Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 4 Mac 2013

Ikan salmon untuk Qhaliff ..

 

Makan malam Qhaliff , ikan salmon yang digrill oleh ibunya .. Rajin ibunya grill wooo !! Siangnya , dia makan oats ditambah dengan ikan atau kekadang sayuran .. Haaaa ..

Setiap kali kalau nak makan bersama wife , pastinya hidangan untuk dia perlu disediakan sekali ! Tak kira la di mana saja makan , dia punya bahagian perlu ada untuk ‘diamkan’ dia .. Kalau tak , meja leh huru hara jadinya ..

Jadi , tadi gi ke Alamanda untuk cari stok ikan minggu ni .. Alhamdulillah , ada rezekinya dan aku pun senang kerja ! Hehehhe .. Suka benar Qhaliff dengan ikan ni.. Hurm .. Ikutkan , apa saja yang disuap ke mulutnya , semua dia suka ! Hahahaha.. Nganga je cam bapak dia ! Senang bela gitu ..

Bubur nasi , sesekali kasi . Kalau selalu sangat , beraknya jadi sukar. Mau jugak keluar muka Jason King nanti masa meneran ! Huhuhu.. Apa pun , ikan salmon mmg sesuai laaaa untuk dia di usia ni ..

Bila dah cukup setahun , nak bagi Scot Elmosion .. Betul ke aku eja neh ? Huhu .. Tak kisahlah .. Bukan diorang sponsor .. hahahaha .. Berkira !!!

Dan bekalan air sepanjang hari ialah air Alkaline tu.. Manis kot dia rasa ? Aku rasa payau.. Banyak benar asid dalam badan aku ni .. huhu ..

Qhaliff pun suka minum !

 

Bila terdengar ayah Mat Gebu kurang sihat , aku teringatkan air Alkaline Plus ni ..  Bukan apa , dalam tu ada kata mereka yang ada gout , sesuai minum air ni ..

Air yang sama jugak aku berikan pada ayah aku , mak dan juga kawan aku .. Malah aku dan keluarga aku jadikan air ni minuman harian termasuk Qhaliff yang suka benar minum air ni ..

Aku kasi kat ayah aku pagi tadi sbb dia kata dia kembung perut .. Lepas aku bagi tu , dia kata ada beza skit la … Lega aku tengok dia bila dah mula aktif main ngan Qhaliff .. Mak aku lak aku bagi semalam sbb sakit kaki .. Pun kata ada rasa lega .. Apakah kerana air tu ? Wallahualam.. Aku tak nak kata air tu penyebabnya tapi aku yang sengal kat bahu sbb dok ‘balun’ besi kat gym , dah ilang rasa sengal tu ! Dan aku tak nak kata air tu penyebabnya sbb aku tak pasti tapi aku tak de amik apa apa ubat untuk ilangkan sengal tu !

Selain dari tu , aku tak berani nak kata tapi menurut kawan yang bagi air ni , banyak testimoni berkenaan air ni yang melibatkan kawan kawan dan juga member Alkaline Plus ni .. Wallahualam ..

Baca kat sini berkaitan air Alkaline tu jugak.. Aku pernah update dulu .. Sekotak untuk orang tua .. , Suhu Qhaliff 37.7 la pulak !! dan Masa untuk jaga kesihatan .. .

Tak salah mencuba.. Bukannya mahal sangat pun .. Kalau nak tau lebih lanjut , leh je email kat aku .. benashaari@yahoo.com

Nak tengok kesan pada ayah Mat Gebu.. Kalau ada perubahan , alhamdulillah .. Segalanya dengan izin ALLAH ..

Sama , tak serupa !

Hasil kreativiti nenek ...hehe .. Tgk pon tahu kannnnn..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sementara menanti..

Gym tutup jap waktu lunch..  Pagi tadi dah datang.. Memang aku akan dtg pagi dan petang kalau ada masa lapang.. Serius nak lemak neh !! Dan ternyata berhasil. Antara produk digunakan selain senaman yg betul ialah FELINNA dan protein herbalife.. Nampak hasilnya wooo sbb ada kawan tegur aritu kata aku nampak kurus terutama tang muka.. Lalalala...

Tang badan tu , tak kisah la kurus. Berketul sangat pun nanti org kata gay atau dikebasnya gmbar tu , dibuatnya profile palsu .. Tak takut sungguh dgn ALLAH ..

Okeh.. cerita panjang tak guna.. Jom peluhkan diri .. Kang nk balik dah ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila di gym ..

 

“ Betul bang .. Saya sendiri pon menyesal tapi apa nak buat.. Skang ni pun dah umur 35 .. “.

 

Yup .. berbual soal kawin . Aku sekarang umur 37 dan punyai anak berusia 9 bulan. Lagi 6 tahun , dia akan bersekolah dan aku dah berumur 43 !! Perghhh.. Gi daftar anak dengan usia gitu .. Anak masuk U , aku bertongkat dah ! Heheheh ..

Perbualan diteruskan dengan soalan soalan yang lebih peribadi. Kenapa dan mengapa ? Perbelanjaan dan perkahwinan campur. Teman bual aku tu , berbangsa india yang sangat mengenali masyarakat Melayu kerana dah berada dalam masyarakat melayu sejak kecil lagi. Malah katanya , dulu kerap ikut cara orang Islam seperti bangun awal subuh , berbuka puasa sama sama .. Selebihnya tak sempat nak interview sbb balik gi amik Qhaliff ..

Kesilapan yang dia akui ialah tidak menabung dan membuat aset seperti membeli rumah terlebih dahulu memandangkan dia bekerja dengan bank .. Amat mudah untuk membuat pinjaman andai nak beli rumah.

Disebabkan ikut darah muda yang inginkan keseronokkkan , semua itu tidak diendahkan. Dan aku tidak nafikan kerana aku sendiri macam tu. Bila dah cecah 30 an , baru nampak semua tu ..

Terlewat ? Masih belum terlewat cuma agak terkejar kejar .. hehehe .. Korang yg masih muda , amik pengajaran kehidupan rakan rakan yang ada disekeliling .. Buka mata dan nilai .. Jangan nampak yang buruk saja .. Amik dan jadikan pengajaran ..

Dah semakin memahami daddy !

 

Alhamdulillah .. Pagi yang menenangkan aku walaupun mengharungi jalan jammed untuk sampai ke Cheras . Terpaksa itu jalan potong yang mungkin ada yang menyumpah seranah aku tapi memandangkan ramai ikut jalan tu dan berjaya menyingkatkan perjalanan selama 10 minit , aku terpaksa ikut ‘mereka’ .. heee .. Maaf la yer .. Asyik aku je bagi jalan … hehehe ..

Nasib baik dalam perjalanan tadi , dia tak buat karenah langsung. Dok membebel jer ..pastu pandang aku dan tunggu aku senyum , dia balas senyuman tu .. heee.. Nasib baik aku tengah memandu .. Kalau tak , sahih kena gigit aku !

Sehingga sampai rumah , dia cool jer .. Lega sungguh aku .. Kalau dulu , dah mula bising dah sbb lama sangat dalam kereta .. Kena rasuh dengan video Upin Ipin baru ok ..

Yelah kot .. Semakin meningkat usia baby , semakin matang mereka .. Harapnya begitulah untuk usia usia mendatang ..

The Lord of the Ring dan Cincin Nabi Sulaiman ..

 

Bila aku post gambar ni di Facebook , ramai kawan tertanya tanya , apa kes dengan gambar ni ? Apakah kaitannya ? Ahaaa.. Sama juga ketika aku dok membelek belek buku ni , ternampak tajuk yang menarik dan banyak lagi tajuk tajuk yang berjaya membuatkan aku membeli buku bertajuk RAHSIA YAHUDI DALAM FILEM HOLLYWOOD ..

Apakah tajuk lain yang menarik ?

Lagi , lagii ????? Haaaa …

Wah , macam menarik kan ? Persoalannya , boleh percayakah ? Waduhhh … Kenapa tak boleh percaya ? Syaitan mmg wujud kan ? Dajjal juga wujud kan ? Apakah kita sekadar percaya ianya wujud tanpa amik tau apakah agenda mereka yang menyembahnya ?

Percaya atau tidak , bila baca buku ini  kita akan nampak banyak kebenaranya.. Kalau digoogle dalam internet ni pon , banyak sebenarnya . Cuma ada antara kita , malas nak percaya !

Wallahualam .. Yang pastinya , agenda mereka benar benar buat kita alpa dengan suruhan ALLAH ..

Tisu dalam aiskrim ..

 

Adik aku tunjukkan dua botol aiskrim yang dibelinya .. Katanya ada 3 .. Satu dah dipotong untuk mengetahui apakah menda dalam tu .. Dan sahih , kapas .. Bayangkan jika ianya dah dikeraskan dan dibeli anak anak kecil kita ..

 

 
 
 
Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI