Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 27 Februari 2013

Betulkah kerana MAGGIE ??

 

Aku mmg ‘hantu maggie mee’ ! Kalau makan tu , sebungkus takkan cukup ! Mesti 2 bungkus untuk sekali jalan .. heeee .. Tak kira dah .. Bela antu raya ke , bela antu tinggi ke .. kata la.. Janji boncet perut ku ini !

Setiap kali aku makan maggie , mesti aku kata ..

 

“ Hang makan la maggie banyak banyak , nanti mai besaq hang jadi pelupa ! “.

 

Aku tak kisah laa .. Janji kenyang ! Apa aku nak , dapat ! Hinggakan dulu , di bulan Ramadhan , aku bau meggie yang dimasak dek jiran sebelah pon aku dah tergoda ! Ayam panggang madu ke , spaggetti ke , aku tak kisah tapi maggie aku tergoda wooo !

Sekarang ni , aku kurang dah makan sbb dah ada penyakit tekanan darah tinggi .. hehe.. Baru padan muka kan ! Tapi apa yang mak kata tu , hingga sekarang aku tak caya .. Jap , mak aku kata apa eh ? Ala , lupa dah .. Tak pe , esok aku bagitau apa yang mak aku kata tadi .. Hurmm .. cepat lupa pulak aku skang ni .. Haih ..

Mencari Mahgfirah-Mu..

 

Baru pas layan di ASTRO OASIS .. Sebuah drama yg aku rasa patut ditayangkan di cerekarama TV3 . Walaupun dialek Indonesia yang digunakan amatlah hancur ( kononnya berada di Medan ) tetapi ianya diselamatkan oleh jalan ceritanya yang menarik !

Dilakonkan oleh Kuza .. Yang lain aku tak kenal sangat .. Ada dua tiga muka otai tapi aku tak berapa ingat namanya .. hehe.. Ok , tak tau namanya walaupun selalu keluar tv ..Heeeehe ..

Ceritanya mudah jer .. Mengisahkan Luqman begitu meminati untuk mendalami ilmu agama dan bercita-cita melanjutkan ke Indonesia tetapi tidak dibenarkan ibunya . Kenapa dan mengapa , tu kena tengok ler ..

Latar belakang lagu Mimpi Yang Sempurna nyanyian Ariel , membuatkan lagi drama ni berkesan di hati . Entah mengapa , kebanyakkan lagu lagu pop Indonesia sangat best dibuat lagu latar untuk drama kita . Macam kena pulak eh ? Heeee .. Tu la , sapa suh buat lagu yang .. er .. Pikiaq la sendiri .. Maaf , bukan double standard tapi hakikat ..

Apa pun , kalau jumpa kat youtube , silalah layan drama ni yer .. heee ..

Benar, dialah yang lakukannya !

 

Hurmmmm .. Nak kata apa dah ? Lepas keyboard , skrin lak .. Entah apalah dia seronok sangat hentam netbook Sony Vaio aku tu haa pon tak tau laaa .. Tapi dia asyik attack jer .. Pelik .. tapi benar , dialah yang lakukannya !

Tak pe laaaa , Qhaliff oiiiii .. Buat je skang .. Nanti dah besar buat , daddy tau laaa apa nak buat !! Haaaaaa … Sila , sila laaaaaa.. Daddy tak kisah aihhhh .. Daddy tulis dalam buku 555 jer !

Sengih ! Sengih ! Sengih lerrrr …

Merayau dengan Tok Wan ..

Kali pertama dia ikut mak ayah aku gi amik budak sekolah .. Mak aku ingat dia nak nangis dlm van tu tp silap jangkaan dia.. Laaaagiii dia suka ada laa..

Lain kali leh ikut lagi ...heehee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Confirm ! RM88 saja ..

 

image

Wife dah tolong bayar bil untuk Maxis .. Hehehe .. Senang .. dia guna CIMBClicks .. Duit semua dia simpan . Aku tak leh simpan duit katanya . Takut duit nanti buat hantaran meminang dalam senyap. Yang ada , buat cukup untuk mas kawin jer .. Heheee.. Guwau jee ..

Ok , setelah sebulan aku guna dengan bertubi tubi .. Dan , jumlah perlu dibayar cumalah RM88 ( tolak RM10 rebat , jadi RM78) . Murah la kan ? Walaupun dah abis kuota , still boleh guna walaupun agak slow. Janji leh whatsapp , FB , update blog dan twiter mahupun Instra.. PErghh.. Semua boleh laaaa … Nak laju laju pon wat per ..

Kalau kaki download movie , tak disyorkan la.. Tak pueh .. Sila guna unifi .. Baru puehhhhh … Heheheh .. Sama gak mereka yang guna youtube , tak sesuai kot ..

Yang penting , bagaimana anda uruskan kuota anda.Jangan membazir tak tentu arah lak. Anda membayarnya .. Ada yang syorkan VPN .. Tidakkah anda melakukan satu kesalahan ?  Kalau Maxis itu milik  anda sendiri , orang buat gitu , camana yer ?

HKK2013 MENCARI BINTANG (NYANYIAN)

 

Bersedia rakyat Malaysia! Bersempena Hari Kraf Kebangsaan 2013, Kraftangan Malaysia menganjurkan Pertandingan Bintang (Nyanyian). Jika anda 18 tahun ke atas dan berbakat besar dalam bidang nyanyian, jangan ketinggalan datang ujibakat pada 1 hingga 3 Mac 2013, jam 2 hingga 5 petang di Kompleks Kraf Kuala Lumpur!

HADIAH

Tempat Pertama   : RM3,000.00

Tempat Kedua       : RM2,000.00

Tempat Ketiga       : RM1,000.00

Sagu Hati                : RM500.00 X 5 pemenang

Penyertaan PERCUMA! Layari hkk.kraftangan.gov.my

Lengkapkan borang di bawah dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan. Jom datang ujibakat!

Borang Penyertaan Karaoke

Giler kencing !!

Baru ni aku gi Low Yatt  utk cari phone case One X aku ni.. Susah aih nk jumpa .. Kalau ada pun bukan yg aku nk dan tak berkenan.. Harga , jgn ckp laaaa ... Mahal berganda dr beli kat downtown..

Dan td , aku g lagi utk beli case yg aku berkenan kat satu kedai ni.. Hurmm... Ari tu aku tanya harganya RM129.. Original la konon.. Yang buat aku berkenan ialah kenipisannya dan kulit..

Aku nekad tutup mata je  beli sbb tamo skrin hp ni rosak lagi.. Sampai kedai tu , aku tanya sekali lg harga... RM69 !!! Mak aihhhhhhh.. sekali ganda turun !  Aku mintak 50 je dgn alasan aku dtg dr jauh.. heehe..

Dapat !! 50 pon 50 laaa dr 100++ .. Rezeki sabar..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sibuk dah nak berjalan dia ni !

 

Gigi lom ada .. Dah mula berpaut sana sini nak berjalan . Apa yang aku nampak , dia masih takut takut nak lepaskan tangannya untuk berdiri tanpa berpaut ..

Pasni kalau boleh berjalan sendiri , aku makin penat mengejar.. Sekarang ni pun dah mula terasa penat mengejar dia .. Jap je ghaib ! Adehhh …

Bab makan .. apa saja aku kunyah , dia sibuk nak gak .. Pantas tangan dia tarik tangan aku ! alahai.. siannya …

Tidak produktifkah anda di pejabat ?

 

Waahh ..kecoh dalam radio tadi .. Hehehe .. Benarkah rakyat Malaysia begitu ? Tidak produktif dan tidak pandai mengurus masa ? Jeng jeng jeng …

Pastinya rakan rakan punya jawapan tersendiri kan ? Ada yang kata .. ‘ Gila laaa nak keje 6 jam berterusan ! Leh tekanan jiwa gini ! ‘ atau paling tidak pun akan kata … ‘ Gaji kecik , keje pun kecik la kan ? ‘ ..

Bagi aku , persekitaran kerja perlulah menarik . Bos perlu bijak memainkan peranan untuk memastikan persekitran itu wujud ! Kalau tidak , nak datang kerja pun malas woooo ..

Bukan apa , kalau mereka mampu menjawat jawatan tu , pastinya mereka berkelayakkan tapi kenapa prestasi mendadak menurun lebih lagi selepas 2 tahun atau sbagainya ? Pasti ada jawapan kan ?

Malangnya , banyak majikan dok anggap pekerja mereka ni cumalah pekerja yang dibayar gaji .. Bukannya suh layan macam bos ke apa tapi perlulah buat pekerja tu terasa berkobar tak sabar nak gi kerja setiap hari .. kan kan ?

Bos zaman ni banyak kedekut aihhh … Bila dah nak lingkup , salahkan pekerja padahal , kedekut ya amat !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI