Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 14 Februari 2013

Aku , akui akhirnya ..

 

“ Tunggulah dapat kaki .. Siap la ko , Ben ! “ .. Aku akui kata kata otai …

Tak payah dapat kaki .. Skang ni pun aku dah penat dok ‘kutip’ Qhaliff yang makin ligat merangkak ke sana sini .. Tapi dari situ , aku boleh nampak camana kemahuan dia .

Apa yang aku tahu , dia seorang yang ‘kalau nak , dia akan usaha sampai dapat.. “ ..

Kenapa aku kata gitu ??? Sebabnya bila dia nampak sesuatu menda tu , dia akan merangkak bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.. Bila aku angkat dan dukung dia , dia meronta nak turun .. Pastu , merangkak ke situ jugak ..

Atau paling tidak pun , dia berpura pura wat lupa .. Dia wat main menda lain tapi bila dia perasan kita seolah olah tak kisah , dia kembali nak amik menda tu !

Adehhhh .. Jenuh ni .. kalau dah suka tu , suka gak ! Camana la kalau dia nakkan Shila Amzah ??? Masak aku ..

Camana la pemandu di Malaysia tak gila sejenak !

 

Tengah sedap memandu sambil menyanyi-nyanyi lagu Alleycats disusuli lagu Anuar Zain sambil membayangkan berlari lari anak di tepi pantai bersama awek kacukan melayu brazil ( mesti cun giler lagi seksi kan ? ) , tiba-tiba kereta terhenti pergerakkan ..

Bergerak perlahan lahan dan kadang kadang terhenti terus .. Aduhh.. tensennyaaa … Kepala menjenguk ke luar.. Leher dipanjangkan.. Alahaiii .. panjangnya jammed .. Kiri kanan lak tuu .. Adehh.. Biasanya time ni tak jammed ( sambil tengok jam kul 2 petang .. )

Dan … akhirnya ketahui apa puncanya … Tau sangatt dahhhh tapi tak yakin … hahahaha .. Hampeeehhhhh … hampeehhhh sehampeh hampehnyaaaa …

Korang rasa apa ?? Rasanya ?? Cer tekaaa .. Teka laaa ! Teka jeeeeee ….

Jawapannya , ‘menonton’ kemalangan kecil …

Hujan macam tak hujan ..

 

Seperkara yang dasyat orang Malaysia ni ialah memandu dalam keadaan hujan lebat dengan selamba ! Macam takde apa apa jer .. Oh , lupalah .. nyawa adalah murah . Ada jual di mana mana terutama 7 Eleven .. heee ..

Bukanlah nak kata aku ni baru menang pertandingan pemandu berhemah peringat kebangsaan tapi sekurangnya leh pikir gak la bila memandu terutama bila nak mencelah , bagi signal.. Hee..

Oh , lupa lak aku .. Kenapa yer ‘ mereka’ tak pasang kamera AES di kawasan kawsan milik ‘mereka’ terutama kawasan yang berbahaya tetapi sibuk nak pasang kat Putrajaya yang sememangnya jadi kawasan laluan setiap hari dan jalan lurus .. Pelik tapi benar .. Jangan garu kepala yer ..

Berbalik pada ceita tadi… Aku yang baru sampai dari Kelantan dan menginap semalam di rumah mak aku ( cam menginap hotel je bunyinya ) , terasa amat lega sekali sbb berjaya mengharung perjalanan berjam jam lamanya. Bukannya perjalanan tu buat letih tp dok waspada dengan pemandu pemandu yang sakit perut atau emergency senantiasa ..

Haihhh .. Bila dah parking kereta , baru terasa sangat sangat legaa .. Alhamdulillah .. Penat siutt …

Kuih Gomok

 

Photo

Pernah dengar , ? Aku tak pasti la negeri lain panggil apa tapi kat Kelantan , kuih ni dipanggil kuih gomok .. Heee.. Betul ke ? Aku pun tak tau .. Tu pun wife yang bagi tau sbb dia suka …

Aku yang buat kali pertama makan tadi , rasa macam sedap jugak kuih ni .. Ada kelapa dan manis manis skit .. Lain lain bahan , aku tak pasti .. Aku pasti , aku telan jer .. tu yang aku pasti sangat .. heee..

Kat mana beli ni ? Menurut wife , skang ni susah nak dapat kuih ni. Tak tau la kot kat tempat korang ada jual bersepah tapi katanya , sukar nak jumpa.. Ni pon jumpa kat RNR Gua Musang yang baru tu haa..

Katanya lagi , yang tau masak kuih ni otai otai jer . Kalau korang tau , sila silalah berkongsi yer .. Heeehehe..

Nasi kerabu Kadok , Kelantan ..

 

Kat Kelantan ni , banyak giler kedai makan nasi kerabu yang sedap sedap. Kena pandai cari … Kena rajin bertanya gak .. heee.. Bukan pe , kang kata sedap .. bila makan .. lain pulak kan ? Kiranya lain tekak lain perutnya .. hee …

Ari ni , aku tapau nasi kerabu yang pernah aku makan dulu .. Aku dah pernah citer dalam blog ni awal aku kawin dulu.. Lama tuuuu .. hehehehe ..

Sedap sangat ke ? Tak la saaaannggatt tapi aku suka sebab … Bakar kat situ gak .. Kat Kelantan ni , mmg bakar kat situ gak.. Takde la sejuk bila makan …

Dah selesai makan .. Rasanya , ok ok laaaa .. Kira abis gak la.. Tapi bak kata bapak aku , aku ni telan apa saja .. Patut la Qhaliff ikut cara aku , telan apa saja ! Asalkan halal … heee..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI