Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 13 Februari 2013

Baby dan stering kereta . Apakah kaitannya ?

 

Pelik .. dulu kan , aku cukup hairan kenapa si ayah gemar letakkan anak mereka di tempat memandu ( bukan dalam keadaan kereta bergerak yer.. )..

Tapi bila dah ada anak jantan sorang niiiii .. Baru aku tau .. Bukan ajar tapi secara automatik mereka suka benar berada kat situ ! Pelik tapi benar ? Apakah mereka melihat dan belajar apa yg dilakukan oleh parents mereka? Yaaaa … mmg begitu !!

Hurmmm … Ada hati nak memandu eh ? Tapi dia tak main stering .. Dia suka main butang butang yg ada kat situ haaa .. huhuhuuh… Abis laaa … abis laaaa…

Bila duduk kat situ .. dari menangis , terus diam ! 

Gara-gara jerawat di pipiku !

 

Tak pasal pasal berbekas hitam setepek ! Automatik hilang segala kehenseman yang berbaki itu .. Adehhh .. Tak leh tengok cermin bila tepekan hitam itu ada .. huhu ..

Camana nak hilangkan parut hitam itu yer ? Teringat yang aku pernah gunakan satu menda ni .. lalu di Mydin Kota Bharu tadi , aku terus cari Syahirah Gel Pengelupasan ni untuk buang sel kulit mati. Nak gunanya pun tak la susah mana pun ..

Bila dah beli , sampai je rumah .. tanpa buang masa .. terus aku buat .. heee… Dan , alhamdulilah… keluar gak la sel kulit mati tu dan juga jerawat degil tu haaa.. Jerawat ke blackhead ? Aaahhh.. tak kisah laaa .. janji selesai ..

Tapi masih ada baki parut hitam tu.. Huhuh.. Terpaksa aku kurang bergambar buat masa sekarang .. heeeee .. Bila dah guna gel pengelupasan ni , guna bio oil lak .. heeee..

Macam awek dah aku ni .. Heheehe.. Jaga muka koooo …Aset masa depan .. Lelaki , makin berusia makin kacak .. kan kan .. lalalla…

Tak kira dah !

 

Kalau dah ngantuk , wa talak kila !!! Wa mau tidur , wa tidur jugaaaa .. Akibat penat menunggu ibunya mencari pakaian untuknya , Qhaliff akhirnya membuat keputusan untuk tidur dalam ribaan aku.. Nyaman katanya .. hee ..

Aku sendiri pun dah 4 juta 500 99 kali menguap dah sementara tunggu nak siap .. Tu pun ada hajat nak sambung kat tempat lain ! Grrrr ….

Sempat gak la aku tweet barang satu dua tweet khas untuk orang perempuan ..

“ Wife aku ni nk beli baju Qhaliff ke nk beli kedai ni skali? “ …

“ Disyorkan setiap shopping mall sediakan katil utk disewa .. leh tdo smntra menunggu.. “…

Baru ada sorang wife .. Bayangkan tambah lagi 3 !! Mau botak kepala aku .. ADehhhh… Tambah sorang lagi pon okeh pe.. alalala ..

Akhirnya ..

Terlepas juga dari rumah .. Bukan kena kurung tp hujan tak henti henti turun 2-3 hari ni .. hehe..

Ni skg kt Kota Bharu.. Cari barang aku skit ngan Qhaliff di Mydin.. Jap lagi nak cr baju Qhaliff ..

Jalan tak jammed sangat.. cuma byk pemandu tak sabar je.. Sakit perut kot mereka itu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Lama dah tak berak ni !

 

Bukan aku laaa… Qhaliff !

DSCN0305

Sejak di Kelantan ni , tamo berak dia . Ini sudah follow atuk dia punya style ! Susah nak buang air besar bila berada di tempat lain .. Hurmm…

Atau dia tak makan oats lama dah .. Hurmmm .. Bila tak berak , pening .. Bila berak kerap lak , jadi pening jugak.. huhu ..

Hurm… Nasib baik la dia tak meragam sangat bila nak tidur.. Kerap tidur dia kat sini . Rehat benar dia …

BERIKAN RUANG UNTUK DIRI ANDA UNTUK BERJAYA BERSAMA NEW IMAGE.

486275_10151216509978463_576584295_n

 

Alhamdulillah kepercayaan terhadap Alpha Lipid semakin tinggi oleh pengguna sejak akhir-akhir ini. Ramai juga yang ingin mengambil kesempatan ini untuk menjadi pengedar dan ada juga yang baru menjadi pengedar. Mesti ramai di kalangan anda yang ingin tahu cara menjadi pengedar Alpha Lipid kan?

Jika anda mencari maklumat ini, bermakna anda lah orang yang saya cari selama ini. Saya pasti anda seorang yang positif, berpandangan jauh dan mempunyai cita-cita ingin menjadi kaya dan berjaya.

Tahukah anda ramai pengedar di luar sana telah mula mengorak langkah untuk berjaya dan telah pun mencapai cita-cita mereka. Ini disebabkan usaha mereka sendiri dan sudah tentu disebabkan produk yang begitu bagus dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Saya hanya ingin mencari pengedar yang sentiasa berfikiran positif dan begitu komited untuk menyertai Alpha Lipid. Jika anda mengambil keputusan untuk menjadi pengedar, salah satu kelebihannya adalah kita telah berada di dalam group yang kukuh dan sentiasa bekerjasama. Faedah lain banyak lagi.

Cara untuk menjadi pengedar Alpha Lipid adalah sangat mudah dan murah berbanding produk lain. Anda hanya perlu membeli mana-mana produk Alpha Lipid sebanyak 8 tin dengan harga ahli sahaja. Ada yang kata banyak stok yang perlu beli, sekarang tidak lagi, ada teknik baru yang dapat membantu anda yang kekurangan modal.

Mesti anda fikir “boleh jual dan boleh habis ke?” bagi saya jika anda yakin boleh, anda pasti boleh, bayangkan dahulu saya mula join dengan 30 tin, sifu saya cakap “senang je nak jual 30 tin” saya tak percaya semudah tu, tapi sekarang saya dah pun “percaya” kerana saya dah laluinya. Produk Alpha Lipid ni terbukti bagus dan berkesan. So dia ada permintaan yang tinggi dan ada repeat order. Cuba anda bayangkan jika 8 tin, Seorang membeli 2 tin setiap seorang, so kejap je stok kita habis.

PENGEDAR DI PERLUKAN DI SELURUH NEGARA...
SMS/CALL/WHATSAPP 019-4511649 NAI

Bila terpikat dengan Perabut Unggul !

 

DSCN0290

Apa yang telah mereka lakukan di rumah aku tempoh hari , sangat memberi kesan pada aku. Terpikat dengan ketelitian mereka bila buat kerja .

Bila dah terpikat , rasanya aku nak tempah almari baju yang besar memandangkan baju aku berlambak sangat. Melebihi baju wife . Peliknya bila aku nak pakai , tak jumpa pulak ! Adehh ..

Dan cadangnya selain dari almari baju , aku nak tempah gak almari buku. Ruang tamu yang besar ni aku nak bahagi dua .. Satu untuk tengok tv , satu lagi untuk membaca .. Heeee.. Amacam ?

Kosnya .. Nanti aku bagitau. Baru bertanya . Untuk konsol tv tu , harganya baru 2k lebih. Jauh lebih murah dari Ikea .. Heee.. Kalau nak tau dengan lebih lanjut , baca entri SINI ..

Sedap je dia mengunyah !

 

Aku menuruni tangga selepas mandi .. Nampak si Qhaliff memandang aku dengan comelnya .. Mulutnya , tak henti henti mengunyah. Aku pandang wife . Mungkin wife sedang suap sarapan pagi tapi tak .. Dok membaca sesuatu ditanganya .. Hurmm ..

“ Qhaliff makan apa tu ? “ . Aku tanya. Wife terkedu dan pandang Qhaliff yang tiba-tiba berenti mengunyah untuk sorokkan menda tu dalam ruang pipinya yang labuh itu.

Wife terus capai dia dan korek mulut dia .. Dia tak nak bukak mulut dia ! Aku masuk campur. Paksa rela dia bukak mulut dia ! Dan akhirnya Qhaliff tewas ! Dia bukak juga mulutnya ..

Grrrr… Patut sedap dia nguyah ! Kertas rupanya .. Haihh .. Aku pandang wife .. Malas nak bising .. Sama sama salah .. Adehhh .. Letih kalau baby dah start telan apa saja . Semua benda nampak macam hotdog !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI