Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 8 Februari 2013

Patutlah masih ingat begitu ..

 

Tak lama lagi , nak masuk setahun.. Bulan April.. Yeke April ? Sat nak cari MyKid Qhaliff …

Haaa.. confirm.. 2/4/2012 dia lahir .. Kena buat alarm 10 kali ni.. Kalau tak confirm aku lupa .. Huhu.. Aku mmg lemah bab angka ni .. Susah nak ingat kecuali kalau orang hutang aku .. Tang tu aku ingat ! Setakat ni , alhamdulillah .. orang yang hutang aku semua tak bayar sbb tak de sapa yang nak pinjam dari aku yang takde duit ni.. heee..

Aku dok ingat laaa Qhaliff macam mula mula lahir.. Kiranya belum mampu berfikir lagi .. tapi aku selalu tersilap.. Semalam , sewaktu bermain kejar kejar dengan dia .. dia lagi bijak dari aku .. Aku merangkak bagi dia kejar aku .. Dia merangkak kejar aku dan aku merangkak mengelilingi playpen tu haaa.. Sambil menyorokkan diri.

Aku berenti .. dia berenti .. aku diam .. Dalam perlahan aku merangkak berlawanan arah ! Dia pun buat begitu ! Hahahahhaha.. Aku tak sangka dia boleh pk gitu ..

Best part ! Dia bosan dok ikut aku , dia terus masuk ke dalam playpen tu haaa .. ikut shortcut untuk ‘dapatkan’ aku ! Aku gelak besar.. Dia pun ikut gelak.. Amboi.. cam tau tau jeeee..

Patutlah kita , anak kecil pada ibu bapa kita sampai bila bila. Mereka belum boleh lepaskan kita kerana beranggan kita masih kecil walaupun tak sepatutnya begitu ..

Hurmm .. bayangkan mak ayah yang ‘dibuang’ anak mereka setelah berjaya menjadi manusia berpangkat mahupun berharta .. Haih ..

“ Sayang .. bagi no IC .. “

 

Gara-gara permohonan BR1M dibuka sehingga  Mac ( kot ) dan saman AES kecoh semula ( paksa bayar walaupun tak perlu bayar  )  , aku tekad .. Tekadkan diri dan tolak tepi segala perasaan bersalah kerana geram dengan kamera AES yang tak hapa hapa tu ( confirm ilang satu undi )..

Aku gi ke https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx untuk daftar .. Isi punya isi punya isi .. sampai part no ic isteri .. Aku whatsapp wife bertanyakan no ic dia ..

Dia bagi pastu tanya wat per .. Aku kata la aku nak apply BR1M walaupun tau takkan lepas .. Aku pelik lak dia tanya semacam jer.. Rupanya .. dia risau aku nak isi borang nikah lagi .. Heeeee …

Apadaaaa .. Kalau nak isi borang nikah , tak yah mintak direct .. Cari je kat kad kad sedia ada dalam wallet aku ni.. Lesen memandu yang dah expired pon ada haa.. Tak yah susahkan diri .. hahaaha..

Ok , sambung.. Bila dah isi semua.. Sampai part gaji .. Tadaaaa.. “ Anda tidak layak !! “.. Hahahaha ..

Perlukah aku berbohong untuk RM500 itu ? ALLAH nampak !

Kaki bergambar ?

 

Tayang je kamera kat dia , automatik senyum .. Tak tau la dia ikut sapa .. Nak kata ikut aku , hampeh aku nak senyum depan kamera .. Kena paksa pun susah aaaa.. Keras je gitu .. huhu ..

Comel cam daddy dia je kan ? Lalalalala … Ok , nak g gymm .. nak kasi tambah lagi comel .. heeee …

Mana satu betul ? Saman AES ??

 

Pagi tadi dengar berita kat SURIA FM .. Kata pembaca berita tu , saman AES tetap kena bayar walaupun prosiding mahkamah masih dibekukan .. Waduhh.. Camana tuu ???

Sampai rumah mak aku , terus aku bukak page KEMPEN ANTI SAMAN EKOR dan baca status terkini .. ada tak ? Hurmmm

Kempen Anti Saman Ekor (KASE) Ada lebih kurang 100 email yang belum dijawab... Kebanyakannya berkaitan perlu hadir atau tidak ke Mahkamah... Jadi kami ingin maklumkan bahawa semua saman AES tak perlu ke Mahkamah kerana telah dibekukan dari dibawa ke Mahkamah oleh Peguam Negara.. selagi tiada sebarang pengumuman berkaitan penarikan balik pembekuan oleh Peguam Negara maka semua penerima saman AES tak perlu ke Mahkamah. Saman ialah perintah ke Mahkamah, bukan perintah untuk bayar denda.

Jadi Saman tidak perlu dibayar. Ada yang mengatakan bahawa perlu ke Mahkamah untuk merekodkan kehadiran - itu hanyalah sandiwara JPJ sahaja krn jika anda tidak hadir pun tiada sebarang tindakan boleh diambil oleh JPJ krn Saman AES tidak dibacakan di dalam Mahkamah. Jadi kami nasihatkan supaya tidak perlu ke Mahkamah. Jika kompaun dalam Saman AES tidak dibayar sekali pun, JPJ tidak boleh menghalang transaksi samada pembaharuan lesen kenderaan (cukai jalan) atau lesen memandu... “ ..

Tensen kan ?  Hurmm .. Berkali dah aku up pasal ni di blog . Bukan apa , kalau laju sekali pun .. berhati perut la skit .. Bukan terus bagi RM300 !! Giler ke apa .. kalau satu saman tu , boleh la gak .tapi kalau tak sampai sebulan dapat 2 saman , tu mengarut laaa.. bukannya bawak Ferrari pon … Laju mana sangat laaa boleh gi kat Putrajaya dengan jalan yang tak bengkang bengkok dan tak comel tu .. haihhh ..

Dan peliknya , papan besar tapi kameranya mana ? Jap ada jap takde ?

Bagi 500 amik 300 .. ni yg buat aku nak daftar BRIM ni ..

Tips Diet Alsd2 Untuk Ibu Menyusu

 

-Entri iklan ini disediakan oleh pengiklan sendiri-

71817_10151279411067739_212751474_n

 

Soalan yang sering ditanya oleh ibu yang baru bersalin dan menyusukan anak:

Saya menyusukan bayi dan pada masa yang sama saya juga ingin menurunkan berat badan. Adakah diet yang rendah karbohidrat seperti ALSD2 selamat untuk ibu yang menyusukan?

Kebanyakan ibu yang sudah melahirkan anak merasa terlalu teruja untuk menguruskan berat badan secepat mungkin selepas bersalin. Kita harus ingat bahawa berat masa mengandung bukanlah naik secara mendadak dan oleh itu penurunan beratnya juga haruslah dengan kaedah yang beransur-ansur. Selalunya pilihan pertama sekali yang saya berikan adalah dengan menganjurkan supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan.

Memang semasa menyusukan anak kita akan membakar kalori yang lebih dari biasa. Badan kita akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makanan yang seimbang serta senaman yang sederhana.

Banyak ibu-ibu yang menjaga pemakanan yang betul semasa menyusukan telah berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur tanpa mengambil apa-apa program diet. Inilah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk menurunkan berat badan.

Sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet, adalah satu langkah yang bijak jika anda menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Sekurang-kurangnya badan anda sudah pulih dari kesan melahirkan anak dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi anda. Anda juga haruslah mendapat nasihat doktor untuk memastikan anda sudah memang cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet sekalipun.

Tiga perkara yang paling penting untuk anda pastikan semasa menyusukan bayi anda adalah meminum banyak air, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.

Ibu yang tidak cukup makanan yang seimbang mungkin akan mengalami risiko kekurangan zat makanan dan juga akan membahayakan kesihatan anda dan juga kesihatan bayi tersebut. Ini akan mengurangkan zat simpanan yang penting didalam badan serta mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan juga jumlah susu bayi juga mungkin akan berkurangan. Apabila keadaan ini terjadi, maka janganlah teruskan program diet anda dan berhentilah serta merta.

Sekiranya anda sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih untuk mengambil ALSD2 sebagai program diet anda, maka anda perlu mengubah suai program pemakanan rendah karbohidrat seperti pada fasa pengekalan berat badan atau maintenance level; yang mana anda boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari fasa penurunan biasa iaitu lebih kurang 100g karbohidrat sehari.

Selain dari itu anda juga pastikan perkara-perkara berikut:-

Jangan berlapar dan minum air yang cukup. Ada juga tidak boleh berlapar semasa menyusukan bayi. Ini akan menyebabkan anda merasa lemah dan letih. Apabila anda didalam keadaan seperti ini, maka anda akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan keadaan ini juga akan menyebabkan kekurangan susu anda dan menyekat rangsangan pengeluaran susu.

Kadar penurunan berat yang lebih sederhana. Kadar penurunan yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu ada beberapa analisa yang menunjukkan penurunan berat badan yang pantas (iaitu lebih 0.45 kg dalam seminggu) perlu diperhatikan. Racun, dari keadaan persekitaran seperti PCBs dan racun serangga boleh tersimpan didalam lemak badan. Apabila ibu yang menyusukan turun berat badan dengan cepat, racun ini mungkin akan terlepas didalam salur darah dan kandungan racun didalam susu akan meningkat. Penurunan berat badan yang cepat juga ada dikaitkan dengan kekurangan bekalan susu badan. Sekiranya anda tidak cukup minum air maka ketone yang terdiri dari 3 jenis kumuhan badan iaitu acetone, acetoacetate dan beta-hydroxybutyrate juga mungkin terkumpul didalam saluran darah anda. Namun begitu, masih tidak dapat dibuktikan bahawa ketone yang berlebihan didalam salur darah dan air kencing anda, juga terdapat pada susu ibu dan berapakah kadar yang akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu.

Sekiranya berat anda turun terlalu cepat apabila menggunakan ALSD2, maka olah jenis makanan anda supaya menambah makan buah-buahan serta sayuran berkanji yang akan memperlahankan kembali penurunan berat anda.

Suatu lagi perkara yang selalu ditimbulkan adalah apabila anda mengambil diet ALSD2,  ramai yg risau kadar protein yang terlalu tinggi akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu. Sebaliknya perkara ini adalah cukup baik untuk penyusuan bayi. Ibu yang menyusukan akan mengeluarkan lebihkurang 6 ke 11 gram protein di dalam susunya setiap hari. Bayi yang sedang membesar memang memerlukan protein yang cukup iaitu bahan asas pertumbuhan badan. Protein, tidak seperti zat makanan yang lain, ia tidak boleh disimpan di dalam badan ibu.

Jabatan Agriculture, USA menyarankan ibu yang menyusukan memakan sekurang-kurangnya 65 grams protien setiap hari. Ini sebabnya kita lihat kebanyakan ibu yang menyusukan apabila mengambil ALSD2 akan mengeluarkan susu yang lebih dari biasa untuk bayi mereka.

Sebenarnya, tidak semua jenis diet sesuai untuk semua orang untuk setiap masa. Tambah-tambah lagi untuk ibu yang menyusukan. Jika anda faham betul-betul cara diet ALSD2, maka anda perlu mengubah suai program diet anda seperti fasa "maintenance" dengan memakan lebih karbohidrat seperti buah-buahan dan sayuran berkanji, minum lebih banyak air, jangan sekali-kali berlapar dan kawal penurunan berat badan anda supaya lebih perlahan.

Yang paling penting bayi anda tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara di atas yang menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda maka berhentilah berdiet buat sementara dan perlu diolah kembali cara diet anda supaya lebih sesuai.

Berminat PM/SMS/Whatsup 019-4511649

http://www.facebook.com/teratakniagaku

Klon BEN ASHAARI ?

 

Sama tapi tak serupa ? Ke serupa ? Hehehehe .. Best part ? Cer tengok tangan Qhaliff.. Hahahaha .. Dia mmg akan pegang kat situ sehinggalah dia rasa dia selamat duduk atas kerusi atau mana mana tempat yang dia dilandingkan ! Hahahahah ..

image

Biar rupa cam bapak .. jangan ikut perangai bapak .. contohi perangai Rasulullah s.a.w .. Ok, Qhaliff ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI