Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 2 Mac 2013

Bila loceng kecemasan berbunyi ..

 

Di Sogo buat pertama kali dalam tahun 2013 .. Baru nak suap makan setelah penat beratur beli air , tiba-tiba loceng kebakaran berbunyi dengan cantiknya tanpa henti !

 

“ Camana ni bang ? “ . Wife tanya aku ..

 

“ Apa apa , kita makan kasi abis dulu .. Pastu baru fikir apa nak buat .. “ . Jawab aku sambil memotong daging ayam black pepper yang menyelerakan tekak aku tu ..

 

“ Orang lain rileks je bang ? “. Wife tanya balik ..

 

“ Rileks rileks jugak .. Kang kalau betul , masak kita .. Lagi pun bukannya tak pernah ada sejarah terbakar Sogo tu .. Tu pasal kena waspada gak ..

Sebenarnya dalam waktu wife dok kalut membeli barang Qhaliff , aku dok perati jer kiri kanan andai berlaku kebakaran , di mana pintu kecemasan .. Mana la tau kan …

Aku teruskan makan dalam gopoh gapah. Tak terasa kesedapan dah .. Mata dok memandang ke arah tangga ekslator .. Cool je diorang ! Tapi loceng masih berbunyi .

Dalam pada masa tu , terdengar pengumuman. Tapi sayangnya aku tak dengar apa sepatah pon ! Ahh , sudahhh .. Tawakal je la .. Apa pon , kasi abis makan dulu .. Heee ..

10 minit kemudian , loceng berenti .. Aku pun lega .. Hehehe.. Sayangnya makanan dah abis ! Wife punya daging kambing masih ada.. Hehehe.. Kacau dia punya !

Kalau betul berlaku kebakaran tadi , aku di tingkat 6 Sogo ! Dengan orang yang ramai berada dalam tu , entah camana la nasib kalau memasing berasak asak !

Bila di Sogo..

Aku tak suka pergi Sogo pada hujung minggu. Padat !! Tp dah itu je hari yg boleh aku dan wife pergi.. nak kata apa dah kan ?

Yang tak bestnya bila dah padat ni .. nak jalan pun susah ! Nasib baik Qhaliff dah ditinggalkan pada mak aku. Kalau tak ??

Dan aku pulak yg pening.. Nak mengekor  jer wife sambil pegang bakul.. Tak ikut kata ..

" Baru 5 tahun nikah dah jalan asing asing .. ".  

Haaa.. camana tuuu ?? Kalau ikut , berasak pulak dengan kaum hawa !! Kanggggg jd kes lain lak !! Mana la tau kot ada yg nk berkenalan keee sambil sambil pilih baju tuuu .. heeee..

Dan cam biasa.. Nak cari baju anak tp yg dilebih cari ialah kehendak mak !! Belinya tak .. beleknya lebih ... Grrr..

Bila laki cuci mata ..kata gatal lak... Huh..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Dah layan diri ..

Dulu .. Dia takut duduk dalam tu sorang sorang .. Skang ni dah boleh main sorang sorang dah .. Dalam tak sedar , umur dia dah cecah 11 bulan .. Sebulan lagi utk capai usia 1 tahun !!!

Pasni kena start belajar dah ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sesuatu yang membuka minda aku !

 

Aku terbaca di wall Facebook seorang rakan yang akhirnya , aku ke blog tersebut untuk membacanya .. Yelah , dulu asik disogokkan dek buku teks sejarah hanya untuk lulus ujian dengan cemerlangnya tanpa ambil kira kesahihan fakta tersebut ..

Tapi aku tak kata la apa yang aku baca di blog ini adalah benar belaka tetapi sekurangnya ianya membuka minda aku mengenai dunia sebenar yang telah disembunyikan dari kita .. Benar atau tidak , kita ada akal dan ilmu untuk menilainya . Jangan pulak ada manusia kata aku nak timbulkan spekulasi ! Guna akal untuk menilainya ..

 

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?


Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri. “. – Misteri Kejatuhan Melaka

Cukup untuk membuatkan aku berfikir mengenai situasi sekarang di negara kita yang mana ada yang sanggup jual negara asalkan tekak dan perut mereka penuh dengan makanan yang akhirnya menjadi tahi !

Aku tak suruh korang percaya . Aku cuma nak kita fikir memandangkan kita dah diajar membaca dan menilai ..

Lahad Datu oh Lahat Datu ..

 

Takziah buat mereka yg terkorban dan ianya yang cukup membanggakan ! Teringin aku terkorban kerana mempertahankan negara ! Bukan semua orang berpeluang merasainya. Yelah , dari mati sbb kolestrol sbb terlebih makan atau merempit , baik mati syahid sebegitu kan ? Al-Fatihah. Semoga roh mereka bersama yang diredhai Allah ..

Aku sebenarnya malas nak update bab bab sesuatu yang kurang pasti lebih lagi hanya baca di akhbar kerana terlalu banyak dah perbezaan dan ketidaktulusan dalam menyampaikan maklumat. Maaf cakap la yer .. Jangan terasa . Sebab tu aku berfikir berkali kali sebelum nak update .

Mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan di Lahad Datu tu , terdapat dua cerita . Satu , kerajaan jadi dalang. Kedua , kerana pembangkang ! Mana satu yang betul ?

Sapa yang jadi dalang , mereka membuatkan peristiwa kota Melaka ditawan pejajah akan menjadi kenyataan  gara gara pengkhianat !! Orang orang seperti ini patut dihukum seberat beratnya ! Mereka terlalu mementingkan agenda mereka dari untung nasib rakyat ! Jangan gunakan istilah untuk berjaya , perlu mengorbankan seseorang ! Itu istilah haramjadah !

Semoga segalanya selesai dengan segera tanpa ada lagi yang terkoban. Hanya ALLAH mengetahui apa yang ada di hati mereka . Dan kita, hanya mampu berdoa ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI