Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 24 Januari 2013

Qhaliff nak adik , dah !!

 

-iklan sat-

Sedap dan punya khasiat ! Klik SINI untuk lebih lanjut ..

___________________________

Qhaliff ke daddy yang nak ni ??? Heheh.. Bila tengok bayi baru lahir .. terasa rindu saat saat Qhaliff berusia sehari dulu.. Benarlah kata mereka , mmg rindu sangat nak rasa detik tu kembali walaupun pasti akan menempuh saat saat mendebarkan .. hehe ..

Aku .. aku dah semakin tua .. Tapi kalau kat barat , time ni la baru nak buat anak .. Kata mereka bagus .. Aku tak sure la bagus tang mana .. hehehe .. Tak kisah la mana pun.. Asal mampu , jalankan ajaaa dong ..

Buat masa terdekat ni , Qhaliff lom leh ada adik .. Kena tunggu setahun lebih , baru boleh .. Maklumlah , operation.. Kena tunggu sembuh betul , baru boleh ..

Tapi , kalau private hospital … diorang kata ok je.. Takde masalah .. Masalahnya lebih pada hospital kerajaan.. Hurmm .. Aku pon tak pasti la.. Aku bukan doktor .. hehe .. Nurse , jauh sekali .. Tu pun , orang orang yang cakap ..

Ikut aku, setiap tahun keluar .. hehehe .. Ada jugak bukak taska .. hehe..

Bank Idea KPT - Peluang untuk salur idea anda !

Ternampak sewaktu menunggu wife kelmarin. Memandangkan rakan-rakan kat blog aku ni ramai yg bijak bijak senantiasa dipenuhi oleh idea idea yg membina , apa kata salurkan ke tempat yg sepatutnya ..hehe ..

Utk lebih lanjut ,sila ke laman web opt .. www.mohe.gov.my

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jangan pandang ringan ...

Qhaliff dok tidur kat atas tu .. Lenaaaa .. Sapa jaga dia kalau aku dok ralit dgn laptop dan wife nak memasak ??

Tak pe .. pk positif.. Lena .. Mesti lama tdo tu .. Tp kalau dia jaga tanpa kita sedari ? Mesti dia akan merayau dlm bilik tu. Kalau jumpa sesuatu yg mampu mengancam nyawanya ??

Fikir panjang panjang setiap perkara. Pikir pendek , jadi cam dalam gambar tu. Bukan kehendak kita tp kita mampu elakkan ... Guna akal !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cemburukah mereka ?

 

Baby yg masih ‘putih’  itu pun dah reti cemburu terutama bila ibunya mendukung baby lain . Hehe..

Cemburu itu nikmat  tapi jadi bala bila terlampau ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Asalkan duit ! Janji ‘masyuk’ …

 

Awie kata Tan Sri Jojo bukak  Hard Rock Café , ok je ! Kenapa dia bukak kelab , ramai orang bising ? Hurmm .. Aku rasa la kan , orang tak kisah apa Tan Sri Jojo tu buat .. Lantak dia la.. Tapi orang yang bising tu sebenarnya sayang kat bro Awie ni ! Serius , aku pun sayang ! Sebagai peminat ! Aku mmg minat giler kat Wings dan Search .. Sebab tu ramai yang bising .. Sbb sayang ..

Apakah buka kelab saja boleh buat duit ? Hurmmm .. Fikirkan juga soal keberkatan hidup dan juga rahmatNya .. Memanglah itu antara kita dengan Allah . Tapi sebagai saudara seagama , kita perlu ‘tegur' menegur’ .. Kita mati sorang sorang tau .. Atau dunia ni je kita ‘beramai-ramai’ ..

Teringat kata seorang kawan ni .. Dia kata dia ‘terpaksa’ buat kerja di sebelah malam dengan jadi bouncer ( pegawal peribadi) di sebuah kelab malam .. Katanya bayaran lumayan dan kerja tak susah .. Hurmm .. Aku pesan kat dia , jgn lupa soal BERKAT .. Soal Halal Haram tu , sendiri dah tau .. Mungkin dia terlupa soal KEBERKATAN ..

Aku pernah nganggur bertahun tahun pastu kerja , gaji rendah. Aku ikut kawan aku meniaga ringtones utk handphone di pasar malam. Bayaran , tak seberapa tapi aku puas sbb aku tak perlu pukul orang , tak perlu tengok orang minum arak dan aku gembira tengok . Tak lumayan tapi ok la.. Dapat gak isi poket dan guna duit tu gi gym ..

Bila kita nak mencontohi seseorang , ikutlah yang benar… Salam Maulidur Rasul …

 

Foto

Tak sabar nak tengok filem terbaru Mamat Khalid yg penuh dengan maksud tersiratnya .. Bro Awie .. Semoga Allah merahmati anda .. Respek lu ! Bukan respek bukak kelab tu tapi suara bro dalam album Wings… hehe ..

Apabila isteri, dua anak akibat dihempap lori 10 tan..

 

Terbaca di SINAR HARIAN , walaupun tak suka , aku baca gak sbb bukan orang tu yang punya ! Weekkk .. Er , ada isu dulu la dengan orang yang mengatakan dia kerja kat Sinar Harian .. Kononnya la.. Dangkal sungguh ..

Haa.. Sambung cerita .. Kejadian dimana lori seberat 10 tan yang sarat membawa muatan dari Air Hitam menghala ke Muar cuba memintas kereta Proton Persona dipandu Ngaisah yang ketika itu sedang membelok ke kiri untuk pulang ke rumahnya.

Malangnya, lori terbabit hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan keseluruhan muatan barangan konkrit bahan binaan itu bertaburan dan menghempap kereta dipandu guru Matematik itu.

Laung nama isteri, anak-anak

Laung nama isteri, anak-anak

Cerita lanjut , korang boleh baca di SINI . Al-fatihah buat kesemua mangsa ..

Malam semalam , hujan lebat kan ? Dari Putrajaya ke Puchong. Aku menghala ke Sungai Buloh . Sangat sangat lebat. Aku memperlahankan kenderaan . Begitu juga dengan kenderaan lain .. Malangnya kebanyakkan yang menderu laju ialah lori lori yang punya muatan. Seram betul aku tengok . Cukup risau kalau lalu sebelah aku terutama yang bawak besi atau konkrit seperti diatas ..

Tak sangka rupanya berlaku juga .. Bila berlaku, apa jadi ? Pemandu cepat cepat melarikan diri .. Alasan takut kena belasah . Hurmm.. Kenapa tak fikir panjang sewaktu nak melakukan tindakan tu ? Tak ke sedar apa yang dibawa ‘dibahunya’ itu ????

Bila aku up cerita begini , adalah yang komen kata suami dia bawak lori.. Tak baik kata gitu .. Ayah dia bawak lori , ok jer .. Adik ipar aku pun bawak lori.. Mak ayah aku pun bawah bas sekolah … Adik beradik aku pun bawak bas sekolah .. Tapi ikutlah peraturan .. Kalau tak ikut peraturan , mmg terasalah dengan apa yang aku sampaikan ..

Diorang bawak kenderaan besar pastu himpit yang kecik kecik ni .. Akal takde ke ?? Tak kira la lori ke pacuan 4 roda ke .. Sama jer.. Terasa besar sangat ke ? Kalau tak sayangkan nyawa sendiri bayangkan jika berlaku pada anak bini !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI