Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 12 Mac 2013

Oh , kasut baru ku …

 

Kasut baru .. Kasut lama , semut pun segan nak singgah amik bau .. Rasanya dari jauh lagi , mereka dan keluarga mereka dah memengsankan diri ! Serius !

Kasut lama tu , aku pakai gi gym .. Main futsal .. Jogging .. Dating .. Gi jumpa client .. Gi meeting .. Gi ceramah politik .. Gi mati.. Gi jenjalan .. Gi mana mana saja laaaa.. Asal keluar rumah , mmg guna kasut tu punya !! Suka kasut tu sbb ada lubang udara .. Sejuk koooo !!

Tapi setelah guna hampir 2 tahun lebih , kasut tu tak dapat sembunyikan lagi bau-bauan flora dan fauna.. Jadi , terpaksalah beli kasut baru yang seangkatan dengannya untuk aku gi ke mana mana atas urusan rezeki , dengan kasut baru ni ..

Kasut lama tu , tetap digunakan .. Sapa kata dapat madu sepah dibuang ??? Not me , okeh !!

Berhantunya anak kucing itu ..

 

Adoiyai.. Anak kucing sapa la pulak .. Sebelum ni takde la pulak .. Ni mesti sapa sapa yg antar spy neh .. huhu..

Aku bukan tak suka kucing.. Aku sukaaa gile kucing tp tak leh nak bela .. Anak kecik ada .. Nanti kucing tu kena gigit dek Qhaliff .. huhu .. Lagi pun wife elegik ngan bulu kucing ..

Ok .. anak kucing tu beria laaaa nak masuk rumah .. Macam salah rumah pulak dia .. huhu.. siann ...

Aku terpaksa halang sblm Qhaliff nampak .. Nanti dia kejarr .. Dalam dalam dok halang tu , tetiba dia hilang !!! Huh !

Aku cuak jap.. Gi amik spek ..pakai dan carik anak kucing tu ..Takde !! Dalam rumah takde .. Kat luar takde !! Ah , sudah .. Maghrib nii ..Takkan aku kena sakat kot ..

Aku dpt idea .. Last call punya idea..Aku pun buat la style org bg kucing makan tu.. Alah , bunyi cam cicak sakit tenat tuuu .. Haaaa , mcm tu laaa ..

Dan berjaya !! Rupanya dia dah nyorok bwh meja makan aku .. Amboii .. Pantas buat kerjaaa ..

Dan dia dikembalikan ke tempatnya iaitu luar rumah .. Maaf la yer .. Kalau aku start bg makan , maka dia akan duduk sini ..

Tgk la esok .. Kalau ada lagi , mmg aku bg makan je la ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Leganya hari ni ..

 

Puas di gym ..Balik , hujan pulak .. Harapnya tak jammed. Nak selamat , aku kena g Putrajaya awal ..Kalau kuar dr umah mak aku kul 5 , mmg harung jammed ..

Jammed satu hal .. Nak kasi Qhaliff tidur dalam keta satu hal ..Bukan pe .. nanti dia meronta nak keluar dari car seat dia ..Tak ke haru aku nanti kalau dia dah dpt keluar dan aku lak tgh memandu ?

Hari ni ,dia berjaya aku tidurkan ..Kasi main wayar jer .. Selamatt ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jangan kurang ajar !!!

 

Selesai workout sessi petang .. Hehehe .. Mudah benar cari rezeki di negara yang sebegini aman dan ‘mesra’ pengguna .. hehehe .. Kan ? Kan ??? Aku kata dah …

Di gym .. ada borak ngan sorang kawan gym ni .. Hurmm .. Masing masing bukak cerita yang memeningkan kepala iaitu tanggungjawab sebagai abang atau anak lelaki yang mana ada adik perempuan di bawahnya ..

Hurmmm.. Sebagai anak lelaki , nak menegur adik perempuan ni sukar sedikit memandangkan ayah ketua keluarga.. Tapi yang jadi masalahnya ialah , ayah mmg kasi muka kat anak perempuan biasanya .. tu laaaa yang sukar ..

Korang yang perempuan ni terutama yang masih muda tapi dah terasa cukup matang utk berfikir sendiri .. sila fikirkan masak masak dalam setiap perbuatan .. Andai terlanjur perahu boleh diundurkan .. Andai terlanjur perbuatan , bukan anda saja yang malu .. Fikirkan maruah keluarga jugak ..

Besarkan lagi badan aku ??

Hurmm .. mcm terlalu kurus la pulak .. Jadi cutting gay dah ! Hahahaha.. Alooooo.. aku bukan gay ok !!! Rugi jadi gay ni .. Huh ..

Ok.. aku ingat nak tambah size badan aku ni .. Bukanlah nak masuk pertandingan atau nak berlari di tepi pantai ala ala drama ' Baywatch' tu tapi nak gertak Qhaliff supaya takut ngan aku !! Haaaa .

Salah kan niat aku tu ? Sepatutnya anak diajar hormati ibubapanya.. Bukannya takutkan anak ! Hilang hormat mereka nanti bila mereka dah ' berkeupayaan ' dan ibu bapa lak semakin tidak berdaya.. Time tu ,barulah sedar langit tinggi ke tidak .. hurmm ..

Tapi mengajar anak pun perlu ada ilmu .. Kalau main belasah je .. jawabnya .. hurmm .. korang pun tauuu..

Kensel laaa .. Maintain jer la gini ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hadiah dr Qhaliff utk ibunya .

 

Heheheeee.. Sejarah ni !! Kali pertama berak kat atas simen .. Kejadian berlaku selepas dia dimandikan oleh ibunya. Aku lak keluar gi tapau makanan kat kedai berhampiran ..

Selepas dia dimandikan , mak dia letak laaa dia atas tilam mudah alih tu.. hehehe .. Dengan tak pakai pampers lagi , dia terbaring atas tu dan mak dia g amik baju sat ..

Tau tau .. dia dah bagi hadiah sempena harijadinya akan datang ! Nasib baik daddy lambat balik .. Kalau tak ???? Daddy laaa kena bersihkan ..

Berkat beli maggie kambing ! hahahaha..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI