Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 6 Februari 2013

Qhaliff hensem , tok punya angkara ?

 

Hehehe .. Bila mak aku mandikan cucu-cucunya , confirm bedak penuh satu badan ! Hahahaha .. Teringat zaman kanak kanak dulu .. Aku g sekolah pon abis berbedak muka .. Nak kata kasi putih , aku mmg dah gelap .. Nak kata kasi wangi , takkan cikgu nak cium pipi aku lak kan ? Hehehee ..

Tak kisah la.. Janji] tok sayang Qhaliff , kan ? Hehehehe .. Sememangnya aku akan mintak mak aku mandikan Qhaliff dan kasi makan .. Bukan nak susahkan dia tapi saja nak dia bermanja dengan Qhaliff ..

Hati orang tua ni , sukar nak diramal .. Kita nak jaga hati dia , jadi lain lak .. Haa.. Jadi , kita kena bijak baca emosi mereka .. hurmm ..

Janji comel ..

Kerana sekotak rokok !

 

Terkedu … serius aku terkedu tapi aku tak hairan .. Hurmmm .. Manusia sanggup buat apa saja , asalkan nafsunya dipenuhi .. Hurmmm..  Nak kata apa lagi ? Kata lelebih , jadi dosa ..

Baru nak tarik besi petang tadi , kawan aku bukak cerita pasal GAY .. Jap , aku bukak ke dia bukak .. aku pun tak tau .. Bukak cerita laaa ..

Ada la dia cerita pasal budak gay datang gym .. Saja nak try test dia .. Nak ngorat la tuuu .. Untung untung dapat abang sasa .. hahahaha .. Geli aiii okehhh !

Dalam dok bercerita tu , ada la dia cakap pasal sorang kawan tu .. Kawan perempuan dia tu ada luahkan rasa hati .. Terkejut dengan teman lelaki dia .. Teman lelakinya sanggup gadaikan .. er… nak tulis camana ehh.. Hurmmm .. Ok , maruah.. senang cakap laa.. Hanya kerana sekotak rokok ! Aloooo .. Luar tabie tu okeh !! Dia sanggup hanya kerana upahnya sekotak rokok ! Murah betul kan ?

Tak hairan sebenarnyaa… Banyak laa kes kes cam ni .. Ada kes budak sekolah ( perempuan ) , sekali pegang ..RM 1 ! Apa cerita ??? Jangan geleng kepala .. Jangan mengata lebih .. Kita pandang anak kita dan .. pandai pandai laaa …

Angry pon , angry bird laa..

 

Asalkan bernafas seketika. Ni hp adik perempuan aku. Pinjam seketika.. kalau pinjam terus pun comel gak .. hehe .. Terasa beza sangat la tapi bersyukur laaa.. Dari takde langsung kan ? Heeee …

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ego benar suaminya itu ..

 

Hurmm … Wife aku tiba-tiba bangun dan dukung Qhaliff .. Asap rokok katanya .. Hurmmm …

Aku pandang meja sebelah.. Ada dua lelaki , seorang budak perempuan yang berusia setahun dua gitu dan ibunya, sambil menutup hidung dengan sapu tangan .. Menariknya, budak perempuan tu , berada dipangkuan ayahnya yang sedang merokok itu ..

Ego kan ? Kalau dah nampak isterinya yang dah besar tu pun tau busuk walaupun rokok yang dihisapnya itu cumalah rokok elektronik tapi bau tetap ada ..

Camana tu ? Hurmmm … Susah kan ? Nak tego , melenting.. Nak biar , kita lak terseksa.. Susah sangat ke nak faham yang apa apa asap tu sememangnya busuk. Anak jin je suka asap asap ni .. Haihh…

Sekurang-kurangnya , hormatlah .. Tu pun susah ?

Gambar terakhir sebelum …

 

Sebelum masuk bengkel !!! Heheeeee ..

Tak tau laaa berapa lama lagi leh upload ke dalam instagram.. Hurmm .. Rindu pulak aku nak like pic orang pasni .. heeeeee…  Harapnya hp aku tu , diorang tak format laaaa … Kalau format , aku cuma mampu garu kepala ..

Penting ke telefon bimbit original set ni ?

 

Gambar- Lelong.com.my

Hurmm .. Aku beli HTC ONE X aku tu di Low Yatt.. Di kedai Pda Expert yang aku dah setia beli kat situ sejak kali pertama beli Tytn II .. Kenapa ? Sebab servicenya yang ok .. Nak kat terbaik tu , tak la sangat.. Tapi jauh ok la dari sesetengah kedai ..

Pastu yang penting ialah jaminan kerosakkan dari segi software dan hardware .. Tu mmg penting .. Bila rosak , tak yah pening kepala selagi mana ada warranti .. Bawak je gi sana , settle .. Tukar je mana mana yang patut… Lainlah kecuaian kita , kita kena bayar.. Kalau tak , ada warranti .. senang ! Bagi , balik .. datang , amik.. Settle ..

Ada yang tanya … apa beza Original set dari agen dilantik dan AP ? Ok , ni sedikit info dari CARIGOLD ..

HTC ORI

  • Warranty daripada SiS
  • 2 years warranty (1+1)
  • 2nd year punya warranty valid cuma kalau register warranty dalam tempoh 7 hari selepas pembelian
  • kerosakan boleh deal terus ngan SiS service centre

HTC AP

  • Warranty daripada AP distributor
  • 1 years warranty
    - kerosakan kena hantar kedai yg jual

Ok .. Nasihat aku … Biar rugi skit dari pening kepala .. Serius , mmg pening kepala bila nak bertekak bab warranty ni ..

Pening kepala !

 

Foto Menarik

Gambar pilihan HMetro ini mengingatkan aku pada detik detik setiap pagi setiap hari yang mana pelbagai ragam pemandu dapat dirakamkan dek kepala otak aku .. Perghh .. Pening tengok .. Antaranya eh ?

  • Pandu di lorong laju tapi bawak perlahan .. Tingkap diturunkan tangan kanan di atas bingkai cermin sambil hisap rokok.. Cool je nampak kan ?
  • Di lorong tengah , ada yang penuh berhati hati . Pandu ikut had kelajuan walaupun depannya sangatlah kosong .. Berderet kereta di belakang. Nak potong camana kalau kelajuan pon dah capai had ..  Ikut je la sambil garu kepala ..
  • Potong queue seolah olah dia saja nak cepat .. Kita ni ?

Banyak sangatlah karenah pemandu ni .. Yelah , kita sendiri pun ada karenah sendiri kan ? Hhehe.. orang pun kekadang bengang gak ngan kita .. Maklumlah , ada antara kita kejar masa atau sakit perut nak berak .. huhu ..

Pastinya , setiap pagi atas jalan raya .. ada saja yang akan mengidap tekanan darah tinggi .. Kalau dj radio bijak hiburkan pendengarnya , sedikit sebanyak kurang skit stress tapi kalau diupnya isu isu yang panas cam kes curang , madu dsbnya .. mau jugak laki bini bertekak dalam kereta .. hehe… Tambah stress ..

Gua tensen !!

 

Apaaa ????  7 hari bekerja ?? Arghhhhh … Ari ni kalau dia antar … esok , lusa , sabtu .. Kalau diorang dah amik cuti raya , jawabnya .. Sabtu depan la kot baru dapat handphone aku tu ..

Hurmmm .. Penting sangatkah ? Penting laaa … Dah la tak buat backup gambar gambar dengan Qhaliff tuu.. Video dia lagi.. Hurmm.. Nasib baik la aku dah banyak update dalam blog ,upload ke FB , Instagram dan Twitter.. Kalau tak ? Hurmm .. Nak tranfer ke Dropbox pun makan masa.. Buat backup ? Lama gilerrrr .. Ari tu dah buat.. Dalam external hardisk tapi hilang dah external aku tuu ..

Hurmmm .. Skang ni camana aku nak dapat maklumat terkini dengan pantas ? Twitter ? Facebook , nak update secara live blogging jika tanpa hp aku tu ?

Jawabnya … aku kena pinjam semula laaa dari wife aku .. HTC Desire aku tu .. huu …. Terpaksa ! Sementara nak bernafas.. Satu lagi masalah aku ialah , Qhaliff suka tgk video yang ada dalam hp tu .. Untuk tidurkan dia .. Yelah , video tu membosankan dia ..tu sbb dia tidur .. huhu ..

Beli baru ????? Sama jer ..

Alpha Lipid SD2 sebagai makanan gantian atau tambahan?

 

565723_395062470587909_681593733_n 179977_354635834607178_749548534_n

 

Sudahkah anda mencuba produk pengurusan badan Alpha Lipid SD2
Jika belum, anda seharusnya mencuba Alpha Lipid SD2 sekarang kerana ia bukan sahaja mampu menurunkan berat badan anda, malahan ia turut membantu anda kurus secara sihat dan semulajadi.

Bagaimana pula dengan mereka yang sudah menggunakan Alpha Lipid SD2? Adakah anda tahu konsep sebenar diet sihat Alpha Lipid SD2 ini? Adakah anda tahu samada ianya adalah makanan gantian atau makanan tambahan? Atau apakah ianya sejenis ubat-ubatan?

Alpha Lipid SD2 - Sebagai Makanan Tambahan

Buat pengetahuan umum, makanan gantian adalah produk yang mensyaratkan anda untuk mengambil hanya produk tersebut, sebagai contoh pada waktu sarapan, tetapi anda sama sekali tidak dibenarkan mengambil makanan sarapan anda. Namun, lain pula bagi makanan tambahan.

Makanan tambahan tidak mensyaratkan anda untuk mengambil produk tersebut semata-mata, malahan bagiAlpha Lipid SD2, anda digalakkan pula mengambil hidangan anda seperti biasa pada setiap hari seperti sarapan, tengahari dan makan malam. Anda tak boleh berlapar semasa berdiet! Pelik bukan??

Jadi,  jangan lepaskan produk yang sangat mudah dan berkesan seperti Alpha Lipid SD2. Bayangkanlah anda tidak akan terseksa kerana menahan lapar untuk menjadi kurus! Sila dapatkan daripada kami, 019-4511649.

P/s: Alpha Lipid SD2 juga bukanlah sejenis ubat-ubatan atau dadah kerana ianya dicipta berasaskan daripada bahan-bahan semulajadi sahaja seperti protein soya dan sebagainya. Jadi ianya selamat digunakan! :)

Berminat Hubungi : Nai 019-4511649

http://www.facebook.com/teratakniagaku

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI