rumah aku , aku ingatkan mungkin diorang ni lebih profesional sbb sanggup mempromosikan bisnis mereka secara besar-besaran ..

Bila baca flyers tu , aku syorkan pada wife walaupun dia tak nak .. Amik 2 orang maid untuk kemaskan rumah baru aku . Huhu .. Tolong wife .. Sian dia kan kan ? Hehe ..

Minggu lepas buat tempahan .. Call dan kemudiannya bagi alamat rumah untuk mereka hantar . Siap kata kena charge tambahan sbb mereka guna pengangkutan sendiri. Ok je aku .. Tak kisah ..

Dan sampai masa yang dijanjikan iaitu pagi ni jam 10.30 .. Aku yang pagi tadi g gym pon tak puas bersenam sbb nak kejar masa , kelam kabut ke rumah baru agar mereka tidak menunggu aku (sekeluarga).

Kul 10 pagi , wife call diorang.. Tak angkat… Call lagi dan lagi .. Tak jawab. Tak lama kemudian , diorang call .. Diorang tanya siapa ni , dah hantar alamat ke ? Dan akhirnya diaorang pekerja mereka tak datang hari ni !! Boleh ??? Kalau tak datang , tak leh bagitau ke ? Tak boleh call ke ? Perghh .. Best kan ?

Hurm.. Ni bukan sekali dah aku buat deal ngan orang kita. Ada jugak isu lain tapi aku pk positif je la.. Belajar bersyukur .. Apa pun , aku serik dan semua ni beri aku pengalaman untuk berdepan dengan mereka yang ‘bijaksana’ dalam berniaga ..

Dikala mereka masih enak tidur ..

Hujan ..Sedap gile tdo ni tp aku tamoo .. Aku g gym pon best .. Terasa masa dibazirkan begitu saja jika aku layan kemengantukan aku itu ..

Janji keluar peluh ..Sementara masih mampu mengeluarkannya .. Huhu .. Nikmat hujung minggu jgn dipersiakan ..

Jangan kata aku duduk rumah , keje tak teruk ..Teruk gak.. Bangun gak lepas subuh .. G jogging .. Antar wife .. Uruskan anak .. Buat keje aku lg .. Mlm , kul 12 br dpt tidur..Rutin setiap hari .. Sama gak kan ?

Jadi , nikmati cuti kita dengan sebaik mungkin ...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI