Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 3 Februari 2013

Tolong atau sebaliknya ?

Saja bagi seluar yg dah berlipat tu kat dia. Nak tgk apa dia nk buat dgnnya ? Hurmm...

Tau apa dia buat ?? Buat dek jer lepas pusing pi pusing mai !! Tapi mulutnya seperti sedang melakukan satu pekerjaan yg amat serius !!

Yelah tuuu..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kembali kuat tidur ..

Sejak baik dari demam minggu lalu , Qhaliff kembali dgn lenanya tidur. Sewaktu demam ari tu , tidurnya sekejap sekejap .. Maklumlah , tak selesa..

Nak bgtau mengantuk , susah .. Nangis ? Susah dia kecuali nak susu atau nampak kelibat mak dia ..

Camana nak tau dia ngantuk ? Mata dia yg bulat tu sebijik cam mata Jet Li.. ketara dah mintak didodoikan..

Menariknya , tak payah rasuah dgn susu utk tidurkan dia... Cukuplah dgn zikir jer .. 5 minit atas tofler .. babaiiii..

Kesian je tgk dia .. Hurm...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff dah punya laptop sendiri ?

Bila aku nak buat kerja , dia mai .. Bila dah sentuh netbook aku , dia korek abis keyboard tu haaa .. Kesannya. .. beberapa huruf dah ghaib .

Nak tak nak , aku bg je laptop lama aku tl boleh pakai utk dia hancurkan .. Tapi malangnya , tetap tidak menarik perhatian dia ! Dan tetap menuju ke netbook aku .. adeh ..

Selepas penat mengerjakan apa saja yg boleh dia kerjakan , dia sambung tidur ! Perghhh... Syioknya jadi baby . Patutlah ramai org dewasa nak jadi BABY , B atau Bayi .. asalkan jgn terbuang...

Lumrah kehidupan .. Yg kecik nak besar dan yg besar nak jadi kecik balik ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jangan bayar lagi saman AES ?

 

Wahh .. Suami adik ipar aku yang senantiasa berhati hati bila memasuki PUTRAJAYA , akhirnya dapat jugak satu saman AES ! Aku mampu gelak je la.. Ada geng dah ! Hahahaha .. Aku sendiri ada dua !

Aku ada borak ngan sorang rakan ari tu pasal saman ni . Dia ada bagitau aku sesuatu yang ramai tak tau .. haaaaa.. Dia kata , tengok kat surat saman tu , bila kena naik mahkamah .. Daftar ke Kempen Anti Saman Ekor ( KASE) dulu pastu g naik mahkamah dan kemudian serahkan surat mahkamah tu pada KASE .. Lebih kurang gitulah ..

Maaf la kalau  aku salah cerita .. Kot terbalik ke apa kan ? Tapi kalau nak tau dengan lebih lanjut mengenai ni , cuba baca di blog SHARPSHOOTER ni dulu ..

Ok .. kemudian cuba baca kat sini lagi untuk mengetahui hak hak kita sebagai rakyat Malaysia .. Kalau buta undang-undang dan perlembagaan cam aku ni , sesuai ler .. heheee… Baca kat SINI ..

Tapi buat masa sekarang , semua perbicaraan mahkamah ditanggungkan .. Apasal ditangguhkan ? Heheheee.. Sendiri mau ingat la kan ..

Ok .. ni aku amik dari page KASE ..

a) Saman tu kena bayar ke?
Saman ialah perintah kpd OKS [Orang Kena Saman] untuk hadir ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.. dalam saman mesti ada "KAMU DENGAN INI DIPERINTAHKAN supaya hadir sendiri atau melalui peguam di hadapan Majistret di ................................" apa yang ada dlm Saman berkaitan bayaran HANYALAH tawaran kompaun "Kesalahan ini ialah kesalahan boleh kompaun dan kamu boleh membayar kompaun sebanyak RM300 pada atau sebelum....." Kata kuncinya ialah BOLEH... bermaksud tak WAJIB bayar. Jika tidak bayar kompaun, maka OKS hendaklah hadir Mahkamah pada tarikh yg ditetapkan. Ketidakhadiran OKS pd tarikh yang ditetapkan boleh menyebabkan Mahkamah mengeluarkan WARAN TANGKAP. Jika kompaun dibayar, maka Saman dianggap selesai & OKS tak perlu hadir Mahkamah.


b) Kalau tak bayar tak pe ke?
Seperti yang disebutkan sebelum ini, Saman bukan perintah utk membayar denda, jadi tidak bayar kompaun bukan suatu kesalahan tetapi OKS hendaklah ke Mahkamah jika kompaun tidak dibayar.


c) Kalau pergi Mahkamah, denda boleh kurang ke?
Denda bagi kesalahan AES ialah minimum RM300 & maksimum RM2000 spt dlm Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Denda minimum RM300 ditetapkan sama spt kompaun RM300 bertujuan utk tidak menggalakkan OKS pergi Mahkamah. Kami mengesorkan supaya semua OKS hadir Mahkamah & jangan bayar kompaun kerana jika ke Mahkamah, ada dalam situasi2 tertentu, jika mengaku salah sekali pun Mahkamah mempunyai budibicara utk melepaskan OKS dgn amaran jika OKS mempunyai alasan2 yang kukuh yg Mahkamah berpuashati. Alasan2 bergantung kpd budibicara Mahkamah. Walau bagaimanapun jika Mahkamah tidak menerima rayuan/alasan, dendanya tetap RM300 tidak kurang krn telah ditetapkan di dalam Akta. Kami juga syorkan OKS tidak mengaku salah & minta dibicarakan & kami menyediakan khidmat guaman percuma utk perbicaraan nanti.


d) Kalau tak mengaku salah, boleh lawan ke dah kat saman tu memang gambar saya?
Prinsip keadilan sejagat menyatakan "seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah". Selagi Mahkamah tidak memutuskan OKS bersalah, pihak yang mendakwa [JPJ] hendaklah membuktikan bhw OKS bersalah. Proses Mahkamah spt kes2 lain iaitu pihak pendakwa [JPJ] hendaklah membuktikan pada tahap "prima facie" bhw OKS melakukan kesalahan iaitu dgn mengemukakan bukti2 & keterangan2 saksi untuk membuktikan OKS bersalah. Gambar dalam Saman saja bukan bukti utama membuktikan kesalahan. Perlu bukti2 lain lagi. Ini semua kerja peguam untuk mempersoalkan di Mahkamah.


e) Kalau saya bukan pemandu cane?
Saman AES dikeluarkan kpd pemilik kenderaan, jika pemilik bkn pemandu, pemilik hendaklah memberitahu JPJ dlm tempoh 30 hari dr tarikh Saman siapa pemandu semasa kesalahan dirakam. Ada disediakan ruangan di belakang Saman untuk diisi oleh pemilik dan hantar kpd JPJ. Prosedurnya ialah JPJ sepatutnya mengeluarkan saman baru kpd pemandu dan membatalkan saman kpd pemilik. tetapi setakat hari ini JPJ tidak melakukan perkara tersebut.


f) Cane nak tau saman tu Saman AES atau Saman Polis?
Saman AES dikeluarkan oleh JPJ dan ada tandatangan digital pegawai JPJ yg mengeluarkan saman. Saman Polis akan ada logo Polis di kepala Saman.


g) KASE dah penah menang ke lawan saman AES ni?
Saman AES mula dikeluarkan kpd OKS pada 13/10/12 dan hanya mula disebut di Mahkamah pd 29/11/12 sehingga hari ini. Semuanya baru pada tahap sebutan pertama & belum dibicarakan lagi. Jadi belum ada kes yang dibicarakan & belum ada sebarang keputusan oleh Mahkamah. Laporan2 dalam Akhbar berkaitan OKS yg diperintahkan utk bayar denda sblm2 ini semuanya OKS2 yang mengaku salah bukan yang BICARA.


h) Kalau bicara lepas tu kalah, kena denda lagi tinggi ke?
Kalau kalah slps perbicaraan, hanya Mahkamah yg akan menentukan jumlah denda iaitu di antara RM300 hingga RM2000. Kebiasaannya bagi kesalahan pertama Mahkamah akan mengenakan denda minima. walau bagaimana pun semuanya tertakluk kpd budibicara Mahkamah.


i) Saya dapat saman AES, apa saya nak buat?
Jika anda menerima Saman AES, ada dua (2) tindakan boleh dilakukan iaitu bayar kompaun jika malas nak panjang2 cerita, atau malas nak naik mahkamah. kedua, sila pergi ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan dan boleh pilih mengaku salah atau minta bicara. Proses yang berkaitan khidmat peguam di atas adalah sama.

j) Saya kena saman AES di Perlis, boleh KASE bantu?
Untuk makluman sehingga hari ini AES hanya beroperasi di 14 lokasi di Perak (7), KL (3), Selangor (2) & Putrajaya (2). Negeri2 lain tidak ada AES. Tetapi jika disaman AES di lokasi2 tersebut dan menetap di negeri2 lain, statusnya sama mcm status yg dimaklumkan dlm soalan2 sebelum ini. Boleh hubungi kami melalui email untuk kami bantu.....

k) Saya terima saman AES tapi hilang, apa nak buat?
Kami bukan pihak yg mengeluarkan Saman, jadi apa yg perlu dibuat ialah hubungi JPJ dan maklumkan saman hilang.


l) Saya tidak terima Saman AES tapi saya cek dlm MYEG & SMS dinyatakan saya ada saman, cane??
Saman tidak perlu disemak krn setiap saman hendaklah dihantar ke alamat berdaftar dalam Geran pemilik kenderaan. Jika Saman tidak diterima bermaksud anda tidak disaman. Tetapi jika anda bertukar alamat, anda mungkin tidak menerima saman. Jika katakan anda tidak menerima saman krn bertukar alamat tetapi tidak maklumkan pertukaran alamat kpd JPJ, anda boleh disaman krn tidak maklumkan pertukaran alamat & boleh didenda tidak kurang RM2000 jika disabitkan bersalah.

 

Perghh.. huru hara dunia kerana AES ni .. haihhh .. Bukan tak nak bayar tapi mengarut sangat laaa penguatkuasaannya.. Aku kena saman dek polis pon aku bayar jer .. Tapi yang ni ? Adehh .. Tunggu la korang kena .. tau laaaa camana perasaannya  ..

Nasi kerabu Ketereh Bandar Baru Salak Tinggi ..

 

Pagi ni  , aku tak gi gym KBS .. Saja ajak wife n Qhaliff lepak makan di satu kedai makan yang aku ternampak baru baru ni .. Hehehe .. Jenjalan gitu haaa .. heee …

NASI KERABU KETEREH ! Tu dia.. Ketereh ni dekat ngan rumah wife nun di Kelantan tu haa.. Hilang rasa rindu dia  bila nampak perkataaan Ketereh ni haaa ..

Kalau nak cari tempat ni , aku kurang tau sangat nama kawasan ni tapi kat sini ada Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sepang .. Haaa .. Google la alamat dia .. Hehee.. Rajin rajin la mengooglekan diri tu haaa ..

Sedapkah ?? Murahkah ?

Bagi aku , kalau panas panas lagi sedap .. Cam ayam tu haa.. Dibakar kat situ gak .. Atau ada daging bakar ke.. Macam kat Ketereh tu laa .. Heheh.. Sedap la gak .. Boleh di makan … Heeee..

Nampaknya , dah tau laa mana nak g setiap hujung minggu . Cuma tak bestnya , ada yang merokok dalam kedai makan ni . Memang putus nafsu la nak makan .. Hurmm..

PROMO FEB-OMEGA GUARD

 

-iklan-

PROMO FEB-OMEGA GUARD

 

Alhamdulillah.....
Diberikan lagi kesihatan sehingga hari ini...
Dah masuk 3 Feb 2013....cepat je masa berlalu...^_^
Ok....tgk tajuk pun dah tau kan produk apa yang PROMO bulan FEB ni..

Apa KELEBIHAN Omega Guard ni?? Jom tgk.....

  • Bakar lemak yang bermaharajalela di dalam badan. (Fat Burner)
  • Meningkatkan IQ kanak2
  • Pertumbuhan otak janin yang sempurna.
  • Gout
  • Astma/semput/lelah
  • Sakit Sendi
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Me'nyah'kan kolestrol jahat
  • Jantung
  • Mencantikkan kulit
  • dan banyak lagi KHASIAT Omega Guard ni..jom tgk pic kat bawah:

**Mengapa Omega Guard??**

  1. Minyak ikan TERBAIK.
  2. Diekstrak dari ikan laut sejuk.
  3. Ia BUKAN dari HATI MINYAK IKAN.
  4. Merupakan minyak ikan tulen yang mengandungi rangkaian spectrum 7 jenis asid lemak OMEGA 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA & banyak lagi.
  5. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak-omega 3 EPA & DHA.

Berminat?? Mcmn nak order?? Klik SINI

Bila Qhaliff tidur lagi ..

Cemburu aku tgk budak kecik ni lena sejak kul 5 pg tadi .. Dia terjaga jap pastu menangis cari mak dia dgn mata terpejam..

Sejak dari tu terus lena sampai laaaaaaa aku update entri ni .Asal aku sebut nama dia , mesti terjaga!

Menariknya di kala dia tidur tu , pergghhhh.. byk giler keje leh buat seperti .. er...er ... Kemas rumah ..hehe... Kemas baju baju ... Haa.. semua wife la yg buat .. Aku bantu mana mana yg diperlukan jer..

Bila Qhaliff jaga , baru semua kerja terhenti.. heeee.. Nak g makan nasi kerani Ketereh lak ..kat BBST..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Insaf aku !

 

Hurmm .. Hari Jumaat hari tu , aku gi ke rumah adik ipar aku .. Sewaktu nak masuk pintu masuk utama , seperti biasa .. kena tahan dek pengawal keselamatan yang diupah penduduk kat situ .. Leceh betul ..

Dia tanya nak gi mana .. Aku dengan rasa malas yang teramat , jawab je nak gi umah adik .. Senang citer.. Dia tanya nombor berapa ?

Tapi dua hari sebelum tu , aku seolah olah terpinga dengan salah seorang pengawal keselamatan di situ . Aku sebenarnya tak tau la apa bangsa mereka ni .. Bila ternampak salah seorang dari mereka yang sedang membasuh kaki seolah mengambil wudhu’ , aku tertanya dalam hati .. Hurmm ..

Dan segalanya terjawab di masjid ketika nak solat Jumaat .. Rasanya hanya seorang yang bertugas dan selainnya gi solat Jumaat .. Aku tanya suami adik ipar aku .. Jawapnya , mereka tu bangsa Nepal ..

Patutlah tegas . Bangsa ni kalau jadi pengawal keselamatan , mmg tegas .. Cuma kesian je pada mereka .. Gaji mereka sebulan cuma RM400 jer .. Cuba orang kita yang bergaji gitu .. Hehehe.. Berjuta alasan dilemparkan .. Tetapi mereka , tetap kerja dan solat tetap dikerjakan .. walaupun hanya solat dalam pondok pengawal yang kecil saja ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI