Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 5 Mac 2013

Qhaliff didera ???

 

Siannya diaaaa … Daddy dera keee ????

Hehee. Inilah aktiviti anak beranak sementara menunggu ibu Qhaliff abis keje. Setengah jam woo menunggu di lobi.Tapi tak pe.. Tak kisah pon .. Memang aku nk gi tunggu sana sebab aircond free.. Kalau dalam kereta , abis lak minyak kan ? Heheheh ..

Dan sementara menunggu tu, tangan aku dah abis Qhaliff baham..Kertas dah abis dia koyak.. Apa lagi nak buat ???

Mari bergambar dan up di Intagram !!! Hehee.. Mana mungkin aku dera dak bam bam nii.. Dia dera aku lagi ada laaaa...

Sememangnya pipi dia amat digerami aku walaupun time dia tidur !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jaga anak elok-elok !!

 

Gi pasar malam Putrajaya tadi ngan famili aku .. Opkos la wife dan Qhaliff , kan kan ! Heeeheee .. Aku dukung Qhaliff yang dah 11.8kg tu … Fuhhhhh … Terasa belikat aku weh ! Sesekali rasa cam kejang otot .. terus kasi kat wife .. Tukar jap … Huhu ..

Ramai orang kat pasar malam ..  Wife nak beli ikan untuk stok seminggu ..  Wife gi beli , aku ngan Qhaliff tunggu satu sudut .. Lenguh , aku menyangkung dan Qhaliff duduk atas peha aku. Wife tengok dari jauh sambil mulut dia dimuncungkan ke arah seseorang !

Oh , sebelah aku .. Seorang makcik dengan cucunya dalam stroller . Waahh .. bestnya .. Hehehe .. Aku pandang cucunya . Alahai , comelnyaaa .. Lebih kurang sama besar Qhaliff .. Dok gelak gelak gitu sambil bermain dengan neneknya .

Aku pikiaq masak masak ni ..

 

“ Nak tegur ke tak eh ? Nak ke tak eh ? “. Bisik hati aku ..

 

Dan aku buat keputusan …

“ Berapa dah usia cucu makcik ni ? “. Tanya aku ..

 

“ 11 bulan , 9 hari .. “ . Jawabnya tersenyum ..

 

“ Oooh .. Sama la ngan anak saya ni .. Baru masuk 11 bulan .. “ . Aku ajak berbual lagi ..

 

“ Tapi cucu makcik ni lain skit .. Dia nampak je membesar tapi .. “ .Dia tersekat kat situ ..

 

Aku diam . Tak nak menyampuk . Kasi dia sambung sendiri ..

 

Dan dia mula bercerita . Katanya cucunya tu pernah jatuh  pada usia 3 bulan lebih . Yang jatuhkan tu adalah pengasuhnya . 4 hari koma dalam hospital. Dah guna alat bantuan pernafasan katanya .

Menurutnya lagi , bayi tu mengalami pendarahan yang teruk .  Aku nak cerita balik kat korang pun kena hati hati takut tersalah fakta sbb aku tak catit perbualan tu .

Seingat aku , katanya bayi tu terselamat sbb dia diberi susu badan dan disebabkan itu antibodinya kuat untuk melawan kuman . Kalau tak .. hurmm.. 50-50 dah katanya .

Menurut makcik tu , mereka dah buat laporan polis dan nak amik tindakan menyaman tapi menurutnya setelah dinasihatkan seseorang , menyaman pon tak guna sebab takkan menang ! Kenapa dan mengapa , sukar kerana tiada bukti kukuh yang kecederaan tu berpunca dari pengasuhnya . Kalau ada video , confirm la .. Ni takat cakap mulut jer .. Susah katanya ..

Aku pandang baby tu. Comelnya dia.. Hensem ! Badan montel .. Rambut lebat .. Nampak ok jer pada pandangan aku . Tapi menurut neneknya tu  , baby tu agak lewat skit .. Skang ni baru nak meniarap sedangkan baby seusianya dah ada yang berjalan atau paling tidak pun merangkak ..

Aku mampu tersenyum jer. Katanya sekarang dialah yang jaga cucu dia tu. Tak percaya dah kat sapa sapa untuk jaga.. Aku amat memahami perasaan tu dan bersyukur sangat Qhaliff , aku jaga sendiri ..

 

“InshaAllah makcik , dia akan membesar dengan sihat macam baby baby lain ..” .. Kata aku padanya. Tawar je senyumannya.

 

Wife sampai. Dan dia ulang cerita pada wife lak sementara tunggu anaknya selesai beli barang.. Kemudian , aku dan wife minta diri. Sejuta pengajaran untuk aku dan wife ..

Jaga anak elok elok !

Tidur Qhaliff tidur !!

Bila Qhaliff menjengah usia 12 bulan maka perubahan pada tidurnya berlaku .. Aku Google dan jumpa ..

Dari web Babycenter :

" Salah satu perkara yang menyenangkan semasa membesarkan bayi ialah apabila sampai waktu untuk tidur - masa yang anda boleh gunakan untuk berehat dan mengembalikan tenaga anda. Tetapi, apabila bayi anda menghampiri hari jadi pertamanya dia akan semakin enggan untuk tidur di siang hari¸ dan kemahuan berdikari ini akan membuatkan bayi anda meragam semasa waktu tidur.

Mengikuti rutin tidur yang tetap, seperti mandian atau membaca buku cerita sebelum tidur, mungkin boleh membantu bayi anda tidur. Elok jika diadakan "urutan" yang konsisten bagi rutin tidur ini. Berikan bayi makan, mandikan dia, pakaikan pakaian tidur, bermainlah dengannya, atau bacakan buku cerita, atau nyanyikan lagu, mainkan muzik dan kemudian barulah baringkan dia di katilnya. Apa sahaja langkah yang diambil, jadikan ia satu rutin yang tetap, yang juga memberikan anda dan bayi anda masa yang lebih panjang untuk bermesra dan berehat. Anda juga boleh bersilih ganti menjalankan rutin tidur ini bersama suami anda (anda mandikan bayi, suami anda membacakan buku cerita dan lain-lain cara) pada setiap malam, atau, untuk meringankan tugas dan membenarkan anda berdua berehat beberapa kali seminggu, cuba menidurkan bayi anda secara bergilir-gilir. ".

Patutlaaaaahhh tiap malam kena layan lagu , menyanyi , alif ba ta dulu baru dia menguap !!!!! Tp mak dia menguap dulu !!

Ooooooooo... Patutlaaahh makin liat..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Daging kambing tak bagus ?

 

Tak bagus utk mereka yg ada tekanan darah tinggi ? Benarkah ?

Aku mmg tak berani nak makan dulu. Ada beberapa kali dulu aku makan daging kambing pastu sakit kepala.. Apakah ianya benar atau sekadar permainan psikologi ?

Kenapa aku kata gitu lak ? Sbb bila aku dpt tau hakikat sebenar mengenai daging kambing , aku makan dan takde apa apa pun berlaku !!! Pulak ??? Kan ??

Dan kambing dah jadi feveret aku skg !!! Hehehe ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Beruntungnya mereka ..

Berbanggalah ! Bukan semua antara kita berpeluang bergelar perajurit negara yg berjuang utk menegakkan kebenaran apatah lagi dilakukan demi agama, bangsa dan negara !!

Kalaulah aku antara mereka , pastinya Qhaliff akan berbangga satu hari kelak .. Jika berpeluang menceritakan semula pada anak cucu , pasti mereka ternganga mendengar keberanian pejuang pejuang negara seperti filem Bukit Kepong tu.. Yang tonton dan dgr saja akan treads amarah dan geram !!

Semoga ALLAH berkati dan meredhai perjuangan mereka !!

Setiap manusia akan mati. . Persoalannya ,bagaimana .. Sememangnya rahsia ALLAH ..

Berbanggalah anda ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI