Senang cerita kalau kita tahu T&C ! Kalau main dengar cakap orang kat telefon atau kat kaunter yang mana mungkin mereka cuma baca kat buku atau sekadar tau , mmg jadi kes cam aku !
Dalam entri luahan masalah aku , telah menarik perhatian seorang rakan blogger dan membantu aku menyelesaikannya hanya di Twitter ..

Cerita banyak takde , lepas solat Jumaat .. aku ngan wife kembali ke TMPoint Cyberjaya .. Pergi dengan maklumat terkini yang terang lagi sahih ! Haaa ..
Memula kes tutup akaun .. Selesai selepas tunjukkan segala bukti pembayaran online , kes ditutup padahal masa call centre tadi , customer service yang jawab kata tak leh tutup selagi tak bayar baki yakni RM450 ( untuk pertukaran decoder yang rosak ).
Ok .. Pastu giliran aku lak tanya kat kaunter reception tu .. Pelik gak aku bila tengok kaunter reception .. Ada dua orang bertugas tapi urus mcm mcm hal sebelum pas ke kaunter otai .. Maunya tak ramai hurung kaunter tu ! Huhu.. Kesian gak tapi bila mengenangkan nasib aku yang mana mereka tak reti nak rujuk pada otai otai dan main jawab ikut apa yang mereka tahu , kesian aku hilang jap ..
Aku tanya kat awek tu pasal barang barang yang aku serah kat mereka pagi tadi setelah dimintak oleh awek free hair tu .. Kat situ ada 2 orang … Sorang bertudung dan sorang lagi free hair .. Yang bertudung tu , reti gak nak senyum dan yang free hair , aku anggap dia dok gaduh ngan bf .. Pk positif .. Tu pasal masam kot ?
Awek bertudung tu jawab ..
“ Memang gitu.. kontrak 2 tahun , mmg kena pulang semula barang barang tu .. “ .
Aku kata kat dia .. “ Kawan saya kerja di bahagian sales lak kata lain .. Dia kata kalau lebih dari setahun , sememangnya jadi hak milik kecuali set BTU tu jer .. “.
Aku sebenarnya tak nak pun menda menda tu .. Tapi saja nak dapatkan maklumat mengenai UNIFI ni dengan lebih lanjut .. Yelah ,leh kongsi info ngan korang .. kan kan ?
Dia berkeras dan kemudian tekan butang nombor .. Untuk refer upper level .. Ke kaunter otai.. Haaa.. Kan senang ? Aku tunggu hampir 15 minit sebelum dipanggil …
Sampai giliran aku .. Aku gi dan cakap terus kat dia .. Korang tau apa jawapan dia ?
“ Memang pon.. Setahun je .. Pastu mmg jadi hak pengguna kecuali BTU .. Encik ada bg ke pagi tadi .. ? “.
Grrrr ….. Geram betul aku .. Apahal diorang ni tak nak rujuk kat otai otai ni ? Main suka suka jawab jer ? Padahal tak sampai 3 langkah untuk ke meja diorang ..
Setelah aku bagi resit pembayaran , dia masuk dan terus cari semua barang barang (router wifi , phone , decoder ) yang aku serahkan pada mereka pagi tadi ..
Haaa.. Tak sampai 5 minit selesai masalah aku ! Dia mintak maaf pada aku . Aku kata tak pe .. Dan sempat tinggalkan pesanan pada dia ..
“ Kalau boleh , maklumat maklumat terkini kongsi dengan kaunter depan tu .. Diorang macam tak tau apa apa jer .. Main belasah je jawab.. “.
Dia senyum dan ucap terima kasih. Aku balas senyuman dengan hati berbunga bunga. Nak je aku gi kat kaunter tu dan kata ..
“ Lain kali sekolah bagi abis .. Jangan sekerat jalan .. “ . Tapi aku tak sampai hati .. Biar senior diorang je belasah diorang .. Huh !
Nasihat kat korang .. Apa apa urusan berkenaan dengan DUIT , jangan la dengar terus cakap orang dalam telefon atau kaunter .. Tak puashati kalu , terus ke orang dalam .. Senang .. Biar susah sikit tapi hati puas !
Korang kalau nak langgan UNIFI , lebih baik ada kenalan . Senang skit .. Kalau nak , korang leh rujuk pada kawan blogger di TWITTER dan FACEBOOK .. @SHAKIDDO / Hisyamudin Fadzil .. Thanks bro ! Terima kasih UNIFI ..