Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 6 Mac 2013

Memerangkap Qhaliff !!

 

Hehehe .. Baru kul 8 malam , dia tidur dah !! Tu diaaaa .. Biasanya , time ni aku dok angkut , kejar dan gigit dia sehingga dia mula mengantuk disusuli dengan layan cerita serta menyanyi bersama ..

Tapi , untuk malam ni , aku rehat setelah berjaya membuatkan dia penat di petang hari tadi ..

Bawak gi taman permainan tadi .. Dia sibuk tgk budak budak sana main termasuk la satu brother tu dok bersenam depan dia .. Ternganga la mulut tengok .. Menyapa tu tak tahan !! Hahahaha .. Mesra laaaaaa anak aku nehhh !

Pastu , tak balik terus .. Gi borak borak ngan jiran yang dok berkumpul depan rumah setiausaha taman .. hehehe .. Dan salah seorang tu mintak nak dukung Qhaliff .. Amboiiiii !! Terus naaak dia ! Walaupun kali pertama bersua muka , terus nakk .. Adehhh ..

Sampai rumah .. Jangan tidurkan dia terus ! Mandikan .. Kasi makan .. Barulahhh … Kasi susu .. Dan … Daddy leh bersenang sengan mengupdate blog ! Heheehhe …

Esok .. gi umah nenek lak .. Nenek jaga .. Daddy leh gi berjimba jimba di gym !

Aku tak paham kenapa MAXIS buat begitu ??

 

Aku guna gak Celcom Broadband tetapi kat rumah mak aku yang selalu aku pergi tu , Celcom hancur ! Signal out of service !! Letih dah nak layan .. Nak tak nak , aku kena guna Maxis sbb coverage dia lagi ok dari Celcom ..

Cuma tang satu perkara aku cukup pelik bin ajaib ! Apa giler laaaaa Maxis buat pecahan kuota internet sebegini rupa ???

image

Aku amik pakej 20GB berharga RM88 sebulan .Tiada bayaran tambahan walaupun kuota dah abis melainkan nak tambah kuota andai nak mendownload atau nak buat sesuatu dengannya. Bagi aku , tak perlu dah ..

Tapi … Tengok tang INTERNET QUOTA tu .. Dari jam 8 pagi – 2 pagi , yang diperuntukkan adalah 5GB dan baki , 15GB tu boleh digunakan dari jam 2 pagi hingga 8 pagi !! Huk alohhhh .. Apa giler time tu dia letak byk byk ????

Apakah dia rasa time tu tak ramai online ? Atau time tu ramai online dan time tu ramai mendownload ? Amboiiii … Cer tengok tang harga yang perlu dibayar ! Orang yang akan keluar duit sebanyak tu (RM88 ke atas tu ) , kaki jaga malam ke ??? Pastinya mereka yang bekerja kan ?? Kalau pelajar , mmg akan jaga malam tapi apakah mereka akan melanggan pakej tu ? Tak ramai punyaaaa .. Baik duit tu guna pi dating !!

5GB yang diperuntukkan untuk aku tu , sekejap jeeeee abis ! Tak sampai seminggu ! Baki tu aku nak buat apa ? Kul 2 pagi jaga dan baru gunakan ? Atau lepas subuh , aku online hingga jam 8 pagi untuk habiskan kuota tu ??

Serius .. Aku pelik atau aku ditipu secara terang-terangan .. Hehehe.. Tolong jangan syorkan aku guna streamyx atau Unifi sbb diorang tak berminat nak pacakkan tiang kat taman baru ni lagi ! Grrrr .. Kalau ada pun , aku fikir banyak kali untuk gunakan sbb aku bukan duduk rumah 24 jam !

Maxis oh Maxis .. Mudah benar kaut untung kan ?

Anda atau kawan anda punya bakat terpendam ?

 

Berkemahiran bermain alat-alat muzik tanpa elektrik, lawak jenaka, silap mata, akrobatik, tarian, kebolehan meniru bunyi atau suara selebriti?  Maka andalah yang kami cari!

Pertandingan ini merupakan julung kali diadakan oleh Kraftangan Malaysia. Johan bakal menerima wang bernilai RM5,000.00. Naib Johan menerima RM3,000.00 dan Tempat Ke-3 menerima RM2,000.00 serta tiga Sagu Hati bernilai RM700.00.

Datang dan sertailah uji bakat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada 9 Mac 2013 (Sabtu) dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Borang penyertaan boleh dimuat turun di bawah dan hantar melalui e-mel atau faks kepada Urus Setia Pertandingan. Penyertaan percuma.

Borang Penyertaan Karaoke

HADIAH

Tempat Pertama   : RM5,000.00

Tempat Kedua       : RM3,000.00

Tempat Ketiga       : RM2,000.00

Sagu Hati                : RM700.00 X 3 pemenang

Diulangai , penyertaan adalah PERCUMA!

Lengkapkan borang dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan.

Jom datang untuk tunjukkan bakat anda!

Antara mee udang atau mee bandung

 

 

Tercari-cari tempat nak makan tengahari memandangkan wife MC sbb demam..

Gi ke kawasan berhampiran dgn rumah yg jarang aku nak terokai.. hehe .. Dan jumpalah byk restoran yg selama ini dok gi makan tempat yg sama ...heheehe..

Keputusan diambil untuk try dulu makan di Mee Udang.. Sedap ke ?? Keow kerang , boleh tahan .. Air kedondong pun sodap gak..

Mee udangnya lak ??? Hehehehehe....Tgk gambar tuuuu.. Pasni nak try mee bandung tu lak ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Lebam lagi si Qhaliff !!

Haihhhh ... Kalau dia sedar dr tidur, confirm ke konsol tv tu.. haih ..Suka sangat nak gi situ .. Tak kira masa !!

Dan setelah berpuluh kali dok angkut dia utk elakkan dia terjatuh kat situ , akhirnya .. jadi kenyataan jugak .. Nasib baik la skit je ..

Anak jantan tul !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jangan telefon mereka semula !!

 

Ooooooooo.. patutlah !!! Aku pernah dpt tp aku lom tahap bengong tahap cipan utk call balik sbb pelik benar nombornya tu. Nak kata ada adik beradik kat luar Negara , semua duk kat Marikh dan Pluto je.. No tel bermula lain ..

Mcm ni punya lanun pun ada ????? Huk aloh...Sumpah jadi HTC Butterfly baru tau !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff tolong kemas ?

Ke tolong selerakkan lagi ni ??? Sian dia .. Nak main tapi takde orang nak main dengan dia .. Hurmmm … Aku nak main ngan dia , tapi nak buat kerja lagi.. Dengan sakit leher lagi .. menang buat aku tensen ! Ikut hati , tutup blog , fb , twitter dan lepak berdua ngan dia .. Tapi tak boleh ..

Bahagikan masa ? Hurm… sukar ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Meredakan batuk berkahak !

 

Alhamdulillah .. semakin hilang batuk aku yang mana dua tiga hari lepas ,sangatlah teruknya terutama masa nak tidur !! Tapi Qhaliff tetap lena juga walaupun daddy dia batuk macam nak terkeluar paru paru !

Satu malam tu , aku serius tak tahan giler dok batuk hingga tidur pun dah tak lena .. wife hulurkan air suam panas … Aku minum , terasa limau dalam air tu .. Aku bedal je la..

Alhamdulillah , lepas tu aku boleh tidur dengan lena walaupun jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Aku ada 3 jam je lagi untuk tidur sebelum berjaga kembali ..

Pagi tu , aku tanya wife .. Air apa yang dia bagi hinggakan batuk aku berkurangan ? Dia kata campuran limau dengan madu. Dia google dan cuba guna petua tu .. Aku amat berterima kasih pada dia ..

Walaupun tak sembuh time tu tapi ada kurang dan setiap hari aku minum akhirnya , makin ok batuk aku.. Kalau sblm ni aku dok makan ubat batuk , kali ni tidak dah ! Telan ubat batuk , lagi menambahkan kahak .. hurmm ..

Dan giliran wife lak batuk .. hehehe.. Berjangkit la tuuu .. Dan aku pulak yang menyediakan air tu setiap malam ..

Caranya mudah jer.. Gunakan bekas air yang agak besar sebab nak campurkan air panas dan air suam. Perah limau kasturi kemudian masukkan madu.. Goncang ala ala shake shake kebooom dan minum.. Selawat dan doa terlebih dahulu .. Jangan lupa Bismillah dan yakinlah segalanya dari ALLAH ..

InshaAllah .. Sekadar mencuba , apa salahnya ..

Sapa sombong bodoh sebenarnya ?

 

Alhamdulillah .. Dah nak masuk  5 tahun aku dalam dunia blog .. Dan dalam tempoh tu , aku dah lalui pelbagai ramai manusia dan juga pahit manis bergelar blogger. Menarik !!

Antara yang menarik ialah pelawaan syarikat syarikat besar untuk mengiklankan produk mereka .. Satu kebanggaan buat aku memandangkan aku cumalah penulis amatur tapi mampu beri impak yang besar seperti rakan rakan blogger yang lain ..

Surat pelawaan diterima. Perbincangan diadakan .. Tawaran dikemukan dan menariknya keputusan diam begitu saja ! Hahahaha … Sungguh amatur !! Bila ditanya , diam tiada jawapan. Haik ?? Takkan dengan kita punya ‘harga’ terus membisu begitu saja ? Serius , aku terus hilang hormat pada syarikat-syarikat besar ni !! Sangat mendukacitakan.

Bukanlah aku nak sangat duit diorang tapi aku nak tengok sejauh mana kesungguhan diorang nak gunakan medium blog sebagai pengantara mempromosi produk mereka. Hampeeeehh !! Seperti mana mereka mengoreng pengguna mereka , seperti itu juga mereka cuma nak goreng aku tapi aku pun ada kaki gak .. Tak semudah itu weh ! Info kiri kanan masuk ..

Dan baru-baru ni , ada kawan cerita kat aku mengenai satu syarikat gah ni .. Aku gelihati je dengar malah kawan yang cerita tu pun geleng kepala jer .. Nak kaya tapi kedekut !! Dah la kedekut , demand lagi ! Makkkk aihhh ..

Serius .. aku buat projek dengan company bukan bangsa aku ni , jauh lebih menguntungkan .. Bila kita buat gitu , mereka kata kita pilih kasih padahal  ????? Sendiri pikiaq lorrrr ..

Rezeki datang dari ALLAH ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI