Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 20 Februari 2013

Puaka kunyit menyerang aku !!

 

“ Bang , tolong gi kedai , beli kunyit  .. Nak letak kat hidung Qhaliff .. “.Pinta wife dengan penuh kasih sayang .

 

“ Baiklah sayangku .. “ . Sejak minum air alkaline tu aku semua ‘OK’ jer.. sejuk je dalaman aku .. Konon.. hahaha ..

 

Dengan langkah kanan , aku berjalan kaki ke kedai yang terletak kira kira 500 meter dari rumah aku .. Dekat jer .. Pergi balik .. 1000 meter jer .. Ok la .. nak bakar lemak lemak kat pipi aku ni … hehe..

Sampai je di kedai runcit ..

“ Dik , kunyit ada tak ? “. Aku bertanya.

 

“ Nak serbuk kunyit ke atau kunyit hidup.. “. Tanya pekerja kedai tu.

 

“ Er.. Yang zombie punya ada ? “. Aku tipu korang je dengan soalan ni .. heheh.. Giler ke apa aku nak bergurau dengan orang gini haa.. Mau gak kena sembur racun serangga kat ibu jari kaki aku nanti ! hahaha..

 

“ Kunyit hidup .. “. Jawab aku. Pastu bro tu gi masuk la ke dalam  untuk amik kunyit yang aku mintak tu ..

 

Bla bla bla …. Dia bawak la satu .. Memandangkan duit aku dok banyak lagi dan aku pun macam nak demam , aku beli air asam jawa 3 botol kecik .. hehe..

Pastu dengan girangnya , aku pulang ke rumah dengan harapan pasni elok la selsema Qhaliff tu .. InshaAllah ..

Sampai rumah , aku ketuk pintu … Wife sambut dengan penuh kegembiraan .. Seolah aku baru pulang dari kota membelikan Qhaliff kereta merah untuk ke rumah nenek ..

 

Aku serahkan plastik yang berisi air dan kunyit tu .. Suruh beli kunyit , aku tambah lagi dengan beli air .. hehehe .. Tak leh gi kedai aku .. Ada je nak tapau ..

 

“ Bang , mana kunyit ? “ . Tanya wife .

 

Nak wat lawak la pulak dia memalam ni ! Grrr.. Dah la penat nih …

 

“ Dalam plastik tu ler.. Takkan nak sorok lak .. “. Jawab aku .

 

Dia pun cari dan tunjuk pada aku bungkusan plastik yang aku bawak balik tadi .. Dan ternyata mmg takde ! Huh ..

Aku sarungkan sandal aku dan kembali ke kedai sambil mata melilau memandang kiri dan kanan .. Kot tercicir .. Hurmm .. Memang takda ! Haihh..

Sampai kedai .. Aku tanya kat bro kedai tu.. Kot dia terlupa letak .. Dia kata dia letak .. Aku rasa pun mmg dia letak . Tapi mana dia ??? Di mana itu kunyit ????

Aku pulang semula ke rumah . Untuk amik duit dan beli lagi .. Bengong jugak aku tak bawak duit kan ? Sedangkan dalam wallet aku tu , mmg ada duit tapi duit Qhaliff.. Aku tamo pakai duit dia .. hahaha .. Adoiii ..

Amik duit kat wife .. Seringgit je pon.. Pastu gi balik kedai untk kali ke 3 !! Sampai kedai , bro tu pun sedekah je kunyit kat aku. Aku kata kat dia  tak yah letak dalam plastik.. Aku nak pegang jev.. Kang cicir lagi ! Hehehe ..

Gumbira rasa hati weh !! Aku siap amik gambar tanda bukti aku bawak balik kunyit ! Untuk anak ku ituuu ..

Dan sampai rumah .. Wife melemparkan senyuman dan wajahya penuh bersemangat tunggu kunyit itu .. Aku berikan pada dia .. Tiba-tiba dia ketawa dengan kuatnya !! Kuat sekali !! Qhaliff menangis  sbb terkejut ! Aku turut ketawa !!

Photo

Aku abiskan malam aku semata mata beli HALIA !!!

Aku tak larat dah nak gi kedai .. Esok je la beli ..

Setelah dapat handphone lama yang baru !

 

Psst.. aku , aku .. aku terpikat dengan Butterfly ! Tapi .. er .. HTC baru lancarkan model terbarunya iaitu HTC ONE yang lagi powerrrrr… Alahaiii ..

HTC One

Kalau nak kejar , mmg tak terkejar .. tapi masalahnya aku ni perlu ‘kejar’ sbb dah mmg kerja aku .. hahaha.. Alasan baik punya ! Tapi serius , spec dia mmg mengagumkan ! Tunggu duit terpijak la .. Nak tau , baca kat web HTC sendiri .. Psttt.. aku mmg HTC Forever walaupun SAMSUNG menarik dan hampir memikat aku dulu .. hehe..

Bila nak sampai , tak tau laa.. Ok , tutup bab handphone baru tu ..

Ok .. Dah dpt HTC ONE X aku yang rosak ari tu ( masalah board kot .. setelah 10 bulan gitu ) dan aku digantikan dengan yang baru keluar kotak punyaaa .. hehehe .. LIKEEE !

Dan kembali aktif bergambar anak beranak .. hahaha ..

Tadaaaa .. Lega giler tengok kualiti gambar ! Hahahaha .. Adehh.. Tapi bersyukur sbb ada hp yg ‘biasa’ namun telah membantu aku dalam dua minggu ni !

Heeeee…

Dan , aku kembali ..

 

Gambar pertama dari hp lama yg baru.. Lega sungguh woo.. Rasa semacam jer tak update melalui hp.. Tak puehhh gituu..

Oh ya.. Buat yg tak tau .. CARREFOUR Alamanda kini namanya AEON BIG .. Here.. Shopping barang dapur sat..

Dan Qhaliff, lom sihat sepenuhnya .. Hurmm..Ada gak skit perubahan ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hati duka dalam gembira ..

 

Semalam , aku dapat sms dari HTC Centre ( SiS) bagitau phone aku yang rosak tu leh diambik dah .. Kira dah siap la.. Hari aku berdoa laaaa agar diorang tak format atau kalai format sekalipun diorang tranfer semua gambar serta video sejak Qhaliff kecil hingga besar tu haa.. Huhuh ..

Dan tadi , sebelum centre bukak aku dah sampai ! Hahahah.. Takde la gitu haa.. Kira dalam kul 10 lebih gak la aku sampai di Berjaya Plaza tu ..

Serahkan kertas putih tu kat ? ( acknowlegment letter ) tu kat staff bertugas ( ramah sekali ! ) , dan dia terus cari .. Tak sampai 1 minit , dia serah hp kat aku. Katanya , aku dapat hp baru ! Huhuhu.. Ok gak tuuu sbb hp lama , body dah calar .. hehehe ..

Tapiii …. semua gambar gambar takde dalam tu sbb diorang tak tranfer ! Salah sendiri la sbb tak buat backup ! Ikutkan mmg ada backup tapi dalam external hardisk aku yang ghaib tu .. Hurmmm .. Nak buat balik , tranfer makan berjam jam jam jam lamanya ..

Sedih .. sangat sedih.. Nasib baik separuh dari kenangan tu , aku dah upload dalam FB dan juga blog .. Redha je la …

Dalam sedih sedih tu , aku jatuh cinta .. Jatuh cinta dengan HTC BUTTERFLY !! Best giler wooo.. Skrin besar lagi wooo.. Lagi laju woooo .. Duit pon laju wooooo !

Antara kerja dengan anak !

 

“ Qhaliff demam .. Nak gi kerja ke ? “.

Satu soalan biasa tapi amat sukar buat mereka yang punya tanggungjawab berat di pejabat untuk dijawab !

Wife diam seribu bahasa ..

Aku tahu. Dia seorang yang komited pada kerjanya apatah lagi dengan kerja kerja yang semakin bertambah-tambah yang memerlukan tindakan yang segera !

Aku tak paksa dia tapi Qhaliff yang melekap dengannya sepanjang malam tadi hingga dua dua tak cukup tidur .. Aku , sama gak tapi tak seteruk diorang berdua .. Jadi , mmg sukar untuk buat keputusan. Kang tinggalkan dia , kat opis asyik bertanya keadaan Qhaliff tu ..

Aku bagitau satu jer .. Boss dia yang berlambak kerja pun akan amik cuti bila anak sakit . Dua dua makan gaji dengan kerajaan Malaysia .. So ?

Kerja boleh cari . Anak ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI