Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 15 Februari 2013

Abislah tv konsolku itu ..

Dah buat dah aksi spiderman dia niii... Kena perhati dia sgt sgt skg ni .. Lasak bebenor dah ..

Oh ya.. sapa nak cari perabut atau tempah perabut, sila hubungi PERABUT UNGGUL.. Alamat , cer cari dlm entri aku baru baru ni .. Sebut nama blog aku , dpt diskaun gituu.. heeee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Simple tapi menyelerakan ..

Nak makan apa ? Wife tanya aku .. Aku jawab , makan apa saja asal kenyang tapi tamo berat dan byk lauk pauk .. Telur memadai ..

Dan wife hidangkan seperti yg ada dlm gambar diatas .. heeee.. Kesannya, 3 kali aku tambah gara gara ada budu dan ulam ...

3 kali tapi satu senduk setiap kali tambah ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Utk keselamatan Qhaliff ..

Gi cari kat Ikea .. Bucu bucu yg ada di rumah aku ni sangatlah merbahaya .. Bayangkan kalau kena kepala.. hurmm..

Tp bila dah pasang , pandai pulak dia korek .. Adehh .. Sekali tak dpt , selagi tu laaaaaaa..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Takkan nak tunggu tak larat ?

 

Sebelum balik ke ‘sarang’ bak kata Mat Gebu , aku dan wife serta Qhaliff gi ziarah Ayah Tua ( tok wife aku ) .. Ammar , pon sibuk nak ikut.. Agaknya boring dok rumah teman mak dia yang dok berpantang tu .. hee ..

Bila sampai rumah pak sedara wife , salam diberi dan kami dijemput masuk. Ayah Tua sedang terbaring ditilamnya yang diletakkan di satu sudut yang selesa .. Alhamdulillah.. Semoga Allah berkati mereka yang menjaga Ayah Tua ..

Ayah Tua yang usianya pon dah lebih 90 tahun masih punya daya ingatan masih mengagumkan .. Aku yang muda ni pun dah lupa lupa ayam .. Haihh ..

Tangan kanannya yang dah sukar digerakkan mengundang rasa insaf aku. Sekurangnya jari jemarinya itu dihabiskan dengan berzikir .. Aku ? Hurmm..

Wife tanya pada Ayah Tua .. Solat camana .. Dia tunjuk kerusi yang ada didepan kitorang yang dah mengadap ke kiblat.. Dalam tak larat yang mana dia nak bangkit dari baring pun memerlukan bantuan orang lain , dia tetap menyempurnakan solat .. Kita ?

Dulu , sewaktu dia masih mampu berjalan walaupun bertongkat , surau adalah destinasi dia setiap kali azan berkumandang.. Dalam tak larat pun dia tetap ke surau ..

Kita ? Tunggu bulan Ramadhan baru nak g …

Tandas cantik vs Tandas luas ..

 

Semalam aku gi rumah sorang makcik ni .. Aku perasan dia baru renovate rumah dia .. Cantik dan luas . Dan menariknya , tandas dia besar giler ! Luas dan bersih ..

Aku tanya dia mengapa buat tandas ni dibuat besar sangat ? Bukan ramai pun yang tinggal .. Dia sorang jer .. Dan kat belakang rumah tu pun dah ada bilik air yang selesa ..

Tau apa jawapannya ?  Persediaan untuk dia dimandikan nanti , bila tiba masanya ..

Dan aku terkedu .. Insaf .. Kita buat rumah seolah olah tak nak tinggalkan dunia ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI