Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 22 Februari 2013

Kami , blogger ..

Citer baek baek ajer .. Kalau takde citer,jgn citer .. Diam lebih baik dr membodohkan diri sendiri ..

Kalau nak citer gak, boleh .. tanggunglah dosa sendiri.. Tak susah pun , Kan ? Seperkara yg kena ingat .. dosa sesama manusia, perlu dilunaskan sesama manusia.. 

Jadilah blogger yg 'bermutu tinggi'..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kalau betul mengandung ..

Aku rasa .. aku nak stop dah gi gym .. Nak cari sukan lain lak .. Yelah , nak kena jaga anak. Maintenance pon confirm naik.. Elaun suri rumah tak naik .. huhu ..

Takde la.. aku rasa aku tua dah nak buat badan ni.. Maintain macho je la Kot .. hehe.. maksudnya jgn sampai boroi.. Nyaris dah ari tu ..

Pastu , leh bwk Qhaliff join sama bersukan.. Adik dia ?? Hurmmmmmm... Dua dua usung ? Perghh .. Daddy dores akuu..

Camana la laki tak boroi .. kan ?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff kena pergi sekolah !

 

Manja terlebih dah .. Risau nanti susah nak belajar disebabkan dah manja. Tu kata wife la .. Kata aku , hurmm.. Ni kecik lagi.. Tunggu besar skit .. Takde dah nak manja manja.. Kerja keras bermula !

Tapi ada bagusnya jugak sebenarnya kalau gi ‘sekolah’ seawal usia sbb pendedahan sebelum masuk ke sekolah sebenar . Nanti tak meragam dan takut takut cam bapak dia dulu .. Bapak dia dulu takut wooo .. Bukan takut sebenarnya tapi boring sbb semua laki jer .. Hahaa ..

Qhaliff .. dah ada plan untuk dia .. Apakah itu ? Hehe.. Segalanya akan diupdate dalam blog .. heeee..

Sekejap je masa berlalu kan .. Tau tau dah 27 umur aku ..

Design baru baju KELAB BLOGGER BA ..

 

Masih dalam pembikinan merekabentuk baju baju ni .. Hehehe .. Sapa yang design ? Hehee… Bukan aku .. Tapi si gadis ayu yang berada di Kemaman nun .. hehehe ..

Masih belum diputuskan nak buat camana .. Tapi aku berkenan sungguh la rekabentuk cam ni .. Apa pendapat korang ? Kalau design ni , aku rasa harga pun mesti lain .. Maklumlah , nak kena cetak satu satu ikut url blog .. Kecuali takde url , senang dan cepat ..

Apa pendapat korang ? Ok tak ?

PERTANDINGAN SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013

 

PERTANDINGAN BINTANG (NYANYIAN) SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013.

Adakah anda berumur 18 tahun ke atas  dan wargenegara Malaysia? Datanglah ke Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay untuk Ujibakat Pertandingan Bintang (Nyanyian).  Pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mencungkil bakat seni yang dimiliki oleh rakyat Malaysia sambil memeriahkan sambutan ke-11 Hari Kraf Kebangsaan.

Anda tiada masa? Jangan risau… Waktu uji bakat boleh pilih antara 1, 2 atau 3 Mac 2013 dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Hadiah lumayan menanti anda.

Tempat Pertama  : RM3,000.00
Tempat Kedua     : RM2,000.00
Tempat Ketiga     : RM1,000.00
Sagu Hati            : RM500.00 X 5 pemenang

Yuran penyertaan? PERCUMA! Lengkapkan borang di bawah dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan.

Jom datang untuk tunjukkan bakat nyanyian anda!

Borang Penyertaan Karaoke

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI