Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 10 Februari 2013

Dia dah mula menyibuk dah !

 

Macam budak besar dah lagak dia.. Gigi tak tumbuh lagi.. Jalan sendiri pun tak nak lagi tapi dah ada hajat nak cari gaduh ngan sepupu sepupu belah mana sekali pun !

Alhamdulillah .. Sampai dah Kok Lanas , Kelantan tepat jam .. er… 7.45 malam setelah bertolak dari Sepang , jam 9.30 pagi .. Hehehe.. Lama ke ? Tak la.. Stendek la niii .. Kalau tak , mahu gak 12 jam .. Ni lambat pon gara gara aku berenti tidur berkali kali sbb terlalu penat mata .. Memang tahap tak leh bukak mata dah walaupun dipaksa ! Merbahayaa wooo .. Aku leh terlelap terus wooo…  Nak tak nak cari stesen minyak , berenti tepi .. lelap mata !

Bila dah sampai rumah tok Qhaliff .. geng pun ramai .. jadi gini je la ..

Gelap gambar kan ? Apa nak buat .. Guna samsung galaxy s jer … Hp pinjam .. Aku punya masih dalam bengkel .. Rindu sangat dah kat hp tu .. Macam macam ada termasuk gambar awek awek untuk dijadikan madu tualang atau petualang madu ! Heee…

Agenda sehingga hari Khamis ni . nampaknya penuh sangat .. hurmmm …

Tak sampai lg ..

4-5 kali berenti , tdo !! Ngantuk sgt... Co pilot pon..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila ada baby ..

 

Berhenti di RNR Gua Musang yang baru tu .. aku lupa dah apa nama dia .. Malas nak ingat sbb tak masuk exam untuk Lesen Kapal Terbang aku ..

Solat dah .. Makan jap .. Sapa nak makan dulu ?? Aku ? Wife ? Sapa nak jaga Qhaliff ? Tak kira sapa dulu, masa yang diperuntukkan cumalah 5 minit ! Sebabnya ? Qhaliff dah bijak nak melarikan diri dari dukungan ! Nak tak nak , bukan boleh kunyah dah .. kena telan je makanan tu .. Takde istilah nak menikmati makanan dah skang ni .. Bukan ngeluh , saja habaq kat korang ..

Bayangkan bila dah boleh berjalan n berlari ? Aku tak yah gi gym dah .. kuruuusss !

Ok.. sambung perjalanan ke Kok Lanas ..

Gembiranya Qhaliff ..

 

IMG_20121225_132834

Sebab apa ?? Sebab pakai telekung ni ke ?? Tak lerrr …

image

Sebab dapat port baru untuk melepak ! Adehhh .. Abis dok ketuk ketuk .. Tapi tak la seteruk dulu sbb dia tak leh nak berdiri kat situ.. heeeee … leh ketuk ketuk jer ..

Diserbu dek adik-beradik tersayang !

 

Harijadi makcik aku dan ayah aku disambut serentak oleh adik beradik aku dan juga anak anak makcik aku.. Berapa banyak aku daaa ..

Kesempatan menghadiri perkahwinan sepupu aku di Gombak sememangnya memberikan segala kesempatan ini untuk mengumpulkan semua adik beradik terdekat , di rumah baru aku .. heee..

IMAG0950

Terima kasih kerana sudi hadir… Memang best sbb aku bedal nasi lemak sampai 4 bungkus .. Ayam goreng KFC tidak menarik minat aku kerana … aku diet abisan ari tu .. bila nampak nasi lemak , hancurrr..

Dan hari ni , kejap lagi … balik Kelantan lak .. hee.. Doakan keselamatan kami yer.. Terima kasih kerana sudi pembaca , rakan setia di blog ini …

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI